Paranoid Keluarga Bekas Suami

Assalamualaikum semua. Mungkin bila tengok tajuk macam pelik sedikit. Tapi inilah realiti yang berlaku pada diri saya.

Saya ibu tunggal. Asbab mendapat gelaran ini kerana usaha yang tak jemu2 keluarga bekas suami untuk memastikan saya dan dia berpisah. Dan akhiranya kami berpisah juga.

Saya dari awal sememangnya berusaha untuk menerima bahawa apa yang berlaku sebagai takdir Allah.

Jadi, Lama kelamaan redha itu datang dengan sendiri dan saya meneruskan hidup seperti biasa bersama anak saya.

Saya mengakui dengan sikap keluarga bekas suami dan bekas suami sendiri sebelum dan selepas kami bercerai membuatkan saya tidak terfikir untuk kembali. Hati saya benar-benar tawar dan tidak mampu menerima mereka kembali.

Saya sibukan diri setiap hari. Fokus saya adalah anak saya dan cita2 saya. Kerana saya mempunyai impian untuk menjadi founder, jadi saya isikan hari2 saya dengan usaha yang tak henti2 sehingga saya tidak sedar tempoh pencerainan mengjangkau usia setahun.

Apa yang ingin saya katakan disini, saya merasa pelik dengan sikap keluarga bekas suami.

Walaupun saya tidak ambil kisah dan tidak bercerita tentang perihal mereka kepada sesiapa yakni apa sahaja kesakitan dan penderitaan yang mereka hadiahkan kepada saya, tapi rasa tergugat dan kerisauan mereka terhadap diri saya sangat ketara.

Walaupun mereka tahu saya tidak mahu rujuk semula dengan bekas suami, mereka tetap berusaha untuk memastikan kami tidak berbaik. Saban hari semakin bertambah fitnah mereka terhadap diri saya.

Mereka lakukan bermacam-macam perkara untuk memastikan saya dan bekas suami tidak berhubung sedangkan mereka sendiri tahu saya tidak pernah mencari bekas suami tetapi bekas suami mencari saya untuk bertanyakan tentang perihal anak.

Sehingga sampai kepada satu tahap saya sendiri merasa pelik dengan segala tindakan dan perbuatan mereka. Kenapa mereka terlalu berusaha untuk menyakitkan hati saya.

Jika semasa dalam tempoh perkahwinan keresahan dan kebimbangan mereka sangat ketara jika melihat bekas suami saya melayan saya dengan baik . Mereka akan sedaya upaya mencari jalan agar saya dilayan buruk oleh suami sendiri.

Selepas bercerai walaupun saya hanya berurusan tentang anak, itupun jika bekas suami ingin berjumpa dengan anak kami, tetapi sedaya upaya mereka menghalang dengan mereka cerita tentang saya @ ada masanya ada dikalangan mereka yang berlakon sakit dan sebagainya.

Saya diam dan membiarkan, bagi saya bukan saya yang rugi tetapi bekas suami kerana tidak dapat berjumpa anak.

Selepas bercerai lebih dari 10 orang mereka merisik untuk dijadikan isteri dengan alasan takut saya menggoda bekas suami sedangkan yang selalu menganggu saya adalah bekas suami. Sampai naik rimas dibuatnya.

Akhirnya mereka menemui calon untuk dia iaitu kawan kepada adiknya.

Mereka sekeluarga sangat takut jika saya mengetahui hal ini, bimbang saya akan menyerang isteri bekas suami sedangkan bekas suami sendiri tahu saya sememangnya ingin dia berkahwin lain supaya saya boleh mendapatkan hak jagaan sepenuhnya untuk anak saya.

Tetapi mereka tetap menyuarakan kebimbangan mereka kepada masyarakat dan terus mencipta drama2 air mata yang menampakkan mereka adalah mangsa saya bukan saya yang menjadi mangsa walaupun saya yang diceraikan.

Kebimbangan dan Cara berfikir yang melampau-lampau berkaitan saya mendorong mereka untuk berusaha menjatuhkan saya.

Kesan dari perbuatan mereka sendiri, mereka sangat resah bila melihat saya tidak menderita selepas bercerai,

Melihat saya tidak menyerang isteri bekas suami, melihat saya tetap berdiri teguh, melihat saya tetap berjaya tanpa bantuan bekas suami. Bahkan tidak peduli walau sedikit tentang mereka.

Kepada yang pernah meruntuhkan masjid sesiapa sahaja,bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Selagi kalian tidak bertaubat dan meminta maaf pada orang yang sepatutnya, maka rasa tidak tenang akan sentiasa membelenggu hati kalian.

Ingatlah bahawa pembalasan dari Allah itu pasti. Berhenti menganggu hidup sesiapa kerana ia perbuatan yang. Berusahalah mendapat rahmat Allah, itu lebih baik.

– Ain Insyirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *