Assalmualaikum, terima kasih kerana siarkan confession saya, dengan harapan anda semua mendoakan saya agar tabah dengan ujian ini, sebab saya tahu ujian orang lain lebih berat dari ini..
Sebelum tu saya perkenalkan watak dalam kisah saya, saya ada ramai adik 12 adik beradik, dan saya ke 3 bongsu, atas dan bawah semua lelaki.. Ditakdikan Allah, saya sorang dilahirkan sangat “gelap” berbanding adik beradik yang lain..
Kisahnya bermula dari umur saya 7 tahun. Saya sering digelar “hodoh” “bodoh”, “hitam”, “muka buruk” dari kakak saya..
Keadaan ini akan berlaku bila ibu ayah tiada di rumah, contoh ibu ayah pergi kerja, mulalah saya akan digelar macam² dan pastinya akan dirotan bila saya buat kesalahan, saya akan dilempang sesuka hati oleh kakak saya.
Kadang kala kepala saya dihentuk di dinding jika tak pandai itu dan ini, sampaikan saya rasa sangat takut untuk hadapi hari-hari mendatang, dan pada malamnya saya akan menangis keseorangan di atas katil tanpa mengetahuan ibu dan ayah.
Untuk pengatahuan semua, kakak saya ni yang banyak jaga saya di rumah, sebab dia tak belajar tinggi. Dari sekolah rendah hingga menengah saya banyak dijaga oleh dia. Memasak, kemas rumah semua dia yang buat.
Kadang kala saya tak tahu kenapa kakak saya sanggup lakukan perkara tersebut kepada saya, pernah satu ketika, saya nak masuk tingkatan 1, kakak saya kata “ni lempang aku yang terakhir pada kau”, perasaan saya ketika itu hanya akur, masa ni ibu ayah saya bekerja di luar kawasan..
Dan pernah, saya dicocok dengan rotan di dalam mata disebabkan saya tak dapat terangkan apa yang saya baca..
Teringat kisah, sebelum hari kahwin kakak saya, saudara mara ramai, dan saya cuba untuk bantu menghias di biliknya, dari jauh di jengkel mata kepada saya, dan lepas tu dia kata “ko ni sibuklah hitam, nak jugak datang sini”.
Dari kecil hingga sekolah menengah bila saya balik dari mana-mana kakak akan gelarkan hitam pada saya, sampaikan kawan-kawan saya tahu, sebab mereka pernah dengar dan tengok saya dirotan..
Saya jadi sangat takut nak keluar rumah, saya takut nak bergaul dengan orang, kalau saudara datang, saya akan menyepi dalam bilik, sampai kan orang tak tahu yang saya wujud dalam kalangan adik beradik, dan kalau ada yang tahu pun, pasti nya akan dibanding rupa saya seperti,
“Eh, tak pernah tengok pun yang ni, kenapa muka dia lain pada orang lain”, begitulah yang saya lalui dari kecil hingga dewasa, Menangis saya di dalam hati, kadang-kala berair mata saya dan terus masuk dalam bilik. Sampaikan saya jadi sangat “introvert” untuk berdepan dengan semua.
Setelah habis sekolah menengah habis STPM, saya ditawarkan masuk U, saya ditawarkan masuk Universiti, masa ni perangai kakak saya sudah mula baik, dia cuba untuk bercakap baik dengan saya, seolah dia bangga dengan saya mungkin sebab dia tak masuk U.
Sehingga saya habis belajar dan sekarang sudah bekerja (Alhamdulillah).
Ya walaupun kakak saya tak pernah ucapkan maaf kepada saya tentang hal itu, tapi saya selalu terpikir, kenapa seorang kakak sanggup lakukan perkara tersebut kepada saya seorang sahaja (tak buat buat pada abang dan adik saya).
Dari situ saya mula berfikir, Allah bagi ujian kepada sata sebab Allah sayang. Bila saya dah besar saya harap saya tak menjadi manusia yang berdendam, lebih-lebih lagi kepada anak kakak saya tu.
Kalau dulu saya takut nak gelak ketawa bila di rumah, tapi sekarang tidak lagi (Saya bahagia gelak tawa dengan adik beradik yang lain).
Saya harap sangat, saya tak akan lepaskan marah kepada anak kakak saya, kadang kala, muncul keadaan saya nak marah saya ada perasaan untuk ungkit balik kisah lama itu, tapi saya sabarkan diri, banyak ingat Allah dan istighfar..
Saya tahu, kesan parut ini tak akan pudar walaupun saya dan kakak memang sangat baik, kadang kala, saya terfikir, kakak saya ingat lagi ke apa yang pernah dia buat pada saya dahulu..
Apa yang saya fikir, biarlah parut lepas menjadikan ujian buat saya, Allah bagi ujian untuk mematangkan saya, hidup kita bukan hanya di dunia, tapi akhirat kekal selamatanya.
Doakan saya dimasukkan di dalam Syurga Firdaus, saya takut untuk berdendam dengan manusia di dunia ini, sebab kami adik beradik..
Sebab tu, saya didik diri saya, bila jumpa kanak-kanak, ajarlah mereka dengan kasih sayang, (Bukankah ini ajaran Rasulullah), kerana didikan dari kecil akan di ingati dan dikenang sehingga dewasa.
Terima kasih atas bacaan kalian..
Dari saya,
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit