Assalamualaikum dan hai semua. Seandainya tulisan saya ini disiarkan, terima kasih banyak-banyak kepada admin. Dah banyak kali berfikir, nak post ke tak.
Nama saya Suzy (nama tipu²), berumur pertengahan 20an, bujang dan hanya seorang gadis biasa.
Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial pada tahun lepas.. kini dah nak dekat setahun perkenalan kami.
Walaupun saya kurang percaya dengan perkenalan laman sosial ni, saya dapat rasakan dia seorang lelaki yang baik dan saya rasa boleh menerimanya memandangkan saya pun belum ada sesiapa.
Awalnya, saya berasa sangat senang dengannya.. namun, lama kelamaan saya jadi rimas. Rimas dengan keobsesan dia.
Oh ya, sebelum ni saya selalu berdoa semoga bila saya berjumpa jodoh nanti, biarlah lelaki itu yang menyayangi saya lebih dari saya sayangkan dia. Agar saya tak kecewa lagi. Adakah doa saya ni dimakbulkan?
Dia tak memahami keadaan saya yang kena membantu buat kerja-kerja rumah kerana masih tinggal bersama keluarga. Tak boleh la nak menghadap handphone 24 jam melayan dia.
Waktu kerja pun, dia call kadang video call. Banyak kali saya cakap dengan dia tapi dia masih mengulangi benda yang sama.
Kadang-kadang saya marah dengan dia. Sampai keluarkan kata-kata kesat dan berfikir untuk akhiri saja hubungan ini.
Saya stress dengan pelbagai masalah dan dia menambahkan lagi api yang membara. Dia anak tunggal, tidak mempunyai adik beradik.. kerja pula sebagai anggota beruniform, jauh dari keluarga.
Tak ramai kawan. Yang ada hanya tugas dan masalah. Dia kata, saya saja la yang ada untuk dia. Sedangkan saya pun bergelut dengan hidup sendiri.
Saya perlukan masa untuk diri sendiri. Layan Fb, movie.. whatsapp kawan-kawan.. bila saya online whatsapp saja, terus bertanya, saya whatsapp siapa? Kenapa tak reply?
Kenapa tak respon yang dia tag kat fb? Kenapa tak angkat call? Kenapa dan kenapa.. argghhh. Penat.. serius penat. Nak pegi mana-mana kena tunjuk gambar sebagai bukti. Risau katanya. Bukan sekali dua.
Saya inginkan seseorang yang faham saya. Bagi saya ruang sekali sekala. Ini .. dah macam dia yang perempuan. Obses tak bertempat.
Bila family saya call atau adik beradik saya video call pun dia nak tahu.. Kena send screenshot kat dia. Apa benda la.
Kawan saya pernah cakap, kalau dah sampai kita rimas dengan lelaki tu.. maksudnya lelaki tu memang serius nak kat kita.
Dia tak pernah melakukan perkara yang tak baik dengan saya alhamdulillah. Tutur katanya semua yang baik-baik. Dan saya juga tahu jaga diri.
Ya saya tahu, saya sepatutnya bersyukur dia fokus dengan saya dan tidak curang merata, tapi bila berlebihan macam ni, saya jadi geram sangat.
Semoga saya terus kuat. Dan saya harap dia pun berubah jadi seorang yang tidak overthinking, paranoid dan obses because I am too tired to explain almost everything to him every second time.
Yang tak tahu nak buat apa,
– Suzy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Benda ni relate dengan apa yang berlaku sekarang, and ini juga punca dia nak end relay rabu lepas (3 Jan 2024). Pertanyaan saya, selepas dia pilih untuk end relay kitorang, adakah masih ada peluang untuk dia buka hati dekat saya, sebab saya janji nak ubah sikap sebegitu? Adakah dia perlu masa ? Btw saya adalah bf dia, and selalu buat dia begitu.