Assalamualaikum wbt. Aku baru terbaca confession pasal seorang ibu yang mengandung anak kedua & suami tak beri perhatian, (https://iiumc.com/bantulah-kami-wahai-suami/).
Jadi, aku terpanggil untuk share apa yang suami buat untuk aku. Aku tak cakap aku perfect atau suami aku perfect. Kami pun tak terlepas dari masalah. Tapi, sekurang-kurangnya aku nak para suami di luar sana sedar, sebenarnya perkahwinan itu Indah kalau korang ada kerjasama.
Kami da berkahwin 10 tahun, sekarang aku tengah mengandung anak ke-5.
5 tahun pertama perkahwinan kami, kami pjj. Sorang si Utara, sorang di selatan. Suami aku tiap2 minggu pulang ziarah kami anak2 beranak tanpa gagal. Sampai pernah kena tindakan disiplin sebab tak hadir program hujung minggu. Bagi dia, keluarga lebih penting.
Masa ni, aku tak pernah mintak duit belanja. Sebab aku pun kerja masa tu. Aku faham kos dia ulang alik tiap2 mggu. Aku bersalin pun dia tak sempat sampai. Aku sorang je kat Labour room.
Bab anak, kami alhamdulillah. Suami aku memang boleh bawak bincang. Walaupun tak pakai apa2 perancang, atur la ikut waktu subur. Sebab suami aku pun faham risiko kalau aku ambil perancang. So alhamdulillah susunan anak memang cantik selang setiap 2 tahun.
Rezeki anak no 3, masa ni aku dah berhenti kerja dan aku buat bisnes kecik2 sambil urus anak. Suami aku pun dapat pindah dok sekali.
Masa ni, gaji suami aku tak banyak pun. RM 3000 la lebih kurang. Separuh gaji dia akan bagi untuk aku urus belanja sekolah anak & belanja aku. Duit rumah dia bayar, duit belanja dapo, astro semua dia bayar.
Ada la jugak mulut2 jahat kawan dia cakap banyak bagi bini. Diorang cakap bagi RM 200-RM 300 cukup la. Tapi dia tau tak cukup sebab aku nak ambil anak2 semua pun nak kena isi minyak kereta bagai. Kami hidup seadanya. Memang tak mewah. Tapi alhamdulillah cukup.
Kami jarang keluar weekend nak window shopping ke apa, apa lagi nak pegi bercuti oversea. Yang ada, balik kampung jumpa mak ayah. Selang-selang 2-3 bulan sekali kadang balik rumah mak ayah dia, kadang balik rumah mak ayah aku.
Aku pulak jenis pendapatan tak tetap. Ada masa sikit, ada masa banyak. Time banyak, aku boleh la belanja anak2 lebih sikit. Time sikit, seadanya syukur Alhamdulillah. Tapi suami aku tak kisah. Asalkan aku boleh urus rumah tangga dengan baik.
Okay macam mana aku tak stress dengan kerja dan urus rumah tangga. Suami aku mula-mula masa dok serumah, dia tak pandai juga nak tolong aku. Kerap jugak la gaduh masa ni. Masa ni aku rasa menyesal la dok sekali. Hahaha.
Tapi alhamdulillah, dia ni rajin jugak kadang pegi masjid dengar kuliah. Tapi tak alim sangat pun. Ada masa culas jugak. Ustaz-ustaz dok tegur tu dalam utube semua tu. Sikit-sikit dia berubah. Pastu bapak dia pun rajin tegur dia. Ingatkan dia, tolong aku kat rumah. Nafkah aku jangan lupa.
Dan kat rumah, tugas-tugas yang dia suka, aku bagi dia buat. Yang mana dia tak boleh, takpe aku buat.
Bab basuh baju, sidai baju, kutip baju, sangkut baju, gosok baju ni semua kerja dia. Pernah la abg ipar aku perli dia, dia takut bini. Sebab masa kami balik kampung, dia still buat benda yang sama. Basuh baju & sidai baju semua. Dia sengih je la. Haha.
Urus anak2 di sekolah rendah pun dia. Kalau ada mesyuarat atau aktiviti di sekolah pun, dia akan ambil tanggungjawab untuk hadir.
Bab mengajar anak, buat homework, baca Quran, hafal Quran dia yang akan ajar diorang sebelum keluar pegi main futsal. Biasa dia akan keluar lepas budak2 tido.
Aku pulak akan amik bahagian masak, kemas rumah. Ni pun da boleh bagi anak2 sikit2. Then aku urus anak2 yang masih di taska. Kadang2 kalau aku ada meeting atau appointment dengan klien, kami akan adjust masa tengok siapa yang akan urus anak. Sama jugak kalau dia kena outstation atau kursus luar, so aku yang akan take turn dengan dia.
So bila orang tanya aku, tak penat ke dengan bisnes dengan anak berderet kecik2, of course aku penat. Sebab aku penat tu la. Husband aku tolong. Dia pun sama macam suami orang lain. Keluar pagi, balik petang, malam2 pi main futsal. Tapi dia tak la lepak minum dengan kawan. Habis main dia balik. Sebab dia suka bersukan, aku tak halang pun. Kalau malam minggu dia bagi je kami ikut. Tapi aku selesa dok rumah. Aku boleh rehat. Haha. Anak2 je yang biasa nak ikut. So dia bawak je.
Jadi, untuk suami2, korang semua jadikanlah kisah aku ni untuk panduan. Duit ringgit bagi aku bukanlah sumber kebahagian dalam rumah tangga. Tapi persefahaman akan menyebabkan rumah tangga korang aman. Yang penting, untuk orang Islam, jagalah agama. InsyaAllah rumah tangga korang akan sejuk.
Hargailah isteri korang semua macam mana korang gila pikat dia dulu. Jangan buat isteri korang macam maid. Sebab dalam Islam, Rasulullah tak ajar kita macam tu.
Seriously, aku memang kesian bila baca confession yang isteri cakap penat, stress dengan suami yang tak membantu. Sebab aku merasa masa kami pjj dulu. Memang penat urus tangga sorang diri. Sebab tu aku faham.
Tolonglah para suami, harga isteri korang sebelum terlambat. Isteri tu amanah dan tanggungjawab. Jangan sampai korang dipersoalkan di akhirat kelak.
– Rina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit