Parut

Awal tahun 2024 mak aku selamat di kebumikan. Keluarga aku tak besar mana cuma 3 orang, aku mak dan adik ayah pula meninggal dunia waktu umur aku 10 tahun.

Umur aku 13 tahun. Aku dengan mak accident, tengah naik motor ada kereta gesel dari tepi dan kami terbabas ketepi tak ada teruk mana,

Tapi cuma nasib malang sebab kami terbabas ni tepi jalan yang ada orang buang kaca besar gedabak. Terlanggar tu, serpihan kaca tu ada kena dekat bahagian kiri muka aku.

Selepas kejadian tersebut, muka belah kiri aku ni ada parut panjang bergaris.

Mak aku cuba nak cari ubat hilangkan tapi sebab besar dan panjang alternative dia sangat mahal dan kami tak mampu.

Aku cakap dengan mak tak payahlah biar je. Lagipun aku bukan apa setiap kali orang tanya pasal parut aku acah acah cakap gaduh nak tunjuk “jantan” punya pasal.

Pejam celik mak sakit kanser, waktu kami dapat tahu dah lambat dan makin hari makin lemah.

Aku dengan adik cuba macam cara tapi mak cakap tak apa dia pun dah penat pergi rawatan ke hulur ke hilir dan suruh aku dengan adik simpan je duit tu untuk kahwin.

Sebelum mak aku ni meninggal tengah duduk dekat sebelah dia. Dia pegang parut dekat muka aku cakap, “mak minta maaf ni parut along sampai sekarang tak hilang, maafkan mak along”

Aku sambil tahan nak nangis cakap bukan salah mak benda dah jadi mak dan aku siap cakap bangga dengan parut tu.

Esoknya subuh pagi tu mak meninggal dunia. Selesaikan kebumian mak semua. Aku dengan adik balik baring atas tilam mak sambil termenung.

Malamnya tengah kemas sikit almari mak nampak banyak dalam beg mak aku tu ubat hilangkan parut, kertas flyer rawatan hilangkan parut. Siap ada duit dalam 4ribu ringgit dalam kertas iklan parut tu.

Aku bila nampak tu semua mampu terduduk nangis je.

Selama ni memang mak aku bagi bermacam ubat parut aku pakai memang tak berkesan.

Bila dah habis sekolah sambung belajar duduk jauh aku ingat mak dah tak fikir sangat pasal parut tu tapi rupanya sampai dah nak nafas terakhir mak masih rasa bersalah tentang parut aku.

Al-Fatihah Mak..

– Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *