Hi dan Assalammualaikum.
Saya perkenalkan diri sebagai SS (Siti Saleha) nama samaran. Cerita ni saya olah berdasarkan kisah benar, dengan nama samaran, supaya individu-individu tertentu tidak diaibkan. Cukup saya dan pencipta kita, Allah s.w.t, sahaja yang tahu.
Cerita ini agak panjang, maaf andai anda bosan, dengn gaya penulisan yang tidak menarik. Maaf sekali lagi.
Okay, berbalik kepada tajuk, pasangan insecure. Kisah ini mengisahkan lelaki Harun (nama samaran) dan Maria (nama samaran), dimana saya, SS orang luar tetapi kisah mereka ada melibatkan saya. Saya terdetik untuk menghantar confession ini adalah berdasarakn video viral, seorang lelaki, anggota polis yang marah, setelah menyedari bahawa nama dan gambarnya telah dijadikan sebagai objek, dengan alasan untuk mengukur kesetiaan si suami, dimana si isteri telah mencipta satu akaun ‘fake’ yang kononya ‘polis tersebut’ ingin mengurat si isteri, dengan harapan si suami jealous. Dan pihak ketiga (angota polis tersebut) telah menjadi mangsa.
Apa kaitan dengn Maria dan Harun?
Kisah ini berlaku pada tahun sekitar 2010 – 2011, ketika itu, saya berada pada tahun pertama di salah sebuah universiti awam dalam malaysia yang jauh dari KL nuh disana. Saya telah menerima satu ‘friend request’ daripada seorang lelaki. Dan lelaki tersebut saya namakan sebagai Harun. Sebelum ‘approve’ permintaan rakan tersebut, saya ‘view’ profilnya dulu. Setelah menyedari bahawa Harun itu merupakan rakan kenalan saya ketika saya berada di menengah rendah (few years back), suatu ketika dahulu, maka permintaan rakannya diterima oleh saya. Tidak lama selepas saya itu, Harun memulakan komunikasi. Komunikasi yang normal sahaja. Sekadar menegur kosong.
Saya agak terkejut disebabkan Harun dahulu (pada tahun 2004-2005) agak pendiam, dan senyap. Malah Harun tidak pernah menegur saya, sekadar memandang dari jauh. Saya dahulu merupakan anak kepada cikgu yang mengajar Harun. Kami tidak bersekolah sekali, tetapi Ayah saya a.k.a. Cikgu kepada Harun, selalu membawa saya masuk ke kelas tambahan disekolahnya iaitu satu kelas dengan Harun pada setiap hujung minggu dan kadang-kadang malam minggu. Dalam kebanyakan pelajar lelaki dalam kelas Harun, hanya Harun seorang sahaja yang tidak pernah bercakap dengan saya, dia lebih suka melihat saya dari jauh.
Selepas tamat tingkatan 3, Harun telah berpindah sekolah dan telah memasuki salah sebuah maktab tentera, kelas tambahan sebelum Ujian PMR itu merupakan kali terakhir saya melihat harun, sehingga lah pada thaun 2010/2011, ketika Harun memohon untuk menjadi rakan FB saya. Harun memukan bertanya mengenai saya, sudah berpunya atau belum. Saya sekatar menjawab jujur, belum. Harun mula meminta no telefon saya. Dipendek kan cerita, kami mula rapat. Dan ketika cuti semester, Harun mengajak saya untuk berjumpa, dengan alasan ingin berkawan dengan lebih rapat. Kami berjumpa sekadar keluar makan bersama, sebelum menghantar saya balik, harun mengajak saya singgah di rumahnya untuk berjumpa dengan keluarganya. Saya hanya menurut sahaja, ketika berada dirumah Harun, dia memperkenalkan saya kepada keluarganya bahawa saya merupakan anak bekas gurunya dahulu. Salah seorang mak ciknya, pernah bekerja bersama Ayah saya, di salah sebuah sekolah berdekatan dengan kampung kami. Dalam masa yang sama kawan baik Harun kebetulan datang bertandang ke rumahnya untuk melawat Harun, setelah mengetahui Harun telah balik untuk bercuti. Maka rakan Harun (Salim) agak terkejut melihat saya berada dirumah Harun bersama keluarganya, malah rakannya juga mengenali saya, kerana dia juga merupakan anak didik ayah saya. Maka berita kononnya saya berpasangan bersama Harun mula tersebar dalam kalangan rakan-rakan sekolah mengengah Harun.
Saya tidak mengiyakan, dan tidak pula menidakkan. Sekadar senyum terhadap Salim, apabila dia mengusik-usik kami. Long short story, Saya dan Harun kembali ke tempat belajar kami, dimana saya memasuki semester 2, dan Harun kembali ke Kem pengajiannya. Beberapa ketika kemudian, Harun mengatakan hasratnya untuk publish relationship kami di FB, dengan tittle ‘In a Relationship’ padahal Harun tidak pernah meluahkan rasa hatinya terhadap saya. Saya mengizinkan, dengan syarat jangan guna FB saya yang sekarang (pada ketika itu) tetapi saya akan ‘create’ satu akaun lain, dengan alasan, akaun FB saya yang asal itu mengandungi FB kesemua ahli family saya, ayah saya, rakan2 ayah saya a.k.a cikgu sekolah Harun. Nampak tidak manis, tambah lagi kakak dan pak cik makcik saya agak ‘straight’, nanti banyak pula soalan mereka.
Harun bersetuju. Maka saya pun ‘create another new FB account’ dengan nama saya yang asal cuma tambah ‘II’ di penghujungnya, dan masih menggunakan gambar FB asal saya, cuma saya telah menyekat kesemua ahli keluarga saya daripada melihat FB kedua saya. Maka Harun menghantar ‘request in a relationship’ kepda FB ke2 saya. Dalam masa sejam, saya telah menerima berpuluh2 mugkin beratus friend request, yang kebanyakannya datang daripada rakan-rakan sekolah lama Harun yang mengenali saya, dan tidak kurang juga dengan rakan-rakan daripada Kem pengajian Harun.
Saya terus terima permintaan rakan-rakan baru, yang kebanyakannya mutual friend dengan Harun, dan ada banyak jugk la usik mengusik daripada rakan-rakan Harun di post relationship kami. Sehinggalah saya menerima satu request dari seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah Maria.
Maria memulakan bicara. Dengan mengaku sebagai kawan baik Harun. Saya tidak syak apa-apa, sebab Harun tidak pernah bercerita kepada saya megenai hal perempuan lain, melaikan mengaku masih single. Maria meminta no hp saya, dengan mengatakan bahawa Harun adalah kawan baiknya, maka saya selaku ‘gf’ Harun sudah merupakan kawan baiknya juga. Tanpa berlengah saya memberikan no hp saya, tanpa memberitahu harun, sebab bagi saya jika betul mereka kawan baik, then so should be okay.
Maria mula bertanya bermacam-macam soalan megenai hubungan saya dan Harun. Sejarah perkenalan saya, asal usul saya dan banyak lagi. Katanya Harun tidak pernah bercerita mengenai saya kepadanya. Saya dalam hati, of course la, sebab kami tak pernah kawan, dan hanya pernah kenal muka sahaja. Long short story, few days later, saya receive banyak SMS (short message system) daripada nombor telefon yang tidak di kenali. Dengan ayat yang kurang enak. Memaki hamun saya. BTW, saya dan harun bukan lah seperti pasangan kekasih lain, dimana kami hanya publish relationship status sahaja as public di FB atas permintaan Harun, dan tidak pula berhubung 24jam. Di tambah lagi Harun yang sentiasa sibuk. Saya pula jenis tidak mencari, melainkan dia yang SMS saya, atau cari saya. Kadang mau berhari-hari, baru dia muncul.
Sebab bagi saya senang, ‘you have my number, then you should know how to find me, if you need me’ Lagipun kami baru sekali jumpa walaupun siap dengan package jumpa family. Berbalik kepada nombor yang tidak dikenali, akhirnya dia call, saya sempat menyambut panggilannya. Dia memperkenalkan diri sebagai Dina, the real GF Harun. Saya tidak terkejut pun, sebab bukan saya yang mencari Harun, tapi Harun yang mencari saya. Dan saya like, owh okay, nak apa ye? Dia tanya saya kenapa ganggu hubungan dia dan Harun. Saya cakap sila tanya Harun, dia ada jawapannya. Saya tanya balik Dina, mana dapat No. Hp. saya. Dia cakap dalam HP Harun. Dan dia juga cakap bahawa mereka ibarat belangkas sentiasa keluar bersama, kerana Dina tinggal berdekatan dengan Kem Harun.
Saya pula tinggal jauh nun disana, tidak pula pernah saya ambi tahu mengenai kehidupan Harun. Dina masi lagi gigih menghantar, SMS maki hamunnya kepada saya, siap package mencarut dengan kata-kata LUCAH. Saya masih lagi bersabar, dan malas nak layan. Sebab perinsip saya, selagi tuan badan (Harun) tidak mengiyakan, maka saya simpulkan bahawa Dina hanyalah meroyan seorang diri. Sehinggalah pada suatu hari yang tenang, saya terima SMS makian untuk kesekian kalinya daripada Dina, dengan menggunakan perkataan MAK AYAH KAU. Masa ni saya fikir, this GIRL is too much.
Saya masih lagi senyap, sehinggalah saya mengadu kepada relative saya. Faris (nama samaran) Cukup saya katakan Faris merupakan seorang pegawai polis yang berpangkat agak tinggi di KL (tempat dirahsiakan), Saya forward kesemua SMS Dina kepadanya, dan menyatakn hasrat untuk membuat report polis. Makan Faris agak terkejut, memandangkan kami agak rapat. Fariz merupakan seorang yang gentleman, dia ketika itu berumur early 30’s. Nampak disitu kematanganya apabila dia menelefon saya kembali, dan mengatakan dia akan bantu saya, melalui kawannya, yang bertugas berdekatan dengn University saya. Memandangkan dia agak sibuk, dia forwardkan no hp saya kepada kawannya. Kawannya menelefon saya dan meminta saya pergi ke balai polis tempat dia bertugas, dan saya gelarkan kawannya sebagai Hamid (nama samaran)
Hamid meminta saya menulis dengan terperinci, mengenai kejadian di ganggu oleh Dina ke atas satu kerta A4 paper. Malah kesemua SMS Dina telah saya forwardkan kepada Hamid. Hamid menasihati saya agar selesaikan kes ini di luar, maknanya jangan report, kerana memandangkan Harun merupakan tentera, dan masih lagi belajar pada ketika itu, bimbang akan berpanjangan. Tetapi menurut Hamid keputusan masih ditangan saya. Tambahan lagi, Faris (relative saya) sudah meminta dia untuk menolong saya. Hamid kemudiannya, menawarkan diri untuk bercakap dengan Dina, dengan mengambil no HP Dina. Dan Hamid meminta saya datang kembali pada hari Isnin, waktu bekerja untuk mengeluarkn report secara rasmi, dan memerlukan untuk saya berjumpa pegawai setelah mendaftar report, bagi membolehkan report dikeluarkan secara rasmi, beserta no. report.
Hamid juga mintak saya, bagitahu Dina, bahawa kes ini bakal menjadi kes polis sekiranya Dina masih berdegil dan menganggu saya. Saya kembali ke kolej kediaman, dengan sedikit rasa lega. Seperti yang dijangka, keesokan pagi, hari Isnin, ketika didalam dewan kuliah, saya menerima panggilan daripada Dina, berserta makian dan cacian. Saya diam, dan saya hanya, menghantar SMS kepada, dengan mengatakan bahawa, saya telah membuat report, mengenai apa yang telah dia lakukan kepada saya. Beserta dengan kesemua SMS nya. Hanya menunggu untuk mendaftar report sahaja. Dan saya bercadang untuk pergi ke balai selepas habis kuliah pagi.
Dina terus meletakan telefon. Dalam masa sejam kemudian, DINA call saya, dan menagis merayu-rayu, agar saya menarik kembali report saya. Dia meminta maaf, dan mengaku cemburu akan saya, setelah melihat post relationship saya bersama Harun di FB. Saya mengatakan kepadanya tunggu sahaja polis yang akan mencarinya. Dia masih menangis merayu-rayu agar saya menarik kembali report tersebut. Saya mengatakan kepadanya ada satu sahaja cara untuk saya tarik, iaitu, maklumkan kepada Harun, apa yang telah dia lakukan, iaitu menganggu saya dengan cacian dan makian melalui HP.
Sejam kemudian, Harun call saya. Setelah lama tidak mendengar kabar beritanya, dia bertanya mengenai kes saya dan Dina. Katanya Dina itu bekas kekasihnya. Dan mereka Clash beberapa bulan sebelum ni. Harun bertanya kepada saya, kenapa tidak saya maklumkan kepadanya tentang apa yang Dina lakukan iaitu menganggu saya. Dia juga mengatakan bahawa dia pelik bagaimana Dina mendapat no HP saya. Saya cakap, Dina ambil dari HP Harun, ketika mereka keluar dating. Tapi Harun menafikannya, dan mengatakan sudah lama tidak keluar dan berhubung dengan Dina, semenjak mereka clash. Harun juga meminta saya untuk menarik kembali report, dan berjanji Dina tidak akan lagi mengganggu saya.
Saya mengatakan ada satu syarat untuk saya tarik kembali report, iaitu, Harun dan Dina, tidak boleg lagi menganggu saya, sama ada di HP atau FB. Saya juga meminta agar saya dan Harun tidak lagi berhubung, samaada melalui apa sahaja media sosial. Harun agak terkejut tetapi dia setuju. Memandangkan, agak bahaya kepadnya juga, yang masih berstatus pelajar di dalam ATM.
Dan hari itu merupakan hari terakhir Saya Harun dan Dina berhubung. Pada sebelah petang, Hamid menelefon saya, dan bertanyakan akan keputusan saya, untuk teruskan report atau tidak. Jika saya ingin meneruskan report, saya perlu hadir ke balai sekali lagi. Saya bersetuju untuk tidak meneruskan report saya.
Maka saya ingin bertanya kepada pembaca:
1) Siapa kah Dina yang sebenarnya?
2) Apakah motif Harun mengpublickan relationshipnya dengn saya?
3) Macam mana Dina ada no Hp saya, sedangkan Harun menidakkan bahawa dia yang bagi no HP saya kepada Dina.
4) Adakah Dina dan Maria orang yang sama?
Setelah hampir 8 tahun berlalu… Dimanakah Harun, Dina dan Maria?
And guess what, Harun telah selamat bernikah dengan Maria, beberapa tahun kemudian… hehehe maka terjawablah persoalan saya….Rupanya Dina dan Maria orang yang sama…. Sebab saya pernah bagi no HP saya kepada Maria. Dan kalo korang semua nak tahu, saya pernah block both FB Harun dan Dina…now I dah unblock…sbb malas nk block2 orang yang tak tahu asal usul..tiba-tiba jadikan kita sebagai orang ketiga untuk meguji kesetiaan GILA mereka…Harun dan Maria sampai hari ni, tak pernah public gambar mereka….cukup letak yang sipi-sipi, mugkin takut di report polis lagi…saya ketawa sendirian melihat permainan orang yang cetek akal ni….dan motif kedua-dua manusia ini masih menjadi tanda tanya…mungkin Harun nak buat Maria jealous, then publickan relationshipnya dengan saya. Mugkin Maria jealous, dan kemudia mereka2 dan mewujudkan cerita bahawa kononya ada manusia bernama Dina tu sebagai Ex gf Harun, sebab Dina tiada FB, hanya Maria yang contact saya melalui FB dan HP…atas ticket SAHABAT BAIK HARUN.
Kepada pasangan-pasangan yang Insecure OUTHERE…tolong…tolong jagan menyusahkan orang lain…..GET A LIFE…please…
-Siti Saleha-
– Siti Saleha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit