Panduan Untuk Budak Lepasan SPM

First of all, aku harap confession aku membantu korang.

Hi, aku lepasan SPM batch 2020 aka first batch jawab exam time pandemic.

Kat sini, aku nak share pengalaman aku lepas SPM.

So, syukur sebab result aku gempak jugak. Aku dapat 8A daripada 10 subjek. (Aku student sains tulen and I got A for all of my science subjects.)

Aku memang happy sangat and my whole family was proud of me.

Result batch aku kena ambik online je, masa tu 10 pagi, 10 June 2021.

Enough said about my SPM, let’s get into my journey after SPM.

Aku ada mohon UPU but aku isi ikut member, iaitu aku mohon engineering. (Ni perangai orang bodoh.)

After tawaran UPU keluar, memang la aku dapat UPU tu tapi aku tak minat.

Aku pun mohon matrikulasi engineering, pun ikut member. (Perangai bodoh.)

Aku tolak sebab tak minat, so last option aku adalah STPM.

Aku pun mohon and daftar STPM.

Aku mohon tukar dari kelas sains ke kelas akaun and lulus. (Pun perangai orang bodoh.)

Aku pun masuk la kelas even online, tapi Melayu ada dalam 4 je yang lain semua Cina iaitu 30 lebih orang.

Yang lagi sedih tu 3 orang Melayu semua decided nak masuk matrikulasi akaun, so terkapai la aku sorang je dalam kelas penuh Cina.

Sendu gila bab* woi, aku sorang Melayu memang lonely gila even ada je Cina yang baik and sembang dengan aku walaupun 3 orang je.

Actually, Cina pun bukan semua pandai. Dalam kelas tu 4 orang Melayu tu semua dapat result SPM 2 orang 6A, 7A, 8A.

Lepas tu, cikgu je semua advise aku untuk keluar STPM dan further tempat lain, so aku setuju.

I quit STPM tengah jalan, tak sempat habis sem 1 pun.

Aku duduk dalam kelas tu rasa down gila.

Actually aku skor je subjek ekonomi, perniagaan, pengajian am, akaun je stuck sebab aku tak ada basic.

Nak mintak classmate ajar memang tak la, sebab most of them cannot speak BM fluently. Down gila babe.

(Lagi satu nak nasihat, kalau korang Bumiputera baik korang pergi asasi, matrikulasi, diploma, letak je STPM last choice.)

Now, aku tunggu tawaran UPU untuk ke tamhidi sains USIM. Damn, buang masa betul aku ni.

Menyesal gila sebab I wasted my time. Aku pun buat la sikit je part time sementara nak tunggu tawaran.

Kat sini, korang boleh belajar dari kesilapan aku:

1. Isi UPU jangan ikut member, kalau korang risau korang tak ada kawan time sambung belajar nanti. Jangan risau sebab nanti korang akan jumpa member je baru.

2. Jumpa kaunselor korang, tanya pendapat dan nasihat diaorang sebab diaorang arif pasal hal je ni. Macam aku, aku ambik result SPM online. So, aku tak leh jumpa kaunselor aku face to face untuk mintak opinion.

3. Pilih persekitaran yang betul dan sesuai dengan korang.

Contoh aku, aku rasa aku boleh je nak survive STPM tu kalau ada member Melayu yang boleh study sama je. Tapi dah semua nya Cina memang hauk la aku nak study, nak tanya semua susah.

Bukan nak rasis tapi stick to your own race kalau bab belajar.

So, korang senang nak ulang kaji sesama.

Good luck untuk student SPM yang akan ambik result nanti.

Buat pilihan yang tepat selepas korang ambik result nanti, pilih jalan yang korang betul je boleh go.

– No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *