Pasangan Muda! Cerai Itu Bukan Jalan Mudah!

Assalammualaikum, “Wanita diuji ketika lelaki tiada apa-apa, lelaki diuji ketika punya segala.”

Aku mengenali suamiku ketika dia punya kerjaya bergaji 5k.Aku juga bekerja. Pendek cerita, selepas 2 bulan berkenalan, kami bertunang. Dan selepas itu, ujian satu persatu menimpa kami.

Dia terlibat dalam kemalangan, dan diberhentikan kerja atas sebab cuti sakit terlampau lama (2 bulan bagi sesetengah syarikat, agak lama).

Percubaan mencari pekerjaan lain hanya bertahun sebulan dua atas alasan politik syarikat dan kesihatan. Cubaan untuk berniaga gagal setelah ditipu rakan sendiri (2,3 kali dengan orang yang berbeza).

Ditambah pula dengan keretanya dipinjam seseorang dan terlibat dalam kemalangan. ‘Total loss”, Dia semakin tertekan dan makin ‘d3pr3ssed’. Alhamdulillah, keluarga ku memahami menangguhkan lagi tempoh pertunangan kami.

Ketika itu juga, aku dikurniakan rezeki di tempat lain dengan gaji yang lebih tinggi,risikonya adalah, kami perlu berjauhan. Aku menerima tawaran itu cuma mintak ditangguhkan sehingga selepas kami berkahwin.

Dan sehingga itu, dia masih lagi dalam kategori ‘jobless’.

Selepas kenduri kahwin, aku minta izin ibubapaku agar dia boleh tinggal dirumah ibubapaku beberapa bulan, memandangkan jika ingin menyewa di luar akan makan kos, kerana aku juga memerlukan duit untuk pekerjaan di tempat baruku.

Aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang sangat memahami tanpa bertanya banyak. Aku menerangkan kepada ibu bapaku yang dia sedang merancang membuka perniagaan sendiri dan aku rasa ibuku memahamiku hanya dengan melihat keadaan ku.

Aku mula bekerja di tempat baru, dan dia masih tinggal di rumah ibubapaku. Hubungan kami alhamdulillah baik, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.

Biasa kita dengar awal perkahwinan tu manis. Tapi disebabkan kami baru je kahwin dah berjauhan, bukan lagi manis, pahit, tawar, payau, masin dan masam semua kami rasa.

Ya, aku pasti ramai yang meneka siapa yang tanggung majlis kami, siapa yang tanggung perbelanjaan kami.

Ya.. aku yang mengeluarkan belanja kawin kami dicampur bersama duit hantaran, aku ‘cover’ untuk majlis kedua-dua belah (kami tak mahu banyak kenduri, tapi kedua ibu apa kami tetap berkeras nak buat kenduri).

Selepas majlis, kerana aku seorang yang bekerja ketika itu, aku jugak la yang merencana dan menampung kehidupan kami selama 2 tahun. Hubungan kami? Ya, macam biasa. Bergaduh tu makanan.

Dia ditawarkan pekerjaan yang sama seperti sebelum dia kemalangan, tetapi di negeri yang berlainan. Aku bersyukur kerana dia mula menunjukkan semangat untuk berubah.

(Agaknya dah tak larat nak dengar bebelanku, sampai bila nak menunggu duit jatuh dari langit. Kerana rancangan perniagaannya agak mengambil masa kerana rakan perniagaannya yang baru ni, tiada di Malaysia). Ataupun sebenarnya syarikat barunya punya masalah lain, aku dah malas nak ambil tau.

Ok, pengenalan yang agak panjang. Sebenarnya point utama yang aku cuba nak sampaikan, suamiku ni egonya sangat tinggi, Ditambah dengan mudah melenting, panas baran, lepas laku.

Asalnya aku ni jenis penyabar terus berubah jadi keras hati, takde perasaan, cepat melenting disebabkan terlmpau memendam perasaan sebab dia.

Ikutkan 2 tahun lebih tu, memang selalu ‘pujukan iblis’ selalu bermain difikiran. Sedangkan dari masa tunang lagi aku dah tak tahan. CERAI tu selalu bermain dalam hati.

“DAHLA TAK KERJA, SEMUA BELANJA PAKAI DUIT AKU”

“EGO TAK HABIS-HABIS

“BARAN”

Semua benda kecil boleh jadi besar. Gaduh tu macam rutin harian. Ditambah pulak, masa macam ni lah ex boyfriend datang balik.

Alhamdulillah, aku masih kuat tahan godaan. Dan Alhamdulillah jugak Allah bukak pintu hati dia untuk berubah.

Selepas dia mula bekerja, aku tak lagi perlu mengirimkan duit. Dia mula sibuk dengan kerjaya dan hubungan kami? Masih lagi bergaduh tu macam dulu, mesti ada tapi dah kurang.

Awal tahun ni, aku nekad berenti kerja untuk tinggal bersamanya. Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.

Niatku hanya lah berehat sebulan dua dan mula bekerja tetapi perancanganku tak dapat lawan perancangan Allah. Syarikat yang patut aku kerja tak dapat mengambil staff baru kerana wabak covid 19. Aku menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Dan ya, Suamiku yang menanggungku selama aku tidak bekerja. Mungkin bagi sesetengah pihak, mereka akan cakap itu memang tanggung jawab suami, tapi bagi pandangan aku, Allah nak tunjuk kuasaNya, sebab aku dulu selalu merungut mengeluh sebab aku yang tanggung semua.

Aku down, d3pr3ssed dan aku rasa Allah nak aku rasa apa suami aku rasa, macam manusia tak guna bila tak boleh buat apa-apa. Ketika aku tulis ni, genap 6 bulan aku tak bekerja, bergntung penuh pada pendapatan suamiku.

Bila difikiran balik, kenapa aku kuatkan hati bila rasa nak mintak cerai, bila gaduh teruk pasal duit.
Aku kenal suami aku masa dia gaji 5k, dan kerana dia jatuh teruk, patut ke aku tnggalkan dia. Tu bukan cinta tu, tapi tu macam beruk. time dapat pisang sayang, time bagi kulit pisang, campak!

Apa yang aku belajar, Perkahwinan tu bukan sekadar cinta semata, tapi tanggung jawab melebihi segala. Jujur, walaupun tahun ni baru nak masuk 4 tahun perkahwinan, aku dah rasa macam lama. Kentut depan-depan suami pun macam dah biasa.

Aku tak taula kalau contoh bercerai, aku kahwin lain, ingat takkan ada masalah ke. Mungkin yang datang masalah lain.

Suami aku takde pun dera aku, pukul aku. Kalau baran dia datang, aku pun kenalah naik baran aku supaya dua-dua boleh senyap. Selagi aku rasa takde punca untuk bercerai selain daripada yang ni, aku masih boleh bersabar.

Sebab aku tengok peratus penceraian pasangan muda di Malaysia ni makin meningkat.

Ada tu alasan tak munasabah, pasangan kentut banyak, pasangan marah sebab isteri dia suka panaskan makanan semalam untuk makan harini, pasangan makin gemuk, pasangan dia pakai berus gigi isteri dia, pasangan dia gila gym.. aduyai..

Ya aku masih baru dalam alam perkahwinan,yang aku tuju post ni pun untuk rakan pasangan muda yang lain. Bertabah dan bersabar selagi boleh. Jangan mudah ucap or minta cerai andai masalah tu masih boleh diubah atau diperbaiki.

Dia atau kita boleh berubah. Communication tu penting. Doa tu senjata. Tapi kalau yang kena pukul, dera or curang ke tu lain cerita. Penat la kawin pastu cerai, pastu nak kenal balik orang lain, kenal family.. Adui penat rasa. Mungkin ni aku. Aku tak pasti orang lain macam mana.

Aku minta maaf kalau ada yang terkesan, terluka dari penulisan aku ni. Niat aku sebenarnya hanya nak kita berfikir sebelum bertindak melulu.

Akhir kata, buat suamiku, ayang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, nafkah ayang sejak kita nikah, ayang dah halalkan dunia akhirat.

Ayg bersyukur tengok keadaan dirimu sekarang. Dan kurang-kurangkan lah baran tu. Tak kemana pun. kenyang ke kalau asyik nak baran je. I love u.

Alhamdulillah, masa tulis ni aku dapat panggilan untuk temuduga minggu depan. Doakan aku ye.

Dan oh ya, aku mohon doakan aku dikurniakan rezeki anak ye. Aku baru je keguguran akhir tahun lepas.

– Aida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *