Para Suami Tolonglah Jujur

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca IIUMC.

Ditelan m4ti mak, diluah m4ti bapa! Begitulah keadaan Puan Raa sekarang ini. Kejadian yang baru berlaku ini betul-betul memberi pengajaran dalam hidup Puan Raa.

Sepanjang 2 bulan suami Puan Raa iaitu Encik Kaa dihantar berkursus, Puan Raa berharap belas ihsan dari jiran.

Ini pertama kali terjadi, dimana Puan Raa tiada kenderaan untuk bergerak. Kereta Puan Raa dipinjamkan kepada adik, suami bawa kereta ke tempat kursus.

Beberapa hari yang lepas, tercetus salah faham antara Puan Raa dengan jiran disebabkan Puan Raa ada meminta tolong untuk mengambil bungkusan di pos pengawal.

Kata jiran Puan Raa dipanggil Cik Un, suami Cik Un iaitu Encik Nan akan bermasam muka dengan Cik Un sekiranya di suruh, Encik Nan terlampau sibuk, Cik Un mohon maaf tidak dapat tolong ambilkan bungkusan.

Puan Raa pun telefon pada Encik Kaa, untuk meminta pertolongan orang lain.

Inilah sebab kenapa Puan Raa merayu sangat, syarikat penghantar barang, telefon customer sebelum hantar barang, untuk tanya situasi customer.

Anak Puan Raa 4 orang, umur 7 tahun sampai bayi 7 bulan, macam mana nak menapak 2 km ke pos pengawal? Kesian tau Puan Raa …..

Encik Kaa terlupa nak beritahu Puan Raa yang Cik Un dalam keadaan emosi tak stabil.

Dua hari sebelum kejadian minta tolong ambilkan bungkusan, Encik Kaa meminta Encik Nan belikan barang dapur untuk tambahan lagi 2 minggu sebelum dia pulang. Encik Nan pesan,

JANGAN BERITAHU isteri dia, Cik Un yang dia tolong belikan!!!!! Maka, disinilah titik salah faham berlaku dimana Puan Raa tidak dimaklumkan.

Puan Raa pun dengan penuh budi bahasa berterima kasih kepada Cik Un. Cik Un bingung, tanya berkali-kali, betulkah Encik Nan belikan????

Puan Raa kehairanan, telefon pada Encik Kaa. Encik Kaa baru bercerita hal sebenar, Cik Un emosi tak stabil.

Kalau ditanya lagi, katakan Encik Xxx belikan. Fuhhhhhhhh!!!!! Puan Raa nak kena menipu, sebab nak jaga hati Cik Un.

Terus terang, hati Puan Raa rasa tak selesa. Puan Raa bimbang pada Cik Un, sebab suami dia tak jujur! Puan Raa tanya Cik Un, ada apa-apa masalah tak, kenapa tanya Puan Raa betul ke Encik Nan belikan barang.

Soalan ini bertukar tragedi dalam hidup Puan Raa. Cik Un terus hentam Puan Raa, apa yang Encik Nan cerita pada Encik Kaa, kenapa tanya Cik Un ada masalah atau tidak, apa bukti Encik Nan cerita berkaitan dia pada Encik Kaa.

Bila dihentam, Puan Raa terkesima terus cerita perkara yang sebenar.

Puan Raa hantar pesanan, sekiranya Cik Un tidak suka keluarga kami meminta tolong, mulai hari berikutnya, kami tidak lagi bebankan Cik Un sekeluarga.

Terima kasih sebab selalu tolong Puan Raa. Cik Un kata ini bukan soal minta tolong! Cik Un nak bukti apa Encik Nan kata mengenai Cik Un pada Encik Kaa.

Puan Raa cakap tanpa bukti!!!!! Puan Raa fitnah suami Cik Un, Encik Nan. Cik Un dah tanya pada suami dia, Encik Nan.

Encik Nan tidak mengaku yang dia bercerita mengenai emosi tidak stabil Cik Un pada Encik Kaa. TIDAK MENGAKU!!!!

Ya Allah, apakah dugaan ini………… Puan Raa dituduh memfitnah, sedangkan Puan Raa tahu setiap jalan cerita, dan diminta tutup mulut serta-merta.

Encik Kaa telefon Puan Raa. Diminta Puan Raa berdiam diri. Ujian Allah Maha Hebat. Puan Raa dikatakan MEMFITNAH dan mencetuskan perbalahan rumah tangga orang. Silap langkah, boleh rosak rumah tangga orang.

Ya Allah……. sedih hati Puan Raa. Puan Raa cuba letak diri Puan Raa dalam situasi Cik Un.

Puan Raa mohon maaf atas dosa fitnah Puan Raa sebab Puan Raa BERCAKAP TANPA BUKTI. Macam mana nak ada bukti kalau Encik Kaa dan Encik Nan yang bercakap di talian sesama mereka?

Screenshot mesej antara Encik Kaa dan Encik Nan, ada ditulis Cik Un emosi tidak stabil. Sudah tentu Encik Nan padam mesej itu dari dibaca oleh Cik Un.

Puan Raa minta Cik Un sampaikan permohonan maaf pada Encik Nan, yang Puan Raa fitnah dia, Encik Nan tidak pun bercakap mengenai emosi tidak stabil Cik Un pada Encik Kaa.

Puan Raa hantar pesanan terakhir pada Cik Un, JANGAN LETAK SEPENUHNYA KEPERCAYAAN PADA LELAKI, SIMPAN SEDIKIT UNTUK DIRI SENDIRI SUPAYA KITA KUAT UNTUK TERUSKAN HIDUP KALAU BERLAKU APA-APA DILUAR JANGKAAN KITA.

Puan Raa cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Suami Puan Raa, suka berkawan, bertegur sapa. Orang kata, dia mesra alam.

Sejak WhatsApp ada perkenalkan STATUS, rajin Encik Kaa membalas STATUS apa sahaja yang dimuat naik sama ada dari kenalan lelaki atau perempuan.

Puan Raa pun tak faham apa yang lelaki fikirkan, adakah dia takut pada isteri sampai semua bukti perbualan hendak dipadamkan?

Mukadimah Puan Raa pada Encik Kaa. Tolonglah Jujur. Bila rasa kita buat perkara betul, kita tak akan takut. Encik Kaa padam sebab takut, Encik Kaa buat perkara salah. Encik Kaa padam tetap Puan Raa dapat tahu. Siapa yang Maha Melihat?

Jadi nak balas STATUS, nak tegur sapa kenalan terutama yang perempuan, betulkan niat. Sebab apa nak tegur? Ada kepentingan atau tidak? Kenapa nak padam? Kenapa tak nak isteri tahu perbualan apa dibincangkan?

Ada masa suami isteri kena saling ingat mengingati. Duduk dan bincang. JUJUR pada diri sendiri, JUJUR pada pasangan anda. Bukan dipendam, bukan dimaki hamun, bukan dipandang sepi.

Berbalik kepada jiran Puan Raa, Puan Raa dimaklumkan oleh Encik Kaa yang Encik Nan sibuk sepanjang minggu itu, keluar kerja jam 3 pagi, balik kerja sudah malam. Cik Un belum pernah berada dalam situasi itu.

Emosi Cik Un terganggu dengan raut wajah masam mencuka Encik Nan. Cik Un cuba memahami kepenatan suami dia dan Cik Un seorang isteri yang baik, cuba mengurangkan beban Encik Nan dari pertolongan yang akan menambah beban Encik Nan.

Silapnya apa? Encik Nan TIDAK JUJUR pada Cik Un. Puan Raa maafkan Cik Un seikhlas hati. Puan Raa ambil pengajaran dengan hati terbuka.

Nasihat Puan Raa, tidak kira apa bebanan di tempat kerja. Tinggalkan di situ. Pulang ke rumah dengan senyuman.

Jangan dihukum isteri dan anak yang menanti kepulangan suami dan ayah. Jangan dibiar isteri membuat tanggapan sendiri. Kerana silap percaturan, isteri akan lebih merasai bebanan. Dipendam, dipendam, dipendam. Akhirnya, emosi si isteri yang merana.

Tolonglah wahai para suami ! Jujur pada diri sendiri. Jujur pada isteri anda.

Isteri yang jujur,

– Puan Raa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *