Salam admin, terima kasih sekiranya sudi siarkan luahan aku ni. Sebenarnya bukanlah luahan sangat, tapi lebih kepada nak bagi panduan open house (awal tak kalut).
- Hormati Masa Tuan Rumah
Aku tengok ramai betul yang fail bab ni. Kalau jemputan tulis 12 tengah hari – 6 petang, kau tak payahlah nak datang pukul 10 malam. Tuan rumah nak berehat juga. Pandai-pandailah kau susun jadual beraya kau tu. Kalau dah tak sempat, tak payahlah nak pergi dah. Hormati masa orang.
Janganlah pula mesej tanya tuan rumah, boleh ke datang malam, ini pun menunjukkan korang ni tak ada common sense. Takkan tuan rumah nak kata tak boleh. Tak payah tanya, kalau tak sempat, cukup sekadar minta maaf.
Ada kawan aku pernah cerita, dia buat open house, saudara mara dia jemput tengah hari, kawan-kawan rapat dia jemput dinner time. Sekali saudara mara dia datang beramai-ramai waktu malam. Makanan tak cukup. Apa punya common sense.
- Hormati Jemputan
Ni rentetan dari cerita kawan aku dekat atas. Dah lah datang tak ikut masa, dia angkut pula satu batalion (sekeluarga ipar duai sebab alasan konvoi).
Be careful benda-benda macam ni. Aku pun tak pandai nak sembang soal hukum, tapi kalau tak berjemput ni patut tak boleh makan, macam kes kenduri kahwin.
But I do not want to talk about hukum dekat sini, tapi common sense lah. Melainkan itu rumah terbuka PMX jemput satu Malaysia, bolehlah korang nak pergi. Tapi kalau bukan direct invitation dari tuan rumah, janganlah pergi especially rumah orang yang korang tak kenal pun.
- Makan Berpada-pada
Ini satu hal lagi, makan macam 10 hari tak jumpa makanan. Ambillah ala kadar je, boleh makan sampai kenyang, tapi jangan sampai tahap melahap dan membazir.
Aku selalu perhati orang suka ambil dessert banyak-banyak, last-last makan tak habis. Buang macam tu je. Janganlah membazir, tuan rumah nak jamu ramai lagi orang.
- Explore Rumah Orang
Ini pun satu hal, tuan rumah dah sediakan khemah/kawasan meja makan. Makan dekat situ je lah. Dah kenapa korang nak masuk dalam rumah dalam bilik bagai. Hormati juga privasi rumah orang.
Kalau nak pergi tandas, minta izin pergi tandas and that’s it. Tak payahlah melencong nak tengok kabinet dapur baru lah apa lah. Unless memang tuan rumah ajak.
- Duit Raya
Kalau tuan rumah ada anak, bagilah duit raya semampunya kat anak-anak tuan rumah. Ini aku rasa ramai lagi yang ada common sense.
- Anak Kecil
Tolonglah awasi anak kecil korang. Jangan biar roaming dekat rumah tuan rumah sampai merosakkan harta benda. Yang ni aku perasan ramai je biarkan anak-anak “bermain” sendiri, last-last ada barang tuan rumah yang rosak.
- Makanan
Back to soal makanan tadi, pernah aku dengar seseorang complain pasal makanan tak sedap dekat tuan rumah. Dia macam ni je, sedap – puji, kalau tak sedap – diam.
Ini pun salah satu sebab kenapa ambil dulu makanan kuantiti sederhana sebab kalau tak sedap kat tekak kita, tak adalah kita buang membazir.
Oklah itu je lah. Awal sedikit confession sebab mungkin ada yang dijemput ke open house CNY.
Kepada yang nak kecam tu, korang memang jenis tak ada common sense lah kiranya.
Thank you.
– Aku Yang Memerhati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit