Pantai Timur Ke Negeri Bawah Bayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terpanggil nak kongsikan cerita sikit berkaitan pindah dari Semenanjung ke Negeri di Bawah Bayu.

Ada tadi saya terbaca confession yang seorang ahli KKM tu kena posting ke Sarawak tu.

Hehe. By the way, take times and enjoy ja ok. Saya ni seorang suami kepada seorang isteri.

Belum ada anak. Dulu saya berkhidmat di pantai timur. Haa, saya dan orang rumah orang utara.

Kami kahwin selama 6 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Tanda² pun tak da. Kalau balik kampung tu, emak menakan sebelah isteri tu, fuhh.

Bukan main lagi bertanya dah ada isi ka? Tak cuba rawatan ka? Tak cuba berurut ka.

Haha. Kadang rimas juga taw. Tapi setakat soalan tu, normal ja kan.

Orang tua. Biasa laaa. Tapi yang saya tak boleh tahan, balik kampung ja, ada sorang mak menakan dia raba kemaluan ni, kalau pakai pad, laaaa, tak dak lagi ka.

Haha. Korang rasa macam mna perasaan isteri saya kalau macam itu? Saya pulakk kena pujuk dia.

Saya kata kat isteri, ingat anak tu boleh beli kat pasaraya ka? P la tanya Allah napa kami tak diberi rezeki lagi. Punya fed up nak jawab.

Short story, ada satu jawatan membolehkan saya posting jauhh dari semenanjung. Negeri dibawah bayu.

Disebabkan tekanan sebegini, nak jaga hati isteri, saya tawarkan diri untuk posting ke Negeri di bawah bayu.

Uinaaaa, jauh dari kampung halamanku baini (masih belajar sleng).

Saya ngan isteri ni minat travel n food hunting. Kami naik moto ja travel kemana saja masa tu sebab kontena hantar kereta belum sampai.

Seronok dapat kenal kawan baru, tempat baru, budaya baru, environment baru. Yang lagi seronok dapat tinggal jauh dgn emak menakan isteri ni. Haha.

Kemana saja saya bawa isteri saya. Bukan tak fikir pasal anak, tapi kami redho apa ketentuan yang Allah bagi. Saya nak ceritakan, betapa kita kena bersangka baik dengan Allah.

Fast forward, masa berlalu. Saya kena hadir kursus di semenanjung. Tinggalkan isteri kat rumah di kampung utara.

Perkara macam tu pun berulang lagi. Ya la kan, tak kan nak tinggalkan isteri kat Negeri di bawah bayu. Sorang – sorang pula.

Kesian pula. Tiap minggu saya balik. Pantang dapat cuti, saya balik.

Nak pujuk hati isteri saya ni. Korang tahu saya habis kursus, saya balik negeri di bawah bayu dahulu. Dalam seminggu macam tu baru isteri saya dtg.

Allahu, dia tunjukkan kat saya yang dia pregnant. Muka saya, kontrol macho ahhh. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Excitednyaaaaa. Isteri saya menangis laa. Dia memang keluarga kuat nangis.

Teruja nangis, sedih nangis, sakit nangis. Haha. Masa ni, kewangan saya dah stabil.

Allah bagi rezeki tu, sebab Dia tahu kita ni dah mampu masa tu. Dia takkan beratkan kita dengan sesuatu yang bukan kemampuan kita. Bersangka baik dengan Allah.

Untuk yang confession ke Sarawak tu, saya doakan Puan dimurahkan rezeki. Allah tak kan tinggalkan Puan dan uji Puan kalau Puan tak mampu nak hadapi. Carilah sesuatu yang seronok di sana ya.

Jangan stres². Sabah dan Sarawak ni orang dia baik². Kalau kena gaya, tak mau balik semenanjung oo.

Eh, tersasul pula. Ok lah semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan.

Terima kasih yang sudi membaca. Tq gang semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

– Askar perang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulillah.. Rezeki Allah swt. Tahniah Askar Perang dan isteri. Semoga isteri jaga makan dan kandungan. Semoga berbahagia selalu. Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *