Assalamualaikum semua. Tiada apa pengakuan sangat melainkan nak kongsi sikit panduan untuk ibu ayah yang hantar anak kepada pengasuh persendirian. Terutama untuk ibu ayah muda yang baru nak hantar anak kepada pengasuh.
1. Kenal. Ini paling penting. Once dapat pengasuh, jumpa dan deal. Seeloknya ibu ayah berkunjunglah ke rumah pengasuh yang dipilih. Berkenalan.
Tanya background family bakal penjaga anak kita. Selidik sikit tapi kena tahu limit ya. Soalan lazim yang biasa parents tanya saya adalah suami kerja apa, anak-anak berapa orang, pengalaman mengasuh.
2. Tengok tahap kebersihan rumah. Anak kita bakal membesar di rumah mereka, jadi ceklah keadaan rumah pengasuh. Tapi tak perlulah sampai minta nak cek master bedroom mereka pula. Memadai tengok dalam rumah mereka, dapur dan bilik air.
Make sure tahap kebersihan mereka memenuhi piawaian standard kebersihan yang diyakini. Dan pastikan tiada barang-barang yang membahayakan di rumah pengasuh
3. Deal. Ini mungkin panjang sikit kerana banyak perkara yang perlu ibu dan ayah deal dengan pengasuh.
i) Masa. Kena ada ketepatan masa bekerja untuk mereka. Sebagai contoh, parent yang kerja shift. Bincang baik-baik tentang ni.
Kebanyakan pengasuh akan elak ambil anak yang ibu ayahnya kerja masa tak menentu. Kerja shift termasuklah. Jangan marah pengasuh, itu pilihan mereka. Ibu ayah kena usaha cari pengasuh yang sesuai, yang boleh ikut masa ibu dan ayah.
Saya contohnya, mengasuh 8-9 jam sehari dan waktu siang sahaja. Lebih dari itu memang ada cas ot. Ini sudah saya deal dengan parent.
Ada parent tak boleh terima di cas ot oleh saya, jadi saya minta dia cari pengasuh yang lain. Tidak mahu ada isu berbangkit kemudian hari.
ii) Upah. Bayarlah setimpal. Saya letak harga untuk setahun ke bawah RM400. Masih boleh nego.
Kebanyakan parents minta kurangkan. Saya boleh bagi setakat RM350 sahaja. Kurang dari itu saya akan tolak dengan baik. Maaf, bukan pentingkan duit tapi inilah harga penat lelah saya.
Jika ibu ayah rasa mahal, mereka boleh cari pengasuh lain. Tiada paksaan untuk mereka hantar anak mereka pada saya.
iii) Makan. Tanya pengasuh tentang makan minum. Samada mereka sediakan atau tak.
Ibu ayah anak-anak asuhan saya bayar saya lebih untuk sediakan makan minum anak mereka. Biasa mereka add RM100. Sebab mereka tak sempat nak sediakan.
Jadi mereka bayar saya. Ada juga ibu ayah yang sediakan makanan, jadi saya cas untuk upah mengasuh sahaja. Ini penting ibu ayah kena ambil tahu, sebab anak makan di rumah pengasuh, kita kena concern.
4. Peranan ibu ayah. Ibu ayah sendiri jangan letak bulat-bulat tugas jaga anak kepada pengasuh semata-mata. Jika si ibu ada hal, si ayah kena main peranan.
Sorry to say, kebanyakan parent yang saya jumpa selalu hanya ibunya yang main peranan besar. Ayah kurang involve. Saya tak sure mengapa tapi selagi mereka tak libatkan saya, saya memang kurang ambil tahu.
5. Hubungan baik. Ini pun penting bagi saya. Kita pengasuh mengharapkan ada hubungan yang baik dengan ibu ayah. Supaya komunikasi kita lancar dan takde isu terpendam.
Bila salah satu pihak ada rasa tak puas hati, ini akan datangkan masalah. Yang jadi mangsa nanti, adalah anak kita.
6. Jangan bebankan pengasuh dengan hal yang bukan tanggungjawabnya. Ini kebiasaan melibatkan hari hujung minggu.
Saya salah seorang pengasuh yang tak gemar diganggu pada hujung minggu. Melainkan parent ada hal yang sangat-sangat penting, saya masih consider.
Kalau tak, saya akan tolak dengan baik even mereka jamin akan bayar upah lain. Sebab saya nak berehat luangkan masa dengan keluarga. Duit bukanlah keutamaan.
7. Penerimaan anak. Sebagai ibu ayah, tengok keadaan anak. Serasi atau tidak.
Dalam seminggu pertama, kita biasa akan boleh nampak corak anak kita bagaimana. Sama ada mereka seronok atau mereka memberontak. Jadi ini penting untuk ibu ayah tahu anak ok atau tak ok dengan pengasuh.
Untuk 3 atau 4 tahun, sentiasa tanya apa yang mereka buat di rumah pengasuh, bagaimana layanan pengasuh. Makan dan minum ok atau tidak. Ibu ayah kena tahu. Tanya anak.
Setakat saya mengasuh, hal-hal inilah yang saya titik beratkan. Lain-lain masih ada budi bicara.
Total saya dah mengasuh 6 orang sepanjang tiga tahun ni. Kini hanya ada dua orang sahaja. Dah taknak tambah lagi. Saya mengasuh sebab nak isi masa sunyi bila anak-anak bersekolah.
Boleh juga dapat duit sambil duduk di rumah. Saya sayang anak asuhan saya macam anak sendiri. Kalau nakal, marah macam anak. Tak pernah naik tangan pada anak orang.
Alhamdulillah saya dapat jaga anak-anak yang baik dan dengar cakap. Ibu ayah mereka juga sangat baik dan tak berkira.
Semoga apa yang saya tulis, boleh dijadikan panduan untuk ibu ayah newbie. Kalau ada apa-apa yang lain, bolehlah sama-sama kita kongsi di ruang komen.
Terima kasih semua.
– Mama pengasuh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit