Panic Disorder Batin Ters3ksa

Terima kasih admin sebab siarkan confession ni. Tujuan saya menulis hanya lah untuk mendapatkan pandangan dan meluahkan rasa hati yang saya tak tahu nak cerita pada siapa.. Malu kalau luahkan pada yang terdekat tapi Jiwa saya ters3ksa…

Sedikit pengenalan diri, saya hujung 20an, dalam bidang pendidikan, telah berkahwin dan ada sepasang cahaya mata. Dulu saya dan suami duduk jauh, PJJ dan baru setahun lebih ni kami dapat duduk bersama.

Tapi Kontranya tempat kerja suami agak jauh dalam 140km sehari dan dia berulang setiap hari dan hasil dari stress ulang alik, kerja, suami saya develop pelbagai penyakit termasuklah panic disorder..

Saya duduk dalam kuarters dan suami tak benarkan saya berulang kerana risaukan saya.. Dan di situlah bermula kisah apa yang saya nak luahkan..

Ketahuilah sangat penat menjadi pasangan kepada penghidap panic disorder ni. Kadang Kadang tumpuan hanya perlu ditumpukan pada suami sampai saya rasa dia sangat selfish.. Saya perlu sentiasa tenangkan dia bila dia kena panik yang tak tentu masa menyerang.

Suami ada dapat kan rawatan tapi saya tak nampak apa apa kesan.. Keadaan panik dia makin teruk.. Pelbagai benda negatif yang dia fikir. Sampai saya penat sebab nak uruskan anak, rumah, kerja dan suami.. Saya seorang nak uruskan semua.. Saya tak kuat..

Kadang bila tengah sibuk uruskan anak2, suami pon akan datang mengadu macam rasa sakit dada la, berpeluh la, pening la, tak boleh bernafas la dan pelbagai lagi simptom panik… Dan mulalah dia dan fikiran negatif dia..

What is the worse that can come out from all that symptoms.. Mulalah rasa macam dia ada sakit jantung, rasa dia ada kanser, rasa dia ada darah beku dalam kepala..

Saya faham pesakit panik ni tak minta semua tu, saya tau mereka lagi rase sesak bila kena panik.. Tapi tak ada siapa yang nak faham perasaan pasangan penghidap panik ni..

Kadang-kadang saya ingin juga rasa dibelai, dihargai, punya keinginan nafsu tapi suami akan sentiasa menolak. Apa sahaja tips untuk menggoda suami saya dah buat tapi end up akan di reject..

Perasan kena reject tu macam terfikir apa salah saya, tak cukup berhias dan wangi ke saya.. saya sangat menjaga ketrampilan diri.. Apa kurangnya saya? I keep blaming myself..

Sejak dapat anak kecil ni, kami memang dah tak pernah bersama, almost a year.. I have been rejected multiple times.. Rasa malu, rasa benci pada diri saya SENDIRI. Saya tak tau macam mana nak describe perasaan kena reject s3xually.. Macam I’m not attractive enough for him.

Every time saya minta alasan dia penat sakit kepala.. Saya tak pernah minta time bekerja.. Saya faham dia ulang alik jauh dan saya hanya minta kadang sekali sebulan time bercuti je, tu pon tak dilayan..

Jiwa saya ters3ksa sangat tapi saya tak tau nak luah pada siapa.. Gila s** ke saya? Dulu masa PJJ, kami masih bersama twice a month on weekend tapi sekarang bila duduk bersama, saya tak dilayan.. S3ksanya rasa…

Suami hanya mahu saya fokus pada penyakit dia. Saya support dia setiap kali dia dapatkan rawatan, segala tips untuk rawat penyakit dia saya buat, tapi saya tak rasa dihargai.. More to like sleep partner dan bibik untuk uruskan rumah dan anak2…

Banyak kali terlintas nak bercerai sebab saya dah penat.. Penat sangat rasa tak dihargai.. Saya bekerja, jadi duit nafkah suami tak pernah bagi.. Gaji saya mostly untuk perbelanjaan rumah dan anak2.. Sampai saya terfikir apa guna perkahwinan ni sebab sekarang pon saya rasa I’m alone..

I can manage my house, my career and my children without my husband.. Tapi fair ke untuk saya tinggal kan dia atas alasan dia sakit?

Saya sangat kagum melihat kisah isteri hebat di FB yang mampu menjaga suami yang sakit dan uruskan segalanya sorang2.. Tapi tu lah, limitasi setiap orng berbeza dan saya tidak punya kesabaran dan ketinggian seperti mereka..

Bukan saya tak pernah berbincang dengan suami pasal ini tapi dia akan bagi pelbagai alasan.. Dia kata dia nak prepare kan diri saya kalau dia tak ada suatu hari nnti, so that tak adalah saya tercari2 s** bila dia takda..

He said marriage is not just about s**.. I do agree with that tapi s** yang membantu menyemarakkan hubungan.. Salah ke saya minta sesuatu yang halal? Tak normal ke saya?

Kalau kata dia penat ulang alik, fine.. Saya da lama tak minta tapi bila PKP ni, dia just duduk rumah, makan dan tidur pon tak boleh nak tunaikan nafkah batin saya..

Entahlah, saya rasa ni je medium yang boleh saya luahkan, nak cerita pada orang malu, aib suami isteri.. issue taboo.. At least kat sini nobody knows me..

Saya faham suami tak minta jadi macam tu, saya juga tak minta jadi begini.. Doa saya biarla saya takde rasa pon nak bersama…..

Its just dengan anak2 yang sedang membesar, dengan kerja yang makin terbeban, dengan keadaan rumah dan dapur yang perlu sentiasa berasap, saya penat.. Just penat… Dan hanya perlukan a little appreciation.

Tapi tu lah.. Orang boleh menuduh saya teruk, gila s** di saat suami sakit dan sebagainya tapi hanya saya yang rasa…

Agamawan hanya tekankan dosa sorang isteri menolak ajakan suami, tapi bagai mana dengan suami? Adakah isteri hanya boneka yang tidak punya perasaan dan nafsu???

Saya buntu.. Tak tau apa yang perlu saya buat.. Harapkan anda2 dapat bagi pendapat atau kata2 semangat untuk saya terus kan s**less marriage ni dengan berjaya…

Thanks…

– The wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *