Parcel Scam

Assalamualaikum pembaca IIUM confession, jika disiarkan terima kasih pada admin. Kisah pengajaran untuk aku dan pembaca. Mohon disebarkan jangan biar ada lagi yang ditipu. Aku perempuan, berumur 20 dan masih menuntut di IPTA(sekarang tengah cuti sem). Aku terlalu mudah terpedaya dan percaya. Saya sebenarnya telah ditipu oleh scammers nama FB dia Abdul, tua, pakai spek, ada perniagaan emas, tinggal di Dublin, Ireland konon-konon dan mengaku orang Malaysia. Dia mengaku dia orang Malaysia tapi membesar dan tinggal di Dubai.Satu lagi nama dia Noor (bukan nama sebenar) yang jadi agen untuk buat penghantaran barangan kononnya sebagai hadiah. Belajar tinggi tapi kena tipu bodoh-bodoh je dengan dia. Jumlah yang aku dah terbayar RM1500 dan aku bayar bukan guna duit aku tapi duit Wa (nama orang). Kronologi cerita bermula…

khamis 5 Julai 2018

Abdul hantar chat dekat aku di FB yang aku baru “create” untuk tujuan promote baju (dropship) pastu aku tak ingat macam mana aku bagi no fon aku. Dia bukan target aku tapi aku bagi jugak no telefon aku dekat dia. Aku tak ingat dan aku dah delete yang dekat messenger tu. Sebelum aku teruskan, Abdul ni dia berpakat dengan Noor kononnya bekerja sebagai agen di syarikat pos international yang bernama Zenith Courier. Aku google Zenith ni.. Oo ada rupanya..

Tapi aku tak tau detail selanjutnya company ni. Aku layan “chatting” orang tu acuh tak acuh je pada mulanya. Orang tua malas aku nak layan. Tapi tulah dah nak kena. Abdul kemudian whatsapp aku tanya khabar, dah makan ke belum la. Lepastu dia cakap dia akan shopping esok untuk aku. Yela aku memang fikir dia ni betul ke sebab kenal aku pon tak tapi boleh nak bagi hadiah bagai. Kemudian dia suruh aku hantar detail untuk pos tu la. Aku bodoh sangat ikut je. Dah sebab memang tak tahu sangat pasal scam ni. Aku ingat benda ni betul. Aku pon anggap dia macam ayah-ayah je. Konon nak ayah angkat luar negara. Terangkat duit-duit. Abdul cakap dia pos barang esok.

Jumaat 6 Julai 2018

Bermula pagi ni la, Abdul pos barang yang konon sebagai hadiah. Hadiahnya gambar 2 beg tangan gucci ,3 jam, 1 iphone dan duit rm30k. Dia hantar jugak slip penghantaran yang mana kalau korang tengok kat FB Zenith Courier ada kat situ template kosong. Mestilah diorang edit pastu hantar dekat aku(ni tahu lepas kena). Gila kan?

Awal-awal aku tak percaya boleh ke pos duit macam tu. Aku pun tak hingin sangat barang-barang tu sebab aku tahu aku bukan mampu pon nak bayar tapi siap berangan lagi kalau aku dapat aku akan pergi gadai beg, jam tangan dengan iphone yang dia bagi tu untuk modal aku buat bisnes. Haduh, lain jadinya. Kalau kata nak duit haritu aku boleh je ambil duit yang orang (makcik-makcik aku rasa) tertinggal kat dalam toilet RNR. Duit berkepuk dalam tu dengan kad atm lagi. Aku buka beg tu sebab nak tengok contact number tapi dah takde tinggal contact number aku tinggal jelah kat dalam toilet balik, tak tahulah orang yang kemudian masuk dia baik atau tak. Moga orang baik la yang ambik. Sambung cerita. Dia cakap syarikat kaurier tu hantar email supaya aku bayar sejumlah wang untuk lepaakan dari kapal kargo. Ni aku pelik jugak, kenapa aku nak kena bayar sedangkan bila orang pos barang pengirim yang tanggung semua kos. Tapi aku biarkan benda ni dan aku percaya sebab ni pos luar negara kot, dia lain sikit. Hmm.. First time kena berhubung dengan yang luar negara memang aku tak tahu. Dia cakap juga pagi esok pihak syarikat akan telefon aku.

Sabtu 7 Julai 2018

Keesokannya, pukul 8 pagi aku ada pergi kelas KPP memandu, yelah baru nak ambil lesen. Sebelum masuk kelas aku sembang dengan makcik yang hantar anak dia ambil lesen juga. Kemudian dalam jam 9.30 pagi ada la si Noor call aku bagitahu barang tu dah sampai dan aku kena bayar rm1500 untuk lepaskan barang tu dari kapal kargo. Suara orang call aku bunyi macam cina, aku biarkan je. Sebenarnya malam sebelum tu Abdul ada inform aku syarikat tu hantar email untuk aku bayar duit untuk lepaskan barang tapi malam tu aku blur tak faham sangat apa dia cakap. Aku pun terkejut kena bayar RM1500.

Petang lepas balik dari kelas tu dalam pukul 4.15pm, aku balik cepat-cepat pinjam duit dengan Wa, Wa.. Aku minta maaf sangat tak tanya dulu benda-benda ni.. Aku ingat benda tu betul dan aku nak bayar balik yang aku pinjam tu.. Sumpah la weh sebab tu duit gaji dia.. Dia baru dapat gaji. Rm1.5k terbang camtu je sebab aku pergi transfer dekat no akaun yang Noor bagi. Dia mesej dengan aku suruh aku bayar secepat mungkin supaya tak bermalam sebab ada kos penyimpanan. Sebenarnya aku serabut juga dengan wasap si Abdul sebab duk paksa suruh bayarkan secepat mungkin dan si Noor suruh aku sabar sabar sebab dia asyik cakap tengah proses nak keluarkan. Lupa nak bagitahu yang duit aku transfer adalah IBG so makan masa untuk bank in ke akaun penipu tu.

Ahad 8 Julai 2018

Abdul hantar chat tanya khabar dan dia tanya dah sampai ke belum parcel. Taktik jahanam sebab diorang tunggu duit masuk. Sebab IBG kan kena tunggu untuk masuk ke akaun. So ending ahad tunggu jelah.

Isnin 9 Julai 2018

Aku tanya la Noor tu macam mana barang dah boleh dikeluarkan ke. Dia cakap duit dah masuk jadi tengah proses untuk kemana lagi entah. Lepas pada tu, Dia balas apa nak tahu?

Salam cik selamat pagi,apa khabar? Cik pegawai nak tau ada kah kamu tau yang pengirim ada masuk kan wang dgn jumlah besar di kotak kamu ? Ini pegawai kargo kata tak dapat lepas lagi disebabkan kotak kamu di scan oleh pegawai kargo depan mata pegawai dan pegawai semua terkejut bila nampak ada duit dgn jumlah begitu besar tersusun serit barang lain cik itu sebabnya tak dapat lepas lagi dan minta kamu bayar kompaun untuk duit yang ternampak di dalam kotak dan bayaran untuk kompaun cik berjumlah Rm5000 ok dan kalau ni dapat sattle baru pegawai akan pergi ke pejabat kargo untuk keluarkan barang kamu cik.

Perghh, bulat-bulat aku percaya. Kena kompoun.. Kena bayar.. Rm5000 wei.. Mana nak korek duit tu? Haa sebab aku takde duit la aku tak bagi sampai sudah duit tu. Dahla rm1500 dah selamat masuk akaun dia, tak cukup nak lagi rupanya. Tapi aku ada usaha nak dapatkan duit tu sebenarnya. Caranya google ‘pinjaman peribadi segera’ . Susah jugak rupanya nak buat pinjaman kena bagi ic, slip gaji, bil api air la.. Entah pape lagi la.. Aku siap telefon mereka yang nak bagi hutang ni. Tak cukup dari tu aku cari dekat facebook kebetulan ada sorang hamba Allah ni perempuan, aku pm dia untuk buat pinjaman tapi dialah yang bagitahu aku yang aku kena tipu sebab dulu kakak ipar dia juga pernah kena benda ni.

‘Klau sis pkir balik org tu kata kononnya dia kaya sgt knp bodoh smpai nk letak cash dlm kiriman pos so mmg x logik..kalau dia betol dia boleh pakai western union..org nepal bangla dok msia pun x kirim duit kt mak ayah dorg pkai pos sis..so nmpak x logik sgt’

Antara yang dia bagitahu aku. Memang sah kena tipu hidup-hidup. Aku wasap la dengan Abdul aku kena bayar sekian-sekian. Dia cakap maaf (hotak dia) pastu suruh aku gadai barang kat rumah la suruh jugak aku usahakan cari duit RM5k tu. Aku ni la tak tahu nak mintak dengan sape tu yang aku duk google. Sampaila ke petang isnin, Aku sedar waktu tu 6.45 petang lebih kurang lepas perempuan tu bagitahu aku.

Aku ada macam – macam cara nak selesaikan , pertama suruh dia bank in online duit RM5k tapi dia cakap dia takde kat negara dia, dia ada di USA. Kedua, aku minta tolong agen tu sendiri tapi memang tak la dia nak tolong. Haih. Ok, petang lepas sedar tu aku google gamba duit hantar kat dia dan bagitahu aku dah ada duit . Cepat-cepat dia suruh bank in dan call company tu. Eh gila la dah la banyak kali aku call tak angkat. Macam- macam kisah aku reka jntuk tipu dia balik. Tapi mereka-mereka ni pro bab scam dan banyak otak nak putar belit. Aku punya putar belit tak menjadi.

Selasa 10 Julai 2018

Tidur tak lena pun, susah hati aku. Aku bangun awal 5.15 pagi macam tu. Solat subuh apa semua, dalam pukul 6.30 pagi aku bagitahu Wa aku kena scam, mengamuk la dia. Habis duit gaji dia sebulan. Aku bagitahu kut wasap. Habis kena sumpah jadi bodoh. Terima jelah dah memang betul. Family aku tak tahu benda ni sebab aku duduk asing dengan family, aku tinggal dekat rumah arwah nenek. Dah yang tu. Pagi tu jugak ingat nak pergi buat report polis tapi aku tangguhkan dulu sebab duk google pasal scam ni dari pagi sampai tengah hari, rupanya bukan aku je yang pernah kena tapi ramai dah jadi mangsa. Kisah lebih kurang sama. Korang boleh google pasal scam ni. Macam -macam cara diorang guna nak dapatkan duit secara menipu.

Dalang yang biasa terlibat adalah Nigeria. Aku baca dari laman web sorang ni dia cakap macam tu. No telefon abdul aku cek guna truecaller , dia dari US. No telefon Noor tak boleh trace pulak dekat mana. Entah tak leh pikir. Sedih sangat dengan apa yang jadi. Sekarang family aku dah tahu apa hang jadi. Nasib diorang tak marah gila-gila kat aku. Pengajaran daripada ni, jangan sesekali mudah nak percaya orang asing terutama dari luar negara, ada jugak scam yang biasa aku tengok dekat instagram yang nak simpan duit lama apa entah. Kedua, jangan mudah-mudah nak bagi maklumat diri dekat orang lain. Demi keselamatan kau jugak sebab sekarang ni maklumat terdedah sangat no fon senang-senang campak dekat status la dekat post la. Peniaga online pon ada juga yang menipu, kena ambil tahu semua ni. Ketiga, pastikan detail tu logik. Pikir pakai otak jangan pakai pale lutut macam aku. Duit dah melayang esok aku nak buat report polis. Sekian dan mohon sebarkan untuk semua tahu.

– Mek

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *