Part Time Masa Study

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya disini ingin berkongsi kisah pengalaman part time semasa di universiti.

Nak kata keluarga saya susah tak juga. Alhamdulillah ayah kerja swasta, gaji cukuplah nak tampung saya dan lagi 3 adik di bawah saya. Sampai sekarang saya dan adik2 saya tak ambil PTPTN, ditaja sepenuhnya oleh ayah (Alhamdulillah, terima kasih ayah). Tapi ayah tak pernah manjakan kami dengan duit dia. Kalau duit bulan2, dia akan transfer rm150 untuk kegunaan dua minggu. rm150 tu tolak printing nota, beli barang makan, hari2 makan boleh kata ngam2 je la. Kalau terbelanja lebih, pandai2 lah nak hidup sampai cukup 2 minggu. So dalam sebulan rm300.

Masa ni tahun 2014 – 2015. First time degree kat UTHM. Duduk pulak kat asrama dalam, jimat duit transport (transport disediakan di beberapa kolej kediaman di luar kampus induk. UTHM ni boleh tahan besar kalau nak jalan kaki). Cuma, tu lah. rm150 kadang2 tahan 10 hari je buat print nota, fotostat buku semua. Buntu jugak, segan nak mintak duit banyak2 dari ayah. Dalam otak fikir nak buat part time. Tapi tak banyak pilihan yang boleh sebab nak ke Parit Raja atau bandar je dah jauh sangat.

Syukur masa tu ada kedai printing dekat kolej kediaman. Hati tergerak nak tanya kot2 mereka nak part time. Maka misi untuk approach akak kedai tu. Green light! Akak tu student master, jadi ada hari kedai tu bukak ada masa tak bukak. Tak sangka masa akak tu busy, saya pula free. Saya memang kosongkan malam dari kelas dan Jumaat Sabtu memang tak ada apa2 aktiviti. Ngam sangat perancangan Allah.

Akak tu kata gaji sikit je. RM3.50 untuk satu jam. Tapi kerja tak berat sangat. Fotostat nota student, tengok2kan budak2 yang printing dengan binding nota2 je. Langsung tak penat kerja situ. Nak solat? Tutup kedai kejap, saya balik bilik saya. Akak tu tak tolak waktu rehat dengan solat langsung. Kadang2 customer tak ada, saya buat assignment kat kedai tu, bawak laptop dengan charger. 2 in 1 haha.

Saya langsung tak lekat kat bilik sebab ada masalah dengan roomate yang tak sekepala. Mereka siap perlekeh saya ayah gaji besar, tak ambil ptptn tapi kena buat part time. Sekurang2nya saya boleh berdikari ok roomate ku syg? Haha.

Bukan nak tunjuk berapa banyak yang saya dapat, tapi ada juga hasil saya kerja. Ada yang kata tak setimpal harga tu untuk jam2 kerja saya, tapi sangat2 membantu saya dari segi kewangan. Kepada kawan2 yang nak buat part time, DO IT. As long as you can manage your time well. And buktikan bahawa kita mahasiswa tidak hanya bergantung ada.

– Liyana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *