Paras Air Lebih Penting Daripada Paras Rupa

Saya ada nak kongsi kisah saya dihina. Pendek je kisah saya ni, sekadar ingin bercerita.

Saya baru umur 23 tahun. Perempuan. Baru saja tamatkan zaman belajar tempoh hari.

Macam biasalah, kita orang perempuan ni memang akan dipush untuk mencari pasangan hidup, sikit-sikit ayah tanya “dah jumpa belum?”

Dan banyak sangat soalan-soalan ke arah itu lately. Saya tak pressure pun sebab saya pun baru nak mula hidup kan.

Jujur kata, teringin je nak ada teman, tapi kita follow the flow lah, slow-slow kenal hati budi mana yang baik untuk kita kan. Bukan nak hidup sekadar cinta, kita nak hidup dengan dia sampai syurga kot.

Okay saya mulakan, kakak sulung saya berkahwin pada tengah tahun ni, saya merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik, atas saya semua kakak.

Sewaktu ayah saya pergi menghantar kad jemputan dekat semua kenalan, ada satu hari ni sampai ke satu negeri yang agak jauh dari tempat tinggal kami. Sanggup ayah aku pergi situ ya semata-mata nak jemput kawan dia.

Okay nak dijadikan cerita, kawan dia aku gelarkan sebagai Pakcik Q la eh. Pakcik Q ni tanya lah ayah aku, samaada ayah aku ni ada lagi ke anak perempuan yang belum berkahwin?

Biasalah orang-orang tua kan, nak kenen-kenenkan anak kawan dengan anak sendiri. Pakcik Q ada 10 orang anak. Aku tak ingat berapa orang yang dah mendirikan rumah tangga, tapi masih ramai yang belum berkahwin.

Pakcik Q tengah mencari jodoh untuk anak dia lelaki, bekerja di perantauan sebagai seorang tenaga pengajar, supaya adalah orang yang sudi teman anak dia nanti.

Ayah aku pun menjawab soalan-soalan yang Pakcik Q tanya, ayah aku kata ada, ada dua orang masih bujang. Waktu ni kakak aku no 2 belum ada apa-apa hubungan lagi dengan boyfriend dia sekarang.

Soalan seterusnya adalah daripada isteri Pakcik Q, yang aku gelarkan sebagai Makcik O. Makcik O bertanya kepada ibuku muka anak-anak ni ikut siapa? Ayah ke ibu?

Soalan yang dilontarkan ini bagi aku macam tak kena, tapi maybe yelah dia sekadar nak tau je. Aku diamkan je dengar cerita ni bila ibu ayah aku ceritakan lepas mereka balik ke rumah.

Untuk pengetahuan ibuku seorang yang putih mulus, wajahnya tak berubah sejak zaman muda. Awet muda lah orang kata.

Manakala ayah aku, walaupun usia dah menganjak 50 tahun, tetap muda, cuma bagi sesetengah orang tak mencapai standard mereka kerana kulit ayah aku sedikit gelap.

Kalau ikutkan contoh, macam remy ishak je. Aku tak rasa itu patut jadi isu. Pendek kata, kakak aku no 2 ikut muka ibu, manakala aku, ikut muka ayah.

Bila aku dengar cerita dari ibu ayah aku tu, aku terus rasa macam eh kenapa dorang fokus sangat dekat fizikal ni? Warna kulit bagai.

Ayah aku kata, waktu kenduri nanti, Pakcik Q dan Makcik O akan datang. Dia nak tengok sendiri kalau dia berkenan dekat aku atau kakak aku.

Aku dari awal dah tolak sebab aku sendiri tak boleh hidup dengan manusia cerewet dan terlalu self-centered.

Kakak aku pun begitu juga.

Hari kenduri telah berlalu.

Suatu hari, ayah aku mendapat panggilan telefon daripada Pakcik Q. Dia tanya anak no 2 tu available tak lagi? Waktu tu, akak aku dah mulakan perkenalan dia dengan teman lelaki dia.

Ayah aku kata kakak aku tak available, lagipun kakak aku berhasrat untuk menyambung pengajian demi masa hadapan yang lebih cerah.

Pakcik Q cakap oh kalau macamtu takpelah. Ayah aku pula pergi tanya satu soalan yang bila aku tahu ni aku sendiri rasa nak marah, ayah aku tanya “anak no tiga tak minat ke?”

Satu jawapan berunsur penghinaan yang buat aku tak boleh nak maafkan waktu tu, apatahlagi melupakan,

“oh anak no tiga tu takpelah, tak minat je tengok dia, kurang cantik, dia tu, kalau ada orang masuk minang, kau terima je”

Wow.. Semudah itu je dia buat perhitungan dengan kehidupan aku. Ayah aku tersentap dengan kata-kata Pakcik Q. Disaat aku tiada buat apa-apa kesalahan terhadap Pakcik Q tu tapi dia hina aku sebegitu rupa.

Ayah aku senyap je pasal ni. Ibu aku pun. Dorang taknak aku tau dan taknak aku rasa down dengan diri sendiri. Yelah, mana taknya, dah la kulit tak berapa nak cerah, gemuk pula tu.

Cerita perbualan telefon ni telah diceritakan oleh kakak sulung aku yang telah berkahwin tu. Along aku kata, aku taknak kau beria depan dorang kalau kau terjumpa depan-depan satu hari nanti kalau kau taktau cerita.

Suatu hari, kami bersarapan di satu kedai berdekatan dengan rumah kami.

Ayah aku selalu menyokong aku bila aku cakap aku nak turunkan berat badan. Bmi aku 26. Aku tinggi. Buat sesetengah orang, dorang tak perasan pun aku ni berisi.

Tapi kita tahu lah kalau dah begitu mestilah kena jaga-jaga pemakanan semua.

Pagi tu ayah aku tiba-tiba bagi nasihat tentang petua nak kurus. Aku selama ni yang dengar nasihat dengan hati terbuka tu, tiba-tiba menangis serta merta dekat situ.

Kisah yang aku ceritakan tadi, dorang taktau yang aku dah tahu. Aku nangis, sebab aku rasa ibu ayah aku, malu ada anak macam aku. Lama juga nak reda kesedihan tu.

Tapi aku ni bukanlah jenis yang makan dalam sangat. Aku nangis, puas, done.

Aku rasa better korang check parents korang. Kadangkala, korang taktau pun apa yang dia cakap dengan anak orang lain. Senang je.

Mulakan dengan bertanya “ayah mak, kalau bakal isteri abang muka dia gelap gelap sikit okay tak?” Sekadar contoh. At least korang tahu apa dorang punya preferences.

Akhir kalam,

Biarlah lambat asalkan aku yang cari sendiri. Aku memilih tapi aku tak memilih sangat.

Tapi kalau ada manusia yang macam ni. Better jangan masukkan dalam pilihan.

Betullah abang kat tiktok kata. Musim-musim banjir ni, paras air lebih penting daripada paras rupa.

Yang benar,

– B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *