Hi. Aku baru sahaja kahwin hujung tahun lepas. Sekarang PJJ dengan suami, aku seorang yang ada kerjaya sendiri, kerja office hour cuti sabtu ahad, tinggal di negeri yang jauh dari suami.
Suami pula ada kerjaya sendiri tetapi working hours tak tetap. Sabtu ahad confirm kerja, sebulan maybe sekali sahaja dapat cuti sabtu ahad. Kalau kerja hari weekdays pun jenis balik malam, lewat malam. Aku tak perlu disclose lebih details pekerjaan suami.
Kitorang decide untuk PJJ sebab duit simpanan dia habis digunakan untuk kenduri kahwin tempoh hari, biasalah untuk family masing2 juga.
Aku bersetuju untuk PJJ oleh kerana kekangan wang dan aku baru sahaja tukar kerja sebelum kahwin haritu. Jadi aku minta izin dia untuk stay dengan family dulu untuk beberapa bulan sebelum kumpul duit balik untuk sediakan rumah untuk kami tinggal.
Lepas 7 bulan kahwin, dan aku pun dah bersedia untuk pindah tinggal dengan dia memandangkan aku pun dah dapat kerja baru dekat sana.
Aku plan asalnya nak stay setahun dengan family aku sampai disember ni tapi aku dah tak tahan bila berjauhan dengan dia dia buat aku macam lagi jauh. Kitorang akan jumpa setiap 2-3 minggu sekali.
Nak cakap rindu tu memang rindu, tapi suami aku sangat santai. Takde aku pun dia okay. Nak cakap perkataan rindu tu susah sangat. Dulu sebelum kahwin, kerap juga cakap rindu, sayang. Lepas kahwin? boleh kira berapa kali je ada cakap macam tu.
Suami aku jenis kerja tak tentu masa, kitorang sepanjang PJJ 7 bulan lepas kahwin, video call rasanya tak sampai 10 kali. Call/Whatsapp pun selalu hanya urusan penting sahaja.
Aku tak kacau dia waktu kerja, tapi waktu cuti aku cuba minta masa dia, cuba untuk dapatkan attention dia, tapi sangatlah susah. Dia hanya akan habiskan masa dengan tidur, main phone. Aku ni dah la jauh, makin jauh rasanya bila suami buat macam tu.
Aku tak salahkan suami aku 100% sebab mungkin aku je yang rasa dahagakan kasih sayang suami. Sebab aku anak sulung, suami adalah tempat aku nak bermanja.
Bila merajuk tak dapat masa bersama, disalahkan aku balik sebab aku tak faham dia, habis tu aku siapa nak faham? Nak pujuk? jauh sekali.
Bila PJJ kalau merajuk, aku dah cool down aku yang ws atau call dia dulu, dia selalunya akan bagi silent treatment je. Kalau dekat pun begitu juga, aku yang pergi tanya dia, kenapa tak pujuk aku, kenapa buat macam ni dekat aku, in the end aku salah sebab merajuk.
Suami aku ni jenis sangat rileks dalam semua benda. Even urusan sewa rumah pun aku yang usaha cari, aku yang deal sendiri dgn tuan rumah.
Dia terlampau sibuk kerja sampai tak ada masa langsung nak tolong aku cari padahal itu tanggungjawab dia as suami untuk sediakan tempat tinggal untuk aku.
Kadang aku perlukan dia di masa aku sangat sangat down, tapi dia akan salahkan aku sebab aku tak kuat? Aku cepat menangis, aku terlampau lemah, aku asyik overthinking. Perasaan aku tak valid maybe.
Aku terfikir juga, kalau dah tinggal sekali nanti adakah suami aku akan berubah?
Kadang juga aku terfikir, dia kahwin dengan aku sebab apa ya? Sebab dia perlukan sosok seorang isteri atau hanya nak upgrade status? Atau dia betul nak jadikan aku isteri dan hidup bersama dengan aku?
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit