Hi semua, aku nak luah pasal parents and family aku yang antiv4ksin sebab aku dah penat dengan semua ni and aku tak ada sesiapa nak luah.
Macam dekat tajuk, parents aku antiv4ksin. Dulu diorang prov4ksin tapi sejak mummy aku kena side effect teruk dulu time dia ambik v4ksin untuk pergi mekah, parents aku terus jadi antivaks.
Plus, family aku ada history of allergies so lagi lah diorang menentang v4ksin ni.
Mula nya aku tak kesah sangat, tapi sejak covid 19 ni, makin risau aku. Aku faham diorang takut AEFI, aku faham kalau diorang kata sebab health concern. T
api masalah sekarang, diaorang tak nak ambik v4ksin, lepas tu ditambah lagi dengan family side mummy yang suka percaya konspirasi teori, keadaan jadi makin teruk.
Hari hari diorang forward benda mengarut dalam group family. Wap cengkih la dajjal la illumin4ti la.
Oh ya, family members side mummy ni semua belajar tinggi tinggi, study semua overseas. Universiti awam pandang sebelah mata saja.
Tapi tu la, b0d0h jugak. Kajian sains tak nak percaya, yang dipercaya nya “fakta” dari forwarded message kat Whatsapp yang entah siapa yang type dan entah berapa ribu kali dah diforward.
Berbeza ye dengan side daddy, semua orang kampung, belajar biasa biasa saja, kerja nelayan, kerja dekat kebun.
Tapi semua ambik v4ksin, jaga sop, percaya covid ni penyakit betul. Dah 2 dose dah mostly. Okay saja semua tak ada side effects.
Bila aku suarakan kat parents aku pasal benda ni, aku kena maki. Katanya tengok la lagi beberapa tahun nanti mesti diorang mati. Siap kata covid ni tak wujud. Semua ni cuma penipuan.
“Kita ni duduk dekat red zone, daddy setiap minggu pergi hospital hantar opah pergi appointment, setiap minggu terdedah dengan orang ramai, tak pernah pun kena covid. Bohong saja semua ni.
Awak tak payah percaya sangat la Moon, banyak yang mati dekat Malaysia ni sebab v4ksin sebenarnya. Buka mata awak, tengok apa yang jadi bila v4ksin dicucuk dalam badan kita,”
Kalau ikut logik parents aku, makin banyak orang yang div4ksin = makin meningkat angka kematian. Bayangkan daddy aku siap bergaduh dengan adik beradik dia sebab semua ambik v4ksin, dia saja tak.
Lepastu mula la family side mummy aku masuk campur.
“Tengok la, v4ksin ni memecah belahkan umat Islam, tak apa kita kena percaya cuma Allah yang menyembuhkan. Cengkih jangan lupa amalkan, vitamin C 1000 mg tu kena ambik daily,”
Kau boleh imagine tak betapa serabut nya kepala otak aku???
Aku ni nak SPM tahun ni. Cuba kalau dia suruh bukak sekolah and semua pelajar WAJIB div4ksin?? Buat macam mana pun aku yakin parents aku mesti haramkan juga aku ambik v4ksin.
Lepastu mesti cikgu semua tahu dan mesti aku dipandang serong sebab parents antiv4ksin. Tambah pula sekarang ada varian delta lah apa lah, aku risau family aku dijangkiti.
Aku ada adik kecik, umur 4 tahun. Kalau aku kehilangan parents macam mana? Aku dah lah anak first. Kerja pun tak. Aku mana ada duit nak tanggung adik adik.
So, kalau korang baca ni, aku nak minta korang doa supaya Allah lembutkan hati parents aku untuk ambik v4ksin. Makcik makcik aku tu pergi mampus lah. Asalkan parents dan family aku selamat, aku dah cukup puas hati.
Lagi satu, akaun pengguna facebook a** h***** tu pun antara punca makcik makcik aku jadi antiv4ksin. Percaya sangat kat dia tu. Entah fitnah apa la yang dia sebarkan.
Bukannya dia doktor ke apa ke. Sesuka hati saja keluarkan fakta sendiri dan sebarkan benda b0d0h. Aku perhati saja kau ni a** h*****. Tak takut dosa agaknya.
Sorry kalau tak menarik. Aku nak luah saja. Kalau rasa bosan boleh la pergi baca confession lain abaikan jela confession aku ni, huhuhu.
– Moon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit