Parenting dan Silibus

Hai.. (Terima kasih jika coretan ini tersiar. Harap admin hide profile aku ya. Aku tak nak orang kenal aku siapa. Cukup hanya baca coretan aku di sini.)

Ni pertama kali aku nak luahkan coretan aku kat sini. Harapnya, betul lah tempatnya kan. Aku hanya meluah apa yang aku rasa.

Semoga ibu bapa di luar sana lebih peka dan matang. Jadikan pengalaman aku ni, pendidikan tidak rasmi untuk kamu semua.

Pastinya semua tahu kan di Malaysia kita amat mudah untuk kita mendapatkan khidmat nasihat berkenaan anak-anak dan keluarga dari majalah, carian internet dan juga surat khabar…

Ya. Seperti yang semua maklum, segala maklumat semua dihujung jari je sekarang ni..

Dan di Malaysia juga perkembangan anak-anak dari bayi – 6tahun juga dipantau ketat oleh kerajaan (tiada buku pink (perempuan)/ biru (lelaki) anak nak masuk darjah satu payah tau.

Banyak soalan kena jawab kenapa dan mengapa anak tiada buku tu.

Sebab dalam buku tu tercatit segalanya tentang anak kita. dari segi imunisasi, kesihatan badan/ mata/ gigi, dan juga carta pertumbuhan anak kita).

Yang ni aku tabik sungguh!

Tak banyak negara boleh beri sistem perubatan secara percuma..

Negara maju pun masuk hospital semua kena bayar tau.. Bersyukur kita tinggal di bumi Malaysia dan dapat merasa perkhidmatan perubatan dan pendidikan secara percuma.

Aku ni, just nak bercerita dari pengalaman aku membesarkan anak dalam situasi mencabar (C-19) kala ini. Semoga wabak ini berakhir dan kita dapat hidup seperti biasa semula. Aamiin.

Ramai parenting tips yang menyatakan anak seawal umur 4-5tahun tidak perlu di masukkan ke tadika @ day care..

Biar mereka bina dan cari diri mereka sendiri.. Biar mereka bermain dahulu.. Biar mereka mengenal dunia dengan cara mereka dahulu. Jangan paksa anak kenal buku sebelum usia.

Kesian kat anak, waktu untuk bermain tetapi kita paksa mereka belajar. Bla.. Bla.. Bla..

Ya. Sejujurnya, aku amat setuju dengan perkara ini dan aku masukkan anak yang tua ke tadika ketika dia telah berusia 5 tahun.

Masa tu masukkan pasal dia dah merengek tiap kali nampak orang pergi sekolah lalu depan rumah.

Anak no 2 pula umur 5 tahun tantrum, tak nak pergi ke tadika. Sekali lagi, mengikuti kaedah parenting yang aku baca dan jumpa.

Jangan paksa anak pegang pensel selagi mereka belum mahu. Jangan paksa anak pegang buku selagi mereka belum timbul minat. Asal jumpa buku je, habis dikoyaknya. Jumpa buku je semua dibuat mainan.

Semasa anak no1 di tadika, tiada masalah yang aku dapati. Nampak perkembangan anak sungguh lancar. Permasalahan mula nampak bila anak mula masuk Tahun 1. Ya, Tahun satu.

Bila tengok buku teks yang ada dengan silibus sekolah, aku tertanya sendiri “mampu ke anak aku ikut semua silibus ni?” Bahasa melayu sudah tiada sesi mengeja, anak dilatih untuk membaca.

Kemudian masuk pula bab kerja rumah, anak Tahun 1 telah di suruh membina ayat pendek. Dalam hati aku cakap, anak aku belum pandai sangat mengeja, menulis dan membaca, boleh ke dia bina ayat?

Nak bina jawapan dari soalan, perlu ambil ayat di mana. Matematik pula, anak harus menulis ejaan nombor sedangkan dalam masa yang sama, anak aku belum pandai mengeja.. Bunyi huruf ‘na/ ma, ja/ ga’ pun dia belum tahu bezakan!

N dengan M atau J dan G pun dia selalu keliru bunyi nya.

English, Sains dan sebagainya juga sama.

Perlu MAHIR menulis dan membaca.

Dua keperluan yang amat diambil mudah jika kita mendengar nasihat parenting!

Aku pulak jadi radio buruk tukang ejakan untuk setiap kerja sekolah anak. Serupa anak tak payah belajar kalau semua soalan aku yang perlu beri jawapan!

Di sekolah cikgu suruh salin apa yang ditulis dipapan hitam, akan tetapi anak selalu tidak siap kerana lambat menyalin (tak pandai mengeja/membaca/menulis) dan masa telah tamat.

Terpaksa bertanya pada ibu bapa yang lain pula untuk kerja menyalin nota. Nasib baik kita hidup dizaman serba canggih. Gambar boleh terus dihantar dengan kadar segera.

Kemudian, bermula pula pkp dan sistem pdpr.

Masalah mula timbul bila buat kerja rumah lah. Pastinya akan ada sesi marah memarahi. Sampai satu tahap, dia asyik kena marah pasal tak pandai membaca dan mengeja.. Menyebabkan banyak kerja sekolah tertangguh.

Aku pula kena luangkan masa untuk mengajar dia mengeja dan membaca. Memahami bunyi setiap huruf. Konsonan dan vokal.

Dengan kerja dari rumah (WFH), kerja sedia ada di rumah (memasak, basuh baju dan sebagainya) dengan anak-anak (bila belajar aku perlu duduk depan dia dan sama-sama mendengar apa yang cikgu sampaikan agar mudah untuk menerangkan semula pada anak).

Sangat tertekan rasanya!

Adanya Youtube juga amat membantu.

Tetapi, tak semua anak dapat memahami dalam jangka masa yang singkat!

Anak yang no2 tu aku banyak kan bagi tengok kartun yang melibatkan perbualan. Sebab dia ada tantrum, aku tak boleh paksa sangat. Bila paksa nanti dia mengamuk dan dia akan mula hentak kepala ke dinding atau lantai.

Jadi, aku biar dia tengok YouTube tetapi rancangan dan masa aku yang tentukan. Tengok rancangan seperti upin-ipin, omar & hana, cocomelon sangat membantu anak-anak dalam pertuturan. Ni berdasarkan pengalaman aku yang anak-anak lambat bercakap.

Yelah, dirumah ni hanya dia dan kakak. Macam mana nak berkembang perbualan nya kalau tiada kawan untuk berbual kan?

Jadinya, kartun juga membantu.

Sekolah buka tutup, buka tutup. Aku pun dah malas nak paksa anak-anak. Takut nanti dia orang tekanan, aku tekanan lain pulak yang jadi! Dalam tak sedar, anak pun dah masuk Tahun 2. Ya, Tahun dua.

Episod yang ni, anak dah mahir membaca, mengeja dan menulis walaupun belum kemas. Tetapi lagi sekali kepala aku berpusing-pusing memikirkan nasib anak.

Tahun 2, matematik proses tambah ada 3 cara berlainan!

Belum cerita Tahun 2 dah belajar perpuluhan, darab, bahagi dan pecahan.

Walaupun hanya pengenalan, jenuh juga lah nak menerangkan apa itu perpuluhan, apa itu pecahan, apa itu darab, apa itu bahagi.

Aku tak tahu lah macam mana proses anak aku menerima. Aku pula yang jadi murung tengok silibusnya.

Jauh betul lari dengan sistem parenting yang seolah-olah anak masuk darjah satu masih diajar untuk mengeja dan mengira 10+10.

English, anak dah belajar buat ayat mudah berdasarkan gambar.

Bahasa Melayu, mencari isi tersurat dan isi tersirat. Yang ni aku paling terperanjat!

Sudahnya, aku jugak yang jenuh nak memikirkan jawapan dengan otak dah berkarat ni. Maklumlah, dah lama tinggal zaman sekolah.

Yang Sains nya dengan pelbagai uji kaji nya lagi. Kekangan dari segi bahan dan masa!

Jika di sekolah, bilik sains sudah tersedia semua bahan yang diperlukan untuk pembelajaran.

Tahu je lah budak-budak, kalau ditulis kertas warna merah, harus kertas warna merah lah perlu dicari. Tidak boleh tukar warna merah jambu. Aduh. pening kadang sampai bergaduh dengan anak.

Anak no2 pulak, masih dalam proses belajar mengeja, membaca dan menulis. Kali ni, aku tak push anak-anak dah.

Janji semangat bangun pagi masuk kelas online tu penting. Bila anak tak faham, aku lah kena jadi bidan terjun jadi guru pelbagai mata pelajaran termasuk seni lukis.

Apa boleh buat, guru-guru pun pening nak mengajar cara macam mana.

Sejujurnya aku nak minta lah sikit pertolongan. Tolong lah wahai penasihat parenting diluar sana. Tolong beri nasihat yang sejajar dengan silibus di Malaysia. Jangan lah kau orang ajar ikut silibus di US nun.

Tak sama situasinya!

Natijahnya ramai ibu bapa yang akan rasa tertekan sebab merasa anak mereka ‘lambat’ bila masuk sekolah rendah nanti.

Kadang terbaca juga artikel pasal negara lain punya sistem pembelajaran. Macam di negara Jepun, mereka hanya memulakan sesi pengenalan abjad ketika murid memasuki Tahun 3.

Selama 3 tahun terawal mereka di didik dengan kerja-kerja asas seperti membasuh bilik air, mengagihkan makanan, mop lantai, bergaul dengan rakan sebaya dan sebagainya.

Tiada sesi pembelajaran abc seperti anak-anak kita di sini. Ya, kita harus terima setiap negara berbeza pandangan dan cara didikan. Kita tak boleh nak mengajar anak kita di sini mengikut silibus negara luar.

Caca marba nanti jadinya.

Akan tetapi, tidak boleh kan kita ubah cara penasihat parenting ini?

Pastinya boleh bukan?

– Marissa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *