Aku terbaca 1 confession tentang janda anak 1 autis dan hyperactive dimana anaknya kurang diterima kehadirannya oleh suami baru.
Mengingatkan aku pada rangkaian peristiwa yang aku alami dari mula awal menikah dengan suami sehinggalah kini.
Terdektik hatiku nak cerita sikit pasal suamiku dan keluarga mentuaku.
Mak mentuaku ibu tunggal dengan 1 anak yaitu suamiku. Berkahwin semula masa suamiku di sekolah rendah.
Berkahwin dengan suami orang.
Ibu mentuaku rela menjadi istri kedua sebab ayah mentua tiriku orang berada dari segi kewangan dan pangkat.
Aku kenal suamiku sebagai seorang yang pendiam, dingin, bertanggung jawab, dan sederhana.
Awal mula aku mengenal suamiku, aku merasa hairan dan pelik. Sebab penampilan, barangan yang dia ada, dan apapun tentang dia sangat lah apa adanya dan sederhana sekali. Boleh dikata “seadanya” sahaja.
Walhal ibu dan ayah tirinya adalah orang berada. Bekerjaya. Kehidupan melimpah. Rumah banglo. Kereta berderet.
Contohnya, jika suamiku nak pergi bandar atau ada keperluan nak ke suatu tempat, walaupun ada kereta dirumahnya, dia akan naik transport awam. Hal ini berlangsung sampai kami menikah.
Jika ayah ibu dan adik tirinya pergi bercuti keluar negara ataupun dalam negara, suamiku ini hanya duduk dirumah.
Aku merasa janggal dengan hidup dia yang seperti itu. Walaupun diam 1 rumah, dan makan nasi bersama, tetapi cara hidup suamiku dan keluarga ibunya sangat berbeda jauh.
Cara ibunya bercakap kepadanya pun agak kurang beradab. Selalu bermasam muka dan meninggi suara tanpa sebab. Tak pernah cakap baik-baik. Tak pernah berlemah lembut. Menasehati apatah lagi.
Sungguh beza saat ibu mentuaku bercakap dengan suami dan anak barunya. Sangat lemah lembut dan penuh senyum.
Duit belanja pula, memang tak pernah dapat dari ayah tiri ataupun ibunya. Dengan alasan bahwa mereka telah memberi suamiku tempat tinggal dan makan sehari 3 kali secara free semenjak suamiku kecil.
Sedih kan?
Dan suamiku tak pernah sekalipun memburukkan, mengeluh ataupun kecewa dengan keadaan yang terjadi.
Suamiku hidup secara damai, seolah-olah apa yang terjadi pada dia adalah hal yang normal. Takdir Allah yang indah untuk dia.
Aku menikah diusia muda. Beza umurku dan suami adalah 5 tahun.
Masa menikah dengan suamiku, memang tak ada apapun majlis, baju pengantin, sanding, kenduri atau apapun lah. Mahar pula aku hanya mendapat rm5.
Suamiku jujur padaku bahwa dia tak mempunyai uang banyak, dia hanya memiliki simpanan hasil dia kerja part time di kilang masa lepas SPM.
Duit yang dia ada, dia akan pakai untuk urus segala dokumen pernikahan (untuk duit tambang bas kehulu kehilir uruskan borang itu ini, dan bekalan makan dijalan. Tak kan lah nak jalan kaki kan..).
Aku akur, kerana aku tengok suamiku type orang yang “cakap sikit, buat kerja lebih”.
Entah lah macam mana aku boleh yakin masa itu.
Ayah ibunya tak membantu satu sen pun untuk pernikahan kami. “Kamu yang nak menikah, pandai-pandailah kamu selesaikan sendiri”, begitulah hujjah ibunya.
Setelah menikah, 2 tahun kami menumpang dirumah ibunya.
Rumah banglo.
Kami mendapatkan bilik paling kecil dihujung rumah. Itu adalah bilik suamiku masa bujang. Tak ada tambahan perabot untuk meraikan kami sebagai pengantin baru. Anak sulung yang menikah. Tak ada langsung. Hanya tilam single 1 dan meja kecil 1. Itu lah barangan suami.
Kami tak diraikan.
Lepas kami menikah, rizki suami langsung mendapat kerja sebagai pensyarah lantikan kontrak di salah satu U swasta.
Kami fikir nak tabung untuk deposit rumah ataupun sewa rumah, tetapi ibunya bersikeras bahwa suamiku harus memberi duit bulanan pada dia untuk uang makan dan tempat tinggal kami. Kami akur.
Selama 2 tahun tinggal bersama mentua, aku semakin faham bahwa suamiku seperti “melukut ditepi gantang”.
Ayah mentua tiri memang tidak sekalipun pernah hulur duit kepada suamiku walaupun suamiku terdesak macam manapun.
Dengan dalil, ayah kandung suamiku masih hidup.
Macam mana suamiku nak menumpang kasih atau meminta uang kepada ayah kandung jika ayah kandung pun tak inginkan kehadiran dia.
Walaupun aku akui ayah kandung suamiku adalah orang yang berada. Mempunyai company sendiri. Dan tentunya dengan istri dan anak2 baru.
Pun begitu segala harta ayah kandung telahpun dibagi dan dinamakan kepada istri baru dan anak2 barunya. Suamiku seperti biasanya tidak dapat apapun, dengan alasan suamiku dijaga oleh ibunya dan ibunya telah berkahwin semula dengan orang yang berada.
Ibu mentuaku sering mengingatkan aku, terutama jika dia nak belikan adik tiri suamiku sesuatu ataupun mereka travel ke luar negara.
Mengingatkan dengan lantang dengan ayat yang selalu sama : “ayah itu bukan ayah suamimu, dia ayah nisa, jadi suamimu tidak boleh nak minta apapun atau nak tuntut apapun dari ayah. Dah syukur dah ayah izinkan kalian tinggal disini dan suamimu dibela dari kecil”.
(Nisa adalah nama adik tiri suamiku).
Selalu kalimat itu berulang-ulang yang ibu mentuaku cakap tak kisah lah didepan aku seorang diri mahupun didepan suamiku.
Sedihnya hatiku hanya Allah yang tahu. Kerana bagiku hal sebegini bukanlah sesuatu yang normal. Macam tak pantas seorang ibu selalu berkata demikian terhadap anak kandungnya.
Jika aku dan suami ada keperluan ke bandar, memang kami akan jalan kaki sampai bas stop, kemudian naik bas atau van sapu.
Nak meminjam kereta mentua memang tak akan pernah dapat. Dengan alasan “jika terjadi sesuatu siapa yang akan bayar ganti rugi? Kalian bukannya ada duit”.
Ayat yang sama berulang-ulang yang ibu mentua ucapkan jika suami hendak meminjam kereta.
Pernah juga suami bersuara, mungkin kerana terlalu lama terpendam dihati,
“Aku tak pernah meminjam apapun dari ibu dan ayah selama ini, cuma sekarang aku sudah beristri dan aku teringin sekali sekala memudahkan istriku. Bantulah aku sekali ini sahaja. Sekali pun cukuplah”.
Aku sebak mendengar ayat suamiku.
Dan mentuaku tetap dengan pendiriannya. Harta dia, harta dia. Tak boleh sesiapa kacau/pinjam walaupun itu anak kandung sekalipun.
Ayah mentua tiriku pun macam tunggul. Tak pernah peduli pada suamiku. Ada dan tiadanya suamiku tak memberi kesan apapun pada dia.
Suamiku adalah sebaik-baiknya manusia yang pernah aku kenal. Tak pernah aku melihat dia mengeluh, membantah orang tuanya. Rajin membuat kerja-kerja rumah termasuk mengasuh adik tirinya sejak kecil.
Sembahyang pun tak pernah tinggal. Rajin belajar. Tak merokok dan tak pernah lepak luar. Jika berkata-kata memang selalu lemah lembut kepada siapapun.
Aku hairan, mengapa suamiku yang sebaik itu mendapatkan orang tua yang bukan hanya bercerai berai, tetapi masing-masing menolak dia.
Menganggap suamiku hanya bola usang yang tak dikehendaki dan sesuka hati boleh dilempar dan tak dipedulikan.
Sejak saat itu, sekalipun aku tak pernah mengeluh kepada suamiku. Aku bersemangat naik van sapu, atau bas untuk urusan ke bandar. Aku semakin menyayangi suamiku dan tak ingin sebutir habuk pun mengguris hati dia.
2 tahun menumpang di rumah mentua betul-betul membuka mataku, memberiku banyak pengajaran, dan membuatku semakin kukuh berdiri disamping suamiku.
Aku berambisi walau apapun yang terjadi aku harus mendampingi dan mendukung suamiku supaya suamiku berjaya.
Aku jadi faham kenapa suamiku bersikap dingin, type orang yang dingin seperti iceberg. Dia tak diajar berkasih sayang. Dia membesar tanpa tahu apa itu kasih sayang, dan sentuhan lembut.
Aku betul- betul menjadi pendiam. Seluruh kerja-kerja rumah yang harus aku lakukan untuk seluruh keluarga suamiku, aku lakukan tanpa sedikitpun mengeluh.
Rumah banglo mentuaku tak memiliki orang gaji, jadi semua kerja-kerja rumah memang aku yang mengerjakan tanpa dibantu siapapun.
Kebanyakannya aku lakukan secara manual (memakai tenaga dan tanganku sendiri).
Seperti menyapu dan cuci baju, aku tak dibenarkan memakai vacum dan mesin basuh. Mentua berdalih nak jimat letrik.
Jadi aku kena cuci memakai tangan baju seluruh penghuni rumah. Menyapu menggunakan penyapu kemudian ku mop supaya lantai licin macam memakai vacum.
Kerja dapur pun harus aku buat sendiri. Hidang makanan untuk seluruh penghuni banglo, kemudian harus mencuci pinggan mangkuk usai mereka semua makan.
Yang sangat melelahkan aku adalah bila tiba musim perayaan seperti hari raya.
Mentuaku sangat suka buat open house. Tetapi yang masak semua hidangan, mengemas rumah, cuci rumah, dapur dan segala peralatan memasaknya adalah aku. Aku seorang.
Ibu mentua tak nak tempah walaupun dia berkemampuan, dengan alasan nak jimat dan ada aku yang dapat mengerjakan semua, kerana aku belum ada anak.
Ibu dan ayah mentua serta adik ipar hanya sibuk menghias diri dan menyambut tetamu.
Ibu dan ayah mentua memang tak pernah berkira nak bagi angpau kepada saudara maranya, tetapi kepada suamiku dan aku sangat berkira.
Sebab itulah ramai yang berfikir bahwa aku adalah menantu bertuah mendapat mentua yang begitu pemurah, walhal 10 sen pun tak pernah aku merasakan duit mentua. Alasannya tetap sama : suamiku dah dibagi makan sedari kecil.
Aku jalani semua dengan damai, tanpa mengeluh. Aku ingin suamiku fokus kepada masa depan kami. Menentukan hala tuju pekerjaannya dan masa depan kami.
Orang luar termasuk saudara mara yang tak tahu sikap mentua, pasti selalu berfikir betapa beruntungnya aku dan suami. Tinggal di rumah banglo yang semua serba lengkap.
Kehidupan serba mudah, tak perlu bersusah payah sedikitpun untuk hal apapun. Selalu bercuti dalam dan luar negara. Tak pernah kekurangan wang.
Setiap perayaan atau acara makan-makan bersama keluarga besar, mereka semua selalu mengatakan padaku dan suami betapa beruntungnya kami berdua hidup dalam kemewahan. Kami hanya senyum saja.
Tak pernah terdetik dihatiku untuk meluahkan rasa ini kepada sesiapa. Termasuk keluargaku.
Biarlah orang luar nampak kami yang indah-indah saja. Kami tak nak merosakkan imaginasi mereka.
2 tahun tinggal bersama mentua, akhirnya suamiku mampu membeli rumah teres kecil dan kereta second. Kereta tua.
Syukur alhamdulillah.
Kami hidup dirumah kecil kami dengan damai. Melalui hari- hari bersama sambil berusaha untuk memperbaiki kewangan kami.
Aku push suamiku untuk ambil master melalui progam beasiswa kerajaan negri.
Suamiku memang otak geliga dari zaman sekolah. Degree pun dia habiskan dengan cemerlang.
Suamiku belajar degree dengan kewangan sendiri, bukan dari ayah ibu.
Selain kerja part time, dia ada juga mohon sumbangan mana-mana pusat zakat, beasiswa prestasi kerajaan negeri, dan ngo.
Hidup zaman U dia memang perit. Duit dari parent memang tak ada. Tak ada bantuan apapun dari parent. Sering tak makan kerana tak cukup duit, maka puasa lah dia.
Alasan ibunya : “kau sendiri yang pilih belajar, tak nak kerja, jadi pandai-pandailah kau survive hidup”. Sedih kan…
Beza dengan adik tirinya. Memang berlimpah kemewahan. Cakap lah nak apapun, semua dapat secara cash. Nak beli kereta masa dekat U, dapat, dibelikan secara cash. Dari zaman sekolah sampai U tukar2 fon dan laptop memang selalu dapat dengan mudah. Beli secara cash.
Kredit unlimited tak perlu pening nak fikir top up. Yuran U pun dapat sponsor dari ayah ibunya secara percuma. Wang bulanan selalu melimpah. Setakat cafe2 hipster dan kedai makan mewah itu adalah biasa. Beli barang selalu branded. Pendek kata melimpah sangat lah.
Pernah aku suarakan kenapa tak tolong bayar yuran U suamiku, mengingat mentua sangat berkemampuan. Sekali lagi jawabannya sangat menyakitkan “suamimu tak ada ayah, itu ayah nisa jadi tak boleh lebih2”.
Sakit…
Aku merasa hairan, ibu mentua sangat mendukung adik ipar sambung belajar di U, siap membayar yuran secara cash tanpa hutang. Adik ipar tak perlu susah payah nak buka mulut untuk meminta.
Tapi suamiku, sampai dimusuhi, ditengking dan tak disapa berbulan-bulan kerana nak sambung belajar, terutama sambung master. Padahal tak memakai uang dia sesen pun.
Kerana hal-hal semacam itulah kami pilih menjauh dari mentua. Tetap menghormati mentua tetapi tidak sesekali nak merapatkan diri.
Kami nak rapat pun percuma, tak mendapat sambutan. Tetapi dicurigai bahwa kami nak rapat sebab nak tumpang kesenangan.
Masa kami menjauh, nampak mentua memang selesa dan bahagia. Jadi faham-fahamlah aku bahwa ibu mentua tak nak diganggu hidupnya.
Takdir Allah, pada tahun ke 7 aku dan suami berumah tangga, suami dilantik sebagai pegawai kerajaan, tanpa melalui cable apapun dan siapapun.
Bermula dari sini lah sikap layanan para orang tua suamiku agak berubah.
Aku tak faham mengapa tittle “pegawai kerajaan” begitu digeruni dan disanjung oleh sebagian orang terutama orang tua-tua, padahal keadaan kewangan tidak jauh berbeza dengan kerja swasta. Bukan boleh menjadi jutawan pun…
Ibu mentua dah mula cakap dengan nada lembut pada suami, ayah mentua tiri dah pandai cakap “anak ayah…” pada suamiku, ayah kandung mulai tercari-cari dan bertanya kabar suamiku, ibu tiri mulai sering menjemput suamiku untuk bertamu ke rumahnya.
Semua orang tua suamiku mulai bersikap manis lah..
Tetapi suamiku adalah suamiku. Tetap dingin dan agak menjaga jarak dengan para orang tuanya.
Suamiku tetap sangat lembut dan santun bila bercakap dengan para orang tuanya, tetapi untuk merapatkan diri bersenda gurau ataupun bersikap terbuka kepada mereka itu tidak dapat suamiku lakukan, walau aku pujuk dan ajar macam manapun tetap tak berkesan.
Alasan suamiku “dah biasa diperlakukan dingin, nak ubah terlalu mesra rasanya geli”.
Kemuncaknya apabila ayah mentua tiriku pencen dan tak bekerja.
Awal-awal tahun dia pencen, semua anak2 dan istrinya memperebutkannya. Dia dijulang dan dilayan bak raja. Stokin ada yang bukakan.
Duduk je akan terhidang air panas. Sampaikan hal-hal kecil seperti remote atau atur suhu kipas pun ada yang selalu ambil dan aturkan.
Betul-betul macam raja. Masa makan pun, siap air basuh tangan dimeja. Nak perlu atau tambah sesuatu tinggal tunjuk, tanpa perlu susah payah buka mulut. Layanan diraja. Ayah mentua tiri makan agak selekeh, dimana tulang2 akan dia serakkan dimeja.
Dia tak nak letak tepi pinggan atau pinggan khas untuk tulang. Memang akan letak merata dimeja makan. Masa tinggal bersama, aku kena selalu kutip dan cuci meja berkali2 setiap selesai makan supaya meja makan tak bau hanyir.
Ayah mentua tiri memperoleh duit pencen yang sangat banyak. Belum lagi duit tabung haji, asb dan simpanan2 lainnya. Memang melimpah duitnya.
Setahun dua kali pergi eropa. Tiap bulan selalu mengadakan parti bbq dan bercuti sewa hotel di serata negri dari semenanjung, sabah dan sarawak bersama istri2 dan anak cucunya.
Secara bergilir. Anak2 dan cucu2 nya semua tumpang senang. Katakanlah nak apapun pasti dibelikan. Kecuali suamiku, aku dan anakku.
Kami bertiga sesen pun tak pernah merasa duit ayah mentua tiriku. Tak pernah juga merasa bercuti hasil sponsor atau diajak bersama2.
Ya..sekali lagi kami melukut di tepi gantang.
Dan sekali lagi, untuk kesekian kalinya ibu mentua berkata padaku “itu ayah nisa, bukan ayah suamimu. Jadi duit dia suamimu tak ada hak”.
Allah…
Ayat itu seolah-olah menjadi dzikir ibu mentuaku setiap saat.
Pernah kami hantar ayah dan ibu mentua pergi shopping dekat tengah bandar KL. Ayah mentua nak beli keperluan raya untuk seluruh istri dan anak cucunya.
Aku, suami dan anakku yang masih kecil sibuk membantu ayah mentua. Anakku tertarik pada sepasang selipar. Didepan mentuaku.
Dengan selambernya ayah mentuaku mengatakan “minta kepada ayah kamu ya”. Anak kami adalah cucu tiri dia. Mungkin anakku pun tak layak mendapat apapun dari ayah mentua.
Ayah mentua berbelanja sampai ribuan ringgit masa itu. Dia hafal satu persatu saiz cucunya. Begitu sayangnya ayah mentuaku pada cucu2nya kan…
Aku dan suami melanjutkan hidup seperti biasa. Membina hidup kami sendiri tanpa seberapa nak ambil tau kehidupan keluarga mentua lagi.
Apa yang pasti aku dan suami masih tetap menghormati mereka. Jika mereka datang ke rumah kami, kami ajak jalan-jalan dan makan diluar.
Tetap memberikan bilik utama kami untuk mereka tidur. Tetap memberikan kerusi depan kereta untuk ayah atau ibunya, dan aku duduk dikerusi belakang. Tetap membelikan barang dan memberi angpau pada mereka berdua.
Roda kehidupan sentiasa berputar. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Masa kita dibawah, kita boleh melihat siapa yang menggenggam erat tangan kita, dan siapa yang memijak kita.
Ditakdirkan pada tahun ke 8 setelah ayah mentua pencen, duitnya habis tak bersisah.
Tak ada lagi seorangpun istri mahupun anak2nya yang meraikan hari jadinya. Tak ada cake. Tak ada open house. Tak ada perayaan hari Bapa. Tak ada ucapan2 kepada ayah lagi. Tak ada sambutan apapun yang gilang gemilang. Apapun tak ada. Baju selekeh.
Makan minum kena ambil sendiri. Anak2 dari istri tua melempar ayah kepada ibu mentuaku, ibu mentuaku pun berusaha melempar ayah kepada keluarga istri pertama. Masing2 pihak saing menuding jari menyalahkan kerana habiskan uang pencen ayah mentua tiriku.
Ayah kandung pula company nya mula gulung tikar. Mengalami kerugian demi kerugian. Anak2nya kerja tak tentu hala. Susah mendapat kerja tetap.
Kehidupan aku dan suamiku pula semakin membaik dan stabil. Suamiku dinaikkan pangkat. Kami sering bercuti, dan boleh makan luar.
Disinilah bermula episode baru. Ayah mentua tiri dan ibu mentua menjadi sering call mengatakan rindu kami, rindu anak2 kami. Masa ini anak kami dah ada 2. Yang bungsu masih baby.
Ibu mentua sering menatap lekat kepada anakku yang nomer 2. Hasratnya ingin mengambil anakku untuk tinggal bersama. Atas alasan sunyi dan muka anak bungsuku sebiji muka suamiku masa kecil.
Aku melihat sendiri macam mana adik ipar tiriku memperlakukan ibu mentuaku.
Cakap tak pernah berlemah lembut, selalu tinggi suara, selalu menghindar walaupun duduk 1 rumah. Tak nak buat kerja-kerja rumah seperti cuci baju, memasak dan mengemas rumah, walaupun itu baju dan seluar dalamnya sendiri.
Aku melihat ibu mentua sudah serupa bibik dalam rumah sendiri.
Hubungan ayah mentua tiri dan ibu mentua pun tak sehangat dulu. Ibu mentua kerap menengking ayah.
Ayah mentua makan sorang diri tak lagi ditemani ibu mentua, baju keseharian pun kena siapkan sendiri. Setiap selesai makan, selalu ada kegaduhan kecil.
Ibu mentua tak suka sikap ayah mentua dimeja makan yang selalu sepahkan tulang2 hingga mengundang lalat datang dan bau hanyir.
Ibu mentua berharap ayah mentua lebih lama di rumah istri tua. Setiap ayah mentua hendak datang bergilir ke rumah ibu mentua, seboleh-bolehnya akan dihalau secara halus.
Pernah aku tanyakan kenapa tak nak ayah balik rumah ini awal, jawaban ibu mentua sungguh membuatku sedih “letih nak layan, lagipun bukan ada apapun dia boleh bagi dekat sini”.
Aku masih ingat, dulu2 jika ayah mentua lambat datang 30 menit sahaja, ibu mentua sudah tak keruan call ayah berkali2. Menuntut ayah mentua segera datang bergilir ke rumahnya.
Aku dan suami masih sama memperlakukan ayah mentua tiri dan ibu mentua. Selalu bertanya kabar, setiap jumpa selalu bawa jalan2 dan makan luar, selalu bagi angpau.
Bahkan kereta ayah rosak pun kami yang hulur duit untuk baiki. Ayah mentua betul2 dah pokai. Tak ada duit simpanan.
Tak ada pemasukan. Setiap kali kami datang kami yang tampung semua perbelanjaan dapur dan keperluan rumah. Wang pencen dan simpanan ibu mentua masih ada.
Tak terusik. Beratus ribu ringgit juga. Ibu mentua memang sangat menyayangi duit. Kami pun tak pernah bertanya atau berusaha usik.
Biarlah. Setiap orang ada kesukaan masing2 kan..
Ibu mentua sekarang tak pernah lagi bercakap kasar dengan suami. Nada suara dah lembut. Tak ada lagi dzikir dari mulut ibu mentua bahwa ayah bukan ayah suamiku.
Ayah mentua tiri sekarang kerap call mengatakan rindu kami, selalu bertanya bila kami nak balik ziarah beliau. Pendek kata memang selalu tercari2 kami anak beranak lah.
Cumanya…suamiku tetap seperti dulu, dingin dan “ada jarak pembatas” dengan para orang tuanya. Suami tak pernah tinggi suara ataupun bercakap kasar. Hanya serasa “ada jarak” dan kaku.
Aku akur, sebab dari kecil suami terbiasa diperlakukan seperti itu, bila dah tua baru nak ubah itu mustahil….
Aku hanya selalu berdoa supaya aku dan suamiku tidak bersikap seperti para orang tua suamiku sampai kapanpun. Kerana menyakiti hati anak sendiri itu boleh membawa kesan sampai anak itu tua.
Luka yang ada pada anak akibat ulah perangai kita, sebenarnya tak akan sembuh sampai bila2. Akan tetap ada pada hati anak. Walaupun diluaran anak itu terlihat baik2 saja.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit