Pasangan Hidup Seorang Narsisis

Hi nama aku Aiman dan berusia 30 tahun. Aku mahu menulis pengalaman dan pengetahuan aku mengenai relationship dengan seorang narsisis, psycopath ataupun toksik. Aku masih lagi dalam proses recovery daripada penderaan mental dari seorang narsistik.

Selepas aku dibuang oleh orang orang ni, banyak aku belajar tentang personaliti, ciri-ciri dan tingkah laku mereka ini. Apa yang aku ceritakan ini adalah lebih kepada partner yang ada narsisstic personality disorder(NPD). Menjalinkan dengan mereka ini sangatlah bahaya untuk emosi dan mental anda.

Harap dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk detect lebih awal red flags red flags jika anda bercinta dengan mereka. Aku harap orang yang baca tak kisah dah berumah tangga ataupun belum dapat manfaat dari perkongsiaan ini demi masa depan kesihatan mental anda.

Seorang yang mempunyai narsistik personaliti ini adalah disebabkan trauma atau penderaan mental yang mereka hadapi semasa membesar seperti tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya mereka dapat seperti kanak kanak normal lain.

Trauma dengan satu perkara yang jadi di waktu pembesaran mereka yang membuatkan mereka rasa ditimpa malang secara berterusan.

Untuk ex partner aku pernah bagitahu masa awal perhubungan kami yang disebabkan masa silam yang dia tempuhi semasa dia membesar, dia latih diri dia setiap hari dan malam untuk buang sifat sifat baik dia. Dia buang semua ciri ciri baik dari ayah dia sebab dia bagitahu ada sifat-sifat baik inilah mebuatkan dia makin ditimpa malang.

Dia beritahu aku dia tak reti macam mana nak ada balik sifat baik tu ataupun nak balik ada sifat seperti manusia normal. Lagi menyedihkan dia beritahu aku lagi, tiada hati sesiapa yang perlu dia jaga sebab hati dia dah lama mati. Aku yang naif ketika itu tak ambil berat mengenai masalah yang dia hadapi tu.

Lagipun dia taknak bercakap lagi pasal perkara ini bila aku ajak berbincang. Untuk makluman kalau ditengok ex aku keadaan dia bila dengan orang-orang sekeliling dia memang happy go lucky orang nya. Suka buat lawak dan pandai berborak.

Perkara yang anda perlu ambil perhatian sewaktu awal perhubungan dengan orang narsisis ni ialah:-

1. Love Bombing.

Seorang Narcs selepas berakhirnya satu relationship tu, dia akan move on secepat mungkin seperti tiada masa untuk mereka bersendirian untuk reflect kenapa hubungan itu berakhir atau gagal. Mereka akan cari mangsa seterusnya dengan secepatnya.

Mereka perlukan attention dengan orang yang mempunyai sifat sifat baik, yang boleh memahami perasaan diaorang, yang ada belas kasihan.

Mereka boleh move ke new person dalam masa kurang satu minggu selepas putuskan hubungan sebelumnya. Mereka akan membuatkan orang yang dia nak tu terasa berasa di awang-awangan dengan kata-kata dan perbuatan dia. Dia akan mencurahkan segala rasa kasih dan sayang dekat orang baru ni sehinggakan dia betul betul dapat orang tu.

Jangan terkejut jika dia dah confess cakap I love you walaupun baru beberapa hari kenal, bagitahu koranglah orang yang baik yang dia pernah kenal dan buat dia happy sangat. Sebab itulah strategi diaorang. My ex partner yes dia memang macamtu, aku nampak pattern dia memang sama dengan ex dia, apa dia buat kat aku and next her new supply.

2. Anda sering dipersalahkan ataupun sering meminta maaf.

Narsisis ni memang pandai dalam memainkan emosi pasangan dia. Akan ada satu atau beberapa kali dia akan mempersalahkan mangsa dia untuk satu perkara bila difikirkan logik walaupun bukan salah anda ataupun ada sedikit salah faham.

Diaorang ni jika kita buat salah secara tak sengaja, mula nak memaki, menghina, guna kata-kata kesat. Dia akan buatkan anda rasa bersalah kerana buat dia marah dan anda tanpa berfikir panjang, sering berkali kali meminta maaf. Ya aku akui aku memang pernah kena maki, kena jerit-jerit, semua kalau boleh semua salah aku. Dia tak pernah salah.

3. Tidak bertimbang rasa tentang perasaan anda.

Kamu rasa diri korang terdesak untuk cuba menjelaskan sekiranya bagaimana mereka rasa jika anda yang buat apa yang mereka buat kat anda. Tetapi diaorang tak akan ambil peduli apa yang anda rasa.

Aku selalu bgtahu ex aku lepas kami bergaduh, untuk rasa apa yang aku rasa bila dia memaki aku atau marah tak tentu hala tapi dia selalu bagi macam macam alasan katanya kalau aku tak buat salah diaorang takkan bertindak macam tu.

4. Seorang yang hipokrit.

“Buat apa yang i suruh, bukan buat apa yang i buat”. Selepas fasa love-bombing, narsisis mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kesetiaan, respek dan kecintaan anda dekat diaorang.

Sampai kan korang berjanji akan setia dan akan hidup selamanya dengan diaorang. Apapun untuk diaorang, diaorang takkan give back untuk korang. Diorang akan menipu, curang, kritik dan manipulate korang. Sekiranya korang tak buat apa yang dia nak, diaorang akan ugut untuk tinggalkan anda.

Aku kalau dia jeles walaupun kawan perempuan tak kira dah bertunang or dah kahwin, dia akan marah juga kalau aku ada contact dengan diaorang sampai aku kena unfollow dan delete contact kawan kawan aku ni. Tapi kalau dia sumpah boleh je buat. HIPOKRIT.

5. Anda cuba menjelaskan elemen basics of human respect kepada orang yang dah besar panjang.

Apabila timbulnya masalah, korang cuba memberitahu bagaimana nak behave macam orang normal seperti kejujuran, buat kebaikan. Untuk narsisis ni diaorang perangai macam budak budak suka buat drama and selalu act innocent.

6. Pentingkan diri sendiri dan sangat perlukan attention.

Korang akan rasa penat emotionally sebab diaorang ni, keep ambik termasuk lah life life korang. Demand diaorang kepada attention sangatlah melebihi had sampaikan korang rasa korang je yang boleh buat dia happy, tetapi tidak secara realitinya dia juga boleh dapatkan dari setiap manusia yang naif. Buatlah apapun takde apa yang boleh buat narsisis ni cukup.

7. Korang rasa takut apabila pergaduhan berlaku membawa berakhirnya perhubungan.

orang normal bila bergaduh akan cuba untuk menyelesaikan masalah tetapi bagi narcs, lagi anda cuba menyelesaikan masalah ataupun cuba ungkit negatif behaviours pasangan korang. Walaupun bukan salah korang, tapi percayalah setiap komunikasi untuk perbaiki keadaan diaorang takkan layan pun.

Kalau diaorang nak nak buang korang dia lagi provoke korang untuk bertindak luar kawalan dan play victim. Sebabkan takut partner korang lose interest dekat korang, korang pun cepat cepat minta maaf and terima kesalahan tu.

8. Susah untuk lepaskan pasangan dan move on.

Okay dalam hubungan dengan orang ada NPD. Diorang pandai. Kalau in this relationship, korang akan nampak pattern. Pattern awal awal love bombing-devaluation-love bombing-discard(break)-cinta tiga penjuru.

Okay masa awal awal relationship rasa macam cepat sangat realtionship punya progress, lepas tu baru dia tunjuk diri dia yang sebenar di stage devaluation- korang rasa pelik masa 3-4 bulan pertama dalam stage love bombing semuanya indah, sekarang buat silap sikit atau dia tak puas hati dengan action korang,

dia mula buat drama dan start pergaduhan besar yang korang tak jangka kan. Jangan terkejut kalau diaorang minta break, kata dah buang semua gambar korang semua. Korang rasa dunia korang putar terbalik sampaikan korang merayu rayu minta maaf dekat diaorang untuk terima kita balik.

Selepas anda berbaik, narsisis ni macam buat takde pape berlaku dan mulalah start dia jadi terlampau baik dan love bombing anda semula. Awas, dia hanya perlukan attention dan pujiaan saja untuk buat diri dia lengkap.

9. Bandingkan diri korang dengan exes ataupun bakal pengganti baru.

Percayalah masa mula korang kenal parter yang narsisis, diaorang akan bgtaulah ex ex diaorang jahat lah, teruklah, kaki pukul lah dan korang orang terbaik dia penah jumpa.

Walaupun korang tahu korang selalu buat baik, selalu turuti permintaan pasangan anda, percayalah akan ada satu masa bila ada timbul perbalahan, diaorang akan bandingkan dengan ex dia penah buat lagi better dari korang. Berapa kali aku kena bila kitorang gaduh walaupun aku banyak berkorban masa, emosi dan duit untuk dia. Apa yang dia nampak buruk kita je.

10. Korang tetiba jadi detektif.

Ini tak pernah berlaku sepanjang relationship tetapi bila diakhir-akhir hubungan bila korang rasa something wrong. Instinct anda akan bgtahu untuk jadi detektif untuk investigate orang yang anda paling percaya sebab dia selalu bagitahu dia seorang yang setia.

Anda mula rasa nak check something dekat phone partner korang. Sumpah ini jadi dekat aku lepas dia buang aku tapi still buat aku orang simpanan dia, selama dengan dia aku memang percaya dia 100% sebab selalu ingatkan kesetiaan dia dan takkan ada orang lain lepas aku.

11. Partner jadi seluruh kehidupan anda.

Anda lebih banyak menghabiskan masa anda dengan partner dan kurang masa untuk kawan kawan, keluarga atau own support system.

Sampai tahap korang tak boleh fokus buat kerja atau meluangkan masa sendiri. Partner anda yang anda sentiasa fikir dan sembang. Korang terpaksa asingkan diri korang untuk pastikan korang available ataupun korang dah ada plan tapi terpaksa cancel.

Korang takut buat plan tanpa include dia kerana takut dia akan memarahi ataupun mengungkit. Setiap perbuatan mestilah dapat approval daripada si dia. Relationship akan melibatkan banyak pengorbanan dari pihak anda, tapi sedikit sahaja dari pihak dia.

Ya aku mengaku memang aku banyak korbankan masa aku, duit aku semata mata untuk puaskan hati dia. Apa yang anda buat mesti fikirkan dia terlbih dulu, sampai kan nak cakap atau buat something kena fikir dulu takut dia kecewa dan sedih dan seterusnya menimbulkan perang besar.

12. Tidak menghormati sempadan perhubungan.

Si dia tidak akan hormat boundaries dalam relationship. Apa yang dia cakap atau nak, korang kena ikut jugak tak kira apa jua keadaan.

Termasuk dia control dalam anda nak buat aktiviti harian korang macam main futsal ke, badminton dengan siapa korang nak berkawan. Walaupun korang dah jelaskan secara rationally, kalau diaorang say no -means no. If korang buat jugak dia akan persoalkan priority mana satu yang lagi penting, dia ke orang tu atau benda tu yang lagi penting.

Disini korang akan rasa emosi korang betul betul penat or give up dengan relationship korang tapi tak boleh tinggalkan sebab trauma bonding disebabkan love-bombing dari si dia.

Okay akan ada sambungan lagi insyaAllah sebab dah panjang sangat. Korang bila baca ni mesti cakap aku tak cerdikkan still stay walaupun banyak red flags dalam hubungan. Yes memang aku sedar benda tu, kadang kadang rasa taknak dah hubungan tu tapi tak boleh.

Time tu aku naif lagi tak kenal diri dia siapa lagi, aku taktau dia ada mental health issue, aku ingatkan pergaduhan dalam hubungan perkara biasa. Lagipun layanan dia time love-bombing atau selepas pergaduhan memang sangat baik atau rasa dihargai, lagi satu dia pandai manipulate.

Rata-rata mangsa penderaan narsisis sedar selepas mangsa ditinggalkan narsisis. Ingatlah selagi narsisis tidak dapat rawatan psikologi selagi tu diaorang takkan berubah. Tak kisah dah kahwin atau tak, diaorang akan ulang benda pattern yang sama. Seseorang yang ada NPD tidak boleh hidup berseorangan.

Bila narsisis tidak dapat apa yang dia mahu, ataupun dah rasa bosan dengan seseorang dia akan cari orang yang baru yang boleh keep bagi perhatian yang diaorang dahagakan.

Aku dibuang macam sampah tanpa apa-apa closure. Si dia yang narsisis menyalahkan aku atas apa yang berlaku dan dia dah ada pengganti baru tak sampai seminggu selepas dia tinggalkan.

Aku dalam proses recovery dari mental abuse ni, diri aku yang sekarang bukan lagi diri aku sebelum kenal si dia, sekarang aku rasa tak happy, depress and anxiety. Sampai aku terpaksa ambil ubat untuk hilangkan rasa depress aku.

Aku hilang semangat untuk buat aktiviti-aktiviti harian dan aku baca research akan ambil masa 2 tahun untuk heal dari trauma ni.

Harap korang boleh sharekan pendapat atau kongsikan pengalaman anda dengan orang macam ni.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *