Assalamualaikum
Ni haa aku nak share panduan untuk bernikah bagi pasangan berlainan negeri & bernikah di daerah lain.
Bernikah daerah lain tu maksudnya, yang perempuan tu mungkin ada request nak nikah kat kampong dia ke rumah pak sedara dia ke atau hotel grand kat daerah sebelah.
Untuk mulakan urusan boleh la korang sediakan dokumen-dokumen seperti
1) Sijil kursus kahwin
2) HIV test
3) Cari tahu cara pendaftaran permohonan kebenaran berkahwin negeri masing-masing. Ada negeri manual, ada negeri online.
Lengkap 3 perkara kira dah bersedia la.
Mula-mula sekali, gentleman first.
Pihak lelaki hendaklah mengisi borang kebenaran berkahwin bagi negeri dia. Kalau laki aku ni orang Pahang. Borang dia manual je. Isi semua maklumat. Bawa ke tok penghulu, bawa ke pejabat daerah. Untuk Pahang haritu takde cas dikenakan untuk dapatkan Kebenaran Berkahwin tu, cuma kena tunggu waktu proses lebih kurang seminggu.
Part dia ni antara dokumen yang perlu ialah:
IC Lelaki & perempuan
Sijil Kursus Nikah Lelaki & Perempuan
Keputusan HIV test (abang pahang punya borang HIV kena print dari web.)
Nanti pejabat daerah akan cop pengesahan kat dokumen semua tu, termasuklah belakang sijil kursus nikah lelaki, di copnye nama pasangan dengan siapa dia akan berkahwin. haa kat situ la boleh tengok bakal laki korang dah kahwin berapa kali. haha
Elok je lelaki dah dapat izin dari daerah dia untuk berkahwin, ladies pula.
Aku asal Selangor, so isi borang tu online.
Disebabkan IC aku lain alamat dengan sekarang, aku kena isi borang pengesahan bermaustautin. Borang ni perlukan seorang saksi yang mengesahkan aku memang duduk kat alamat tu. Saksi aku, aku pakai guru besar sekolah kat situ merangkap jiran aku. Lepas tu baru dapatkan pengesahan ketua kampung ke taman ke tok penghulu.
Dokumen yang perlu untuk borang Maustautin ni ialah salinan IC pemohon, bil api/air atau salinan IC saksi.
Borang kedua, borang permohonan berkahwin pula.
Dalam borang ni ada la details-details tentang diri pemohon dan pasangannya.
Isi je semua. Dalam borang ni perlukan 2 orang saksi. 2 orang saksi ni namanya saksi borang. yang tadi tu saksi maustautin. Ni bukan saksi nikah tau.
2 orang saksi ni ambil la adik beradik ke, kawan ofis ke.
Tapi jurunikah aku pesan, dia kurang gemar kalau pemohon lelaki bawa kawan ofis ni, sebab selalunya dorang countim belakang untuk lelaki tu kahwin lagi 1.
Borang ni fill in je dulu, dah print jangan sign lagi.
Pemohon, Wali & 2 orang saksi ni kena sign borang ni depan jurunikah.
Dokumen untuk borang ni ialah salinan ic wali, salinan ic 2 orang saksi, salinan sijil kursus nikah, HIV test original perempuan (kita selangor, klinik yang sediakan borang tu), salinan sijil nikah ibu bapa perempuan
Borang ke tiga pula, borang pengakuan wali. Maksudnya siapa yang akan walikan perempuan tu.
Kalau pakai wali hakim, kena isi la wakalah wali tu. Kalau tak, isi yang belah atas je. Tiada dokumen tambahan.
Isi online tu ada la nampak kena isi 2 orang saksi, saksi tu untuk saksi wakalah wali je.
Jurunikah dah semak, cop semua semua ni, siap compilekan dengan dokumen lelaki..
Kita yang perempuan ni bawa pula ke pejabat agama islam daerah untuk dapatkan pengesahan kebenaran berkahwin.
Disebabkan aku mohon nikah luar daerah, makanya aku kena sediakan 1 copy set dokumen yang jurunikah tu susun. Sebelum pegi pejabat daerah tu, fotostat awal-awal.
Lepas tu dia buat semakan, dia cop cop semua, bayar RM10, dapatla kebenaran bernikah tu.
Akhir sekali, yang original set dokumen ni aku kena hantar ke tok imam daerah sebelah tu. Bincang-bincang la ngan dia, tarikh aku tu dia free tak, pukul bape, dia boleh datang umah tak, pakai saksi dia ke saksi aku.
Bincang-bincang, mengikut ketetapan negeri masa nikah tu kita kena bayar sikit kat tok kadi (RM 100), saksi 2 orang (RM 20 x2) & Surat pengesahan nikah (RM20).
Dah, boleh kawen. yeayy~
Thank you!
– NOOR ALIFAH AHMAD IZHAR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit