Parents, Caknalah Dengan P3d0filia!

Salam. Terima kasih admin sebab siarkan confession aku.

Harap ramai dapat baca dan aku mohon supaya sebar-sebarkan benda ni. Tentang awareness ibu bapa tentang menjaga maruah bayi mereka. Aku nak tulis ringkas sahaja.

Zaman media sosial ni kan, semua benda boleh share. Tapi mohon parents tolonglah jangan sesekali share gambar baby, toddler dan kanak-kanak yang TIDAK LENGKAP BERPAKAIAN.

Tak kisahlah baby lelaki atau perempuan, tolonglah jangan share gambar mereka di FACEBOOK, TIKTOK, TWITTER, WHATSAPP STATUS dan lain-lain jika PAKAIAN MEREKA TIDAK LENGKAP.

Tak kisahlah lelaki atau perempuan, pastikan mereka berpakaian lengkap sebelum post. Tak kisahlah di komen ke, post status ke, instatory ke, asalkan media sosial, pastikan lengkap.

Kalau susah nak faham, ingat benda ni = jangan post gambar anak yang tak menepati kriteria di bawah;

1. Tak berbaju tapi pakai seluar.

2. Tak berseluar tapi pakai baju.

3. Tak berbaju dan berseluar. Cuma pakai diaper / panties / underwear saja.

4. Berpakaian yang tidak sesuai dalam norma masyarakat. Contohnya bikini.

Kenapa tak boleh post? Pertama sekali untuk elakkan s3xual predators terhadap kanak-kanak. p3d0filia. Keinginan s3ksual terhadap kanak-kanak. Benda tu jijik, sangat jijik.

“p3d0filia lah yang kena belajar jangan pandang anak kami. FB kami ikut suka kami lah nak post gambar anak kami. Taknak tengok, scroll lah laju-laju.”

Ya, aku pernah nampak komen ni. Rasa nak tepuk dahi akak tu.

Akak tu mungkin anggap p3d0filia ni macam nafsu manusia biasa yang boleh dijinakkan dengan ‘menundukkan pandangan’. Ramai lagi yang aku jumpa macam ni. Tak rasa yang p3d0filia tu satu perkara serius.

Parents, p3d0filia bukan nafsu yang normal. Aku ulang balik ya, p3d0filia ni adalah keadaan nafsu yang tidak normal.

Tak normal sama sekali untuk ada keinginan s3ksual kepada kanak-kanak, terutamanya bayi, toddler dan kana-kanak yang masih belum akil baligh. p3d0filia bukan manusia normal!

There’s no such thing as “menundukkan pandangan” bagi p3d0filia! Bagi aku, p3d0filia ni jangan diberi peluang langsung. Even dah bertaubat pun, aku rasa diaroang ni wajib kena pantau sampai mati.

Kalau di barat, jenayah p3d0filia adalah kes jenayah yang paling terjijik sekali dalam kalangan banduan. Banduan jenayah p3d0filia biasanya kena lanyak habis-habisan di penjara.

Sedangkan banduan yang melakukan jenayah berat dan ganas pun lihat p3d0filia ni sesuatu yang amat jijik, apatah lagi kita masyarakat timur yang penuh adab dan agama?

Kedua, menjaga maruah anak. Kesian anak kau sebab satu dunia dah dapat tengok dia tak berbaju, ataupun berpakaian yang tak sesuai dengan usia dia.

Sekarang ni memang laju saja kalau nak share gambar anak, tapi letakkan maruah anak tu sebagai priority nombor satu. Tapis dulu gambar anak.

Memang ada sesetengah momen tu kita kalau boleh memang nak share satu dunia, sesetengah komen tu kita laju saja nak reply, tapi belajarlah tapis apa yang kita nak share.

Ini bukan pasal penyakit ain, ini bukan pasal orang jeles anak kau paling comel, tapi ini melibatkan maruah anak kau yang masih tak boleh bertindak keatas dirinya sendiri.

Lagi satu, tampal sticker di gambar anak yang tak berpakaian lengkap pun, tak digalakkan sangat-sangat. Ibarat kau tak pakai tudung, lepastu tampal sticker untuk cover rambut kau. Kau rasa sesuai ke?

– Kirana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *