Parut Yang Tidak Kelihatan II

Asalamualaikum dan Salam Aidil Adha. Aku pernah hantar confession dulu yang bertajuk Parut Yang Tidak Kelihatan, beberapa bulan haritu. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/parut-yang-tidak-kelihatan/). Rasa nak sambung tapi asyik sibuk je. Raya Haji ni lepas semua orang koma makan sup daging, baru lah dapat ‘me time’ nak menulis.

Sebelum aku nak mula, aku nak minta maaf bila ada yang terasa masa confession lepas yang aku sebut yang 35 tahun tu usia lanjut untuk mengandung. Technically apa aku cakap betul. Bukan aku cakap, fakta sains kesuburan yang cakap. Cuma tak berapa sopan la nak sebut kan. Sesiapa yang terasa aku suspek mereka tu mungkin dah berusia 35 tahun keatas dan masih mencuba nak dapat anak. Good luck to you.

Aku nak confess lagi sekali sebab aku nak kongsi kisah yang aku biarkan rompong dalam confession lepas. Kisah ditengah-tengah lepas aku tinggalkan rumah dan sebelum aku mula bahagia.

Lepas abang-abang aku ambil aku keluar dari rumah, aku terus hantar video yang selayaknya aku viralkan dekat ex aku. Tapi memikirkan dosa dan pahala aku bantutkan niat tu. Video tu tak boleh pun aku guna sebagai bukti sebab salah disisi undang2 untuk memiliki porno. Aku cuma gunakan video tu untuk peras ugut supaya dilepaskan.

Selesai forward video, aku block dia dari segala contact. Jujur aku cakap itu adalah langkah yang terbaik aku pernah buat. Dengan cara begitu, aku boleh halang terus kemungkinan untuk dia lembutkan hati aku. Rahmat disebalik Allah tak kurniakan aku zuriat dari benih dia. Dengan cara tu aku terus putus hubungan dengan dia.

Dulu masa aku masih dengan dia hari2 aku akan doa kurniakan lah aku zuriat. Bayangkan setahun setengah aku diasingkan dari masyarakat. Tak boleh balik jumpa keluarga aku. Tak boleh berkawan.

Hidup aku hanya jadi hamba dia. Uruskan makan pakai baju dan keperluan lain2. Dia bebas nak buat apa dia. Aku terperuk dirumah kecuali waktu kerja. Anak ini lah harapan aku untuk dia berubah. Untuk aku ada teman. Tapi syukur. Allah lebih tahu segalanya. Dia tak makbulkan doa aku.

Sebulan aku menganggur mencari ketenangan. Apa yang aku buat selain cari kerja adalah menangis menangis dan menangis. Ramai rasa aku kuat sebab dapat tinggalkan dia. Tapi disebalik tirai tu hanya keluarga aku sahaja yang tahu.

Bila setiap hari dalam setahun orang yang berkongsi bantal dengan kau panggil kau b*d*h, b*ng*ng, tak guna, s*nd*l, gemuk, hodoh dan semua benda yang menjatuhkan maruah kau sebagai manusia, alambat laun benda tu akan meresap dalam kepala otak kau. Kau akan percaya yang kau semua benda2 buruk tu.

Tak sampai 2 minggu aku meratap, along aku dah tak tahan. Sehari sebelum aku dipanggil interview, along heret aku jumpa kaunselor keluarga swasta. Dekat kawasan Shah Alam. Itu adalah hadiah yang paling bermakna bagi aku. 3 sesi, aku macam dah reset jadi aku yang dulu. Masih keras kepala tapi kembali ceria.

Sebelum ni aku tak dapat nak luahkan 100% perasaan aku sebab ada gap (orang bersalah memang macam tu. Malu nak bukak pekung sendiri) dan aku agak skeptikal dengan nasihat keluarga aku. Dengan kaunselor, semua keluar. Macam empangan pecah. Airnya tak dapat dibendung lagi. Menangis ketawa menangis masa sesi tu. Terima kasih along dan kaunselor.

Lepas interview aku dapat panggilan kerja ditempat baru. Dapat mula cepat sebab orang yang letak jawatan tu habis cuti dan aku diperlukan untuk proses handover secepat mungkin. Walaupun workload dan tanggungjawab tempat kerja baru banyak, tapi aku happy. Kejandaan aku dirahsiakan sebab aku segan. Dan ye la, siapa sangka umur 25 dah jadi janda kan.

Lepas kerja baru dan dah habis sesi kaunseling baru aku ada keyakinan contact kawan aku semula. Kawan2 yang aku tinggalkan untuk mengejar ‘syurga’ kononnya. Dan yang paling aku malu nak contact adalah best friend aku. Beberapa bulan lepas kahwin best friend aku bagitahu yang ex aku mengorat dia. Dia siap print screen.

Aku yang indenial, bukan nak hadapi masalah tu. Aku salahkan dia dan tak bercakap lagi dengan kawan aku. Bayangkan, kawan aku nak tolong aku tapi aku buang dia macam tu je. Kawan sejak aku form 1 lagi. Tapi dia manusia yang mulia. Dia maafkan aku. Masa jumpa lepas dekat 2 tahun tak bertegur sapa dia peluk aku kuat2 dan terus suruh aku jadi pengapit dia.

Hidup aku nampk normal dari lahiriah. I am climbing on corporat ladder. Aku travel kesana sini. Aku happy dengan family dan kawan2. Tapi setiap hari bila menghadap jam, aku ada moment dalam kereta di mana aku akan flashback semua memori buruk aku dengan dia. Dan aku akan mula kepalkan penumbuk. Tumbuk cermin. Tumbuk stering. Jerit dalam kereta. Hari2 aku doa “Ya Allah, padamkan la semua memori ni dari dalam kepala aku. Tolong la Ya Allah.”

Masalah ni jadi lagi teruk bila aku nak serius dengan suami aku. Aku sayang dia tapi aku sangat takut untuk berkahwin lagi. Aku pernah hilang tiba2 sebelum tunang sebab jiwa kacau. Off phone dan pergi Ipoh dan sewa satu motel di Gunung Rapat. Everfresh Mushroom macam tu la nama motel tu. Aku food hunt watu siang. Waktu malam kawasan tu sangat tenang. Aku istikarah dan fikir dalam2. Aku siap buat carta OK. Sebab2 kenapa aku patut kahwin dan kenapa tak patut. Aku compare dua2.

Lepas tu aku buat kesimpulan yang tak adil aku tolak orang ikhlas sayangkan aku sebab kesilapan orang lain. Aku bayangkan suami aku naik pelamin dengan orang lain sambil lagu Azie Pelamin Angin Ku Musnah dalam background. Haih tak boleh jadi. Masa aku terus firm yang aku patut teruskan.

Balik2 aku expect semua orang marah. And yes memang diorang marah. Tapi aku nampak yang diorang cuba tahan dari memaki aku. Sampai mengigil2 abang2 dengan adik2 aku tahan marah. Tapi diorang try to be cool. Mak abah aku tak marah sangat. Mereka lebih kepada risau dan lega aku dah balik. Bakal tunang aku masa tu marah tapi dia bila marah macam tak marah. Mungkin sebab ex aku expert bab memaki dan marah aku jadi alah bisa tegal biasa bila kena marah. Banyaknya lah perkataan marah.

Lepas berkahwin pun masalah aku tak selesai lagi. Masa mula2 aku takut bila nak bersama. Dia boleh nampak aku resah. Aku sangat insecure. Aku pernah cerita dalam confession lepas yang ex aku dulu kaki porno. Dia suka buat benda pelik2 yang kadang2 menyakitkan. Dah la pentingkan diri sendiri.

Aku jadi trauma pada mulanya. Tapi suami aku memang sangat considerate dan team player. Dia sangat sensitif kalau aku tak selesa. Aku tak rasa macam objek bila dengan dia. Dan baru la rasa dua hala perasaan tu. Mungkin ada yang tak selesa bila aku cakap ni. Aku cuba berkias sebanyak boleh. Maaf. Tapi adik2 benda ni kena tahu juga ye sebagai pengajaran lepas berumahtangga nanti.

Dan aku selalu rasa diri aku ni buruk. Diri aku ni gemuk. Aku tak berguna. Walaupun hampir tiap hari suami aku ingatkan yang aku ni cantik dan dia bahagia dengan aku. Yang dia selalu sebut dia sayang aku.

Aku pernah menangis sebab aku terlupa buat sesuatu. Suami aku masa tu panik kenapa aku nangis. Kau tahu betapa bodohnya seorang suami kena pujuk isteri dia yang nangis sebab lupa benda remeh. Tapi ada sebab kenapa aku nangis. Sebab dengan ex aku kalau aku lupa, contoh gosok baju dia akan baling baju kat muka aku. Kalau tak cedok kan nasi, pinggan habis dibaling kelantai. Kalau lambat siap, dia rentap tangan aku dan maki.

Banyak ‘parut’ yang ex aku tinggalkan. Parut kehilangan keyakinan diri. Parut kebencian tak berpenghujung. Parut hubungan keluarga dan kawan2 yang pernah terputus. Sampai harini kadang2 aku terflashback memori yang kalau boleh aku bakar jadi debu. Malangnya masih melekat lagi dalam. Kepala otak aku.

Aku syukur, makin lama memang dia makin seperti tak wujud. Macam lagu Alya, Patah Tumbuh Hilang Berganti. “Bukan kerana sayang, hanya kadang kala aku terkenang”. Aku harap dengan mencurahkan isi hati aku disini, parut2 aku akan sembuh. Kesilapan lampau aku, bila ada masalah aku pendam sampai bernanah. Mujur ada anynomous platform macam IIUMC.

Nasihat kepada semua wanita dan lelaki (ya lelaki pun ada yang kena abuse) didera fizikal dan mental, tabahkan hati dan jangan terlalu berpegang pada sesuatu yang sentimental bila nak move on. Kena dera pun stay sebab kenangan indah lampau. Kena dera pun stay sebab anak2. Pastikan kita selalu berdikari.

Bagi aku, tak kisah lah perempuan tu surirumah ke bekerja ke, pastikan kita ni berpelajaran. Itu la bekalan kita nanti bila diabaikan. Itu lah insurans kita nanti bila dianggap macam kain buruk.

Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan atau NGO dan pastikan ada duit simpanan kecemasan. Kerana tanpa sokongan keluarga dan simpanan, aku mungkin masih dimaki, ditunjal dan maruah dipijak pinjak oleh ex aku.

– HealingDarling (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *