Parents Tak Normal

Terpanggil untuk meluahkan once received call from my sis. Mengadu tentang dirinya yang dalam keadaan berpantang yang seolah-olah tak dijaga pun oleh ibu kandung sendiri.

Of course sis nak dijaga tapi sebaliknya yang berlaku. Ibu minta kelengkapan lengkap seperti pacifier, buai dll alatan penjagaan baby.

Baby diajar buai seawal 3-4 hari. Ajar guna botol susu untuk intro fm sebab sis bekerja.

Baby tak di losyenkan / urutan minyak / tungku / barut selepas mandi, sebab kalut baby cry loud semasa pakai baju. Itu baru bab baby.

Bab utama ialah ibu baby sendiri. Ayat senangnya tak dijaga seperti orang berpantang. Makanan disediakan tapi terdedah.

Tiada air suam untuk mandian harian. Terpaling kasihan, ibu minta bayaran sebab tolong jaga & tumpang rumah untuk berpantang.

For my case, same situation as my sis cumanya berani angkat kaki bila keadaan worse which is i’m crying in front of ibu due to her ‘cold treatment’.

Angkat kaki sebab husb tak sampai hati tengok keadaan dan bawa ke rumah fam in law.

Ibu sanggup compare dengan adik beradik lain yang anak tak mau botol, anak lain boleh hisap pacifier, etc yang tak perlu pun sebenarnya. Mulut no insurance at all.

Papa pula sejenis ignorance, konon tak nak ambil port walhal cakap belakang pasal anak2.

To make it short, please pray for us (children) to stay sabr & berdamai dengan takdir.

– RF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. sedihnya baca.. smoga dipermudahkan dan cepat sihat ye. dalam pantang memang kena jaga betul2, banyak berehat(sebabtu perlukan peneman). Lepasni baik kakak sis pantang rumah sendiri je dgn suami, bagus pun bagus mental health si ibu. Kalau boleh simpan duit awal2, upah confinement lady mnginap kat rumah.. sekarang banyak dh pakej macam tu.

    Bab negatif tu patut elakkan masa pantang. ibu sangatlah fragile tau, jangan bagi ibu penat, xcukup rehat, mental kena happy je tau nak2 mnyusu baby kena mood okey.

  2. Dah nampak kakak sendiri kena mcm tu.. kenapa insist nak pantang dgn mak jgk?? Pernah tanya mak ker entah2 dulu dia pantang pun kena mcm tu dgn nenek kau jgk?? That’s why la the circle continue. Sudah2 la.. Dah dewasa pun.. cari la solution sendiri kalau tak nak sakit hati. Ramai dah tu komen bagi solution.

    Dah jadi first mom ni rajin2 la gali ilmu. Tak salah pun bagi anak tu tido buai. Kalau itu yg menyenangkan baby tido, boleh tido lama. Org yg jaga pun tak stress. P join group FB baby language.

    Nak mandi air suam..air panas..halah2 kau pasang je la water heater kt rumah. Makanan pantang. Pergi follow Dr. Emelda. Semua makanan sihat boleh bedal. Air panas ke.. Air sejuk ker.. Pantang junk food je. Fokus nak sembuh luka cepat. Vitamin jgn skip.

    Aku pun kena benda yg sama dgn mak sendiri masa anak first. Terasa jugak. Malam2 menangis. Sampai laki aku pun pelik kenapa mak aku mcm tu.. sbb dia tgok mak ayah dia layan kakak2 dia pantang elok jer. Tapi pujuk hati sbb mak aku dulu pun nenek aku buat benda yg sama. So aku decide pantang sendiri. Nak hire CL tak mampu. Lepas seminggu aku balik rumah sendiri. Suami settle semua bab mknn dgn kerja rumah.

    Anak second mmg follow nasihat Dr. Emelda. Sbb tahu tak ada sapa nak tolong. Mmg badan cepat segar. Kurang la nak meroyan. Kalau aku penat aku jerit je kat laki aku. Lepas seminggu dah boleh drive buat kerja rumah sikit.

  3. Mungkin seorang ibu tidak wajar bertindak sedemikian, tetapi dari segi yg lain, bkn menjadi ‘kewajipan’ bagi seorang ibu menjaga anaknya (dan juga cucunya) dlm masa berpantang.. ini adalah kerana anak2nya telah bersuami, jadi tanggungjawab suaminya lah yg patut mencari org yg sesuai utk menjaga isteri dan anaknya, atau dia sendiri yg mengambil masa utk berbuat demikian.., tambahlah klau ibu itu tidak sihat & tidak mampu berbuat demikian, walau pon dibayar.. (takut anak tu pulak yang spt ‘menghambakn’ ibunya).., pada masa sekarang, dah ada khidmat ‘confinement lady’, cuma perlu bayar utk servis yg diberi.., x perlu lah mnyusahkan ibu dan akan timbul ‘konflik’ jika tidak berpuashati dgn cara dia menjaga.. semoga kita semua menjadi ank2 yg ‘soleh’ dan bukan ank2 yg ‘toleh’.. wallahu a’lam

  4. Sampai sekarang tak boleh hadam kenapa asal beranak je nak kena suruh mak jagakan masa berpantang? Awak ada laki kot..laki la jaga. Kalau laki kerja, upahlah CL. Nak harapkan org tua tu kenapa. Dia pun pandai penat la. Bila org tua awak minta duit, minta mcm² syarat utk jaga, eh dia sakit hati pulak. Masa start mengandung tu dah patut simpan duit utk hire CL. Saya anak 4 org. Anak 1st mak dtg rumah saya kejap jaga.
    Saya berpantang sendiri 3 org anak yg lain. Suami je jaga dan bantu sikit² mana yg boleh. Kerja2 lain buat la sendiri. Bangun masak sendiri utk suami dan anak².
    Bukan susah pun. Nak mandi air panas, pasang la water heater. Nak tungku, suami leh panaskan. Ataupun letak jer tungku tu atas dapur sendiri..bukan susah sgt. Nak urut, tukang urut kan ada. Nak mandi baby, eh mandikan jer la sendiri, bukan dosa pun ibu berpantang mandikan baby.
    Serius tak paham kenapa nak terasa hati dgn mak hanya sebab dia tak nak jaga awak berpantang.
    Next beranak siap2 dari awal sorg Confinement Lady k!

  5. tolong pegang satu kata2 ni..dulu mak dah susah2 jaga kau kecik2.. time dia dh tua, ko nk hrpkan dia jaga kauuu!!!!! tolongla… takde nerve ke apaaaaa…..
    dia dh tuaaa. tkde kudrat nk jaga baby.. ko acah2 princess pulak!
    pttnya laki kau jaga kau!

  6. wth? mak dah tua kot.. suruh la suami jaga hire orang lain jaga ke..bukan salah mak korang pun bukan tanggungjawab dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *