Untuk part I, (https://iiumc.com/panduan-pelaburan-ipo/).
Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak minta maaf tak dapat nak pm/add atas sebab jaga privasi. Aku bukanlah terer sangat bab melabur ni. Aku masih belajar lagi pasal benda ni.
Yang kedua ada kesilapan sikit pasal tarikh dan harga IPO QSR. tarikh permohonan melalui MITI dah tamat huhu(sori tak check tarikh). Tapi korang masih lagi boleh apply melalui broker/ATM/Online banking tak lama lagi. Harga IPO QSR pulak masih belum diumumkan lagi jadi sila abaikan harga dalam confession pertama.
Yang ketiga, berita baik bagi yang nak mula labur saham. Permohonan IPO Techbond Group Berhad dah dibuka pada orang awam. IPO ni dah disahkan patuh syariah oleh syarikat broker BIMB Securities. Harga murah2 seunit RM0.66. Permohonan minimum 100 unit baru RM660. Korang boleh lah apply laju2 dekat broker masing2/ATM/Online banking. Tarikh 23 November ni ye jadi cepat2 buka akaun CDS. IPO akan listing pada 5 Disember.
Yang keempat, bagi mereka yang nak tips2 pelaburan boleh follow Farhana A Omar dekat FB. Beliau banyak share pasal pelaburan ni. Yang nak buka akaun CDS dengan Maybank pun boleh contact dia melalui FB.
Yang kelima, aku nak share cara kira kos2 terlibat setiap kali jual beli saham. Aku ambil contoh brokerage fee Maybank: Minimum RM8 atau 0.1%(mana2 yang lebih tinggi). Cara kira seperti dibawah
Brokerage fee
Saham Z: 1000 Unit x RM0.35= RM350
RM350 x 0.1%= RM0.35
Tapi Maybank ada minimum fee RM8 jadi rate 0.1% hanya dikira jika ianya lebih dari RM8.
Clearing fee 0.03%
RM350 x 0.03%= 0.11
Stamp Duty RM1 bagi setiap RM1000 nilai saham.
Jadi jumlah kos ialah RM350+RM8+RM0.11+RM1= RM359.11
Last sekali kalau ada soalan boleh je tanyakan dekat bahagian komen. Nanti aku jawabkan mana yang mampu dekat next confession okay?
Footnotes
Techbond Group Berhad – BIMB Securities
https://m.facebook.com/story.
IPO Techbond Group Dah Boleh Beli
http://www.majalahlabur.com/
– Incik Bos
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit