Panduan Untuk Mahasiswa Baru

Assalamualaikum dan hai, saya Siti, baru saja habis postgrad studies secara part time. Alhamdulillah, lulus 1st class.

Sebabkan kat fb saya penuh post pasal intake university dan juga keputusan UPU baru keluar, here is some tips yang saya buat dari sekolah sampai sekarang.

Masa sekolah tak berapa praktikal sangat sebab kita semua being monitored by teachers, tapi bila dah masuk tertiary education, semuanya atas diri kita sendiri.

So sharing ni adalah tips untuk tak stress dengan assignment dan dapat enjoy student’s life peacefully, hihi.

Okay lets start.

1. Introduction week.

– Masa introduction week (usually week 1, degree ada 14 minggu biasanya), lecturers akan bagi course outline, akan explain assignment, presentation, quiz and test. Berapa carrymark/ Continuous Assesment, berapa markah exam.

Biasanya waktu2 ni lecturer akan bagi random saja, contohnya akan cakap test 1 masa week 6 (before midsem break, tapi takde date lagi).

So basically masa 1st week ni, awak akan nampak roughly la sepanjang semester.

2. Calendar/ Monthly Planner. Yang ni kalau tanak beli, print saja online. (boleh try google timeanddate.com monthly planner)

– Okay ini yang paling penting pada saya dulu. Bila ada planner ni, terus tandakan week 1 sampai week 14, tandakan cuti dsb.

Contohnya lecturer A cakap ‘naik cuti midsem, kamu semua akan dapat tajuk assignment dan assignment perlu hantar masa week 14.

So tulis kat calendar/ planner ni kat week 7 (after midsem) ‘dapat assignment A’ and kat week 14 tulis ‘submit assignment A’. Buat macam ni untuk semua subject.

3. Plan and execute.

– Lepas dah listkan semua tugasan untuk 1 semester tu, plan masa anda. Biasa pensyarah akan tetapkan untuk assignment dihantar masa week 14.

So, instead of kita pening nak kumpulkan semua pada satu tarikh, kita boleh start awal.

– Contohnya, assignment A kena submit pada 14/12/2021, biasanya saya akan start 2 minggu sebelum deadline. So tandakan pada calendar pada 01/12/2021 ‘start buat assignment A’.

Saya target sebelum 07/12/2021 kerja saya tu mesti siap (tandakan pada calendar 7hb ‘siapkan assignment A).

Dari 8hb hingga 14hb tu, just untuk saya touch-up, compile dan sebagainya.

Bila buat macam ni, even kerja tu susah, bila kita start masa 1hb tu, atleast kita ada idea tentang assignment tu, compared to bila kita simpan sampai last minute. Kita ada masa 7 hari untuk buat research, cari bahan and so on.

– Kerja-kerja lain pun sama, awalkan 2 minggu. Kalau setakat macam tutorial atau mini assignment, biasanya 3 hari dah cukup. Yang penting tandakan pada calendar/ planner.

Kelebihan bila kita tuliskan tugas kita ni, kita nampak priority kita berbanding dengan kita ingat dalam kepala saja atau kita buat note dalam handphone.

Saya dulu walaupun kadang-kadang tak folus dalam kelas, tapi tak pernah tertinggal planner saya.

Saya note saja segala quiz test bagai, bila masuk bilik, tengok date yang akan ada quiz tu, baru plan untuk study semula apa yang saya tak focus tu.

Selain dari tu, bila ada planner ni, kita boleh plan aktiviti kita. Macam saya dulu masa study suka sangat join kem/ kursus/ bengkel dan seumpamanya.

Katakan minggu yang ada program clash dengan waktu saya nak buat assignment, jadi saya akan siapkan assignment awal sikit,

Korbankanlah waktu tidur/ lepak dengan kawan-kawan kejap sampai assignment tu siap. Lepastu, boleh join program dengan tenang sebab tak terkejar-kejar dengan assignment.

Baiklah, Itu saja saya nak share. Minta maaf kalau penulisan berterabur.

Saya tak pandai mengarang, tapi sebabkan tengok ramai yang stress pasal assignment di page-page confession uni, jadi saya share harap dapat membantu dan bermanfaat.

– Graduan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *