Assalamualaikum, terima kasih admin kerana berbesar hati publish kalam marhaen hamba ni. Kalau tajuk tu dah buat panas dulu, sabar. Aku baru warm up.
Ok, aku Bro Ris. Dah tamatkan zaman bujang 5 tahun lalu dan alhamdulillah, bertimangkan 2 cahaya mata.
Tujuan aku menulis sebab aku nak tolong korang (perempuan) supaya korang tahu apa ciri yg kami cari untuk dibuat pasangan hidup.
Kakak aku baru bercerai, dan adik perempuan aku hampir nak putus tunang. Sedikit sebanyak aku cuba tenangkan diorang dan aku nak tenangkan kaum hawa di sini jugak, just in case.
Hopefully ni medium yang betul.
Ladies, selain rupa paras yang kau risaukan tu, maintenance, make up, dressing.. tu bukan lah segalanya yang kami tengok.
For first impression, yes kami nak yang cantik.
Tapi, kau kena ingat yang kami nak kenal bukan cantik rupa kau je. Sekali jumpa, ok senyum kau cantik. 2 kali jumpa, oh mata kau menawan. 3 kali jumpa, kau ayu orangnya.
Kali ke 10? 20?
Bila kecantikan kau kami dah khatam, apa lagi yang ada pada kau untuk kami stay? We want more to see in you.
By means, your personality. Your character. Truest version of yourself.
Nah, aku catatkan apa kami nilai dalam diri perempuan.
1. Yang Menyejukkan Hati
Nak cari bini ni bukan nak buat tidur-tidur je. Bukan jugak buat stok pendamping setahun dua. Seumur hidup okeh!
Makanya kami cari perempuan yang kami boleh rasa selesa. Tenang bersama.
Ok, nak bagi senang faham,
Bayangkan kau ada kawan.
Sorang A dan sorang B.
A ni bila kau jumpa, dia asyik cerita pasal masalah je. Dah lah masalah banyak, tak cari hikmah pulak. Blame everything, blame everyone. Masalah kau? Tak pulak ditanya.
B ni pulak, dia buat kau happy seadanya. Kau cerita, dia dengar. Bila dia ada masalah, dia minta nasihat kau. Dan dia selalu bagi semangat kalau kau ditimpa musibah.
Kau rasa antara A dan B, kau selesa nak duduk bersama yg mana?
Kalau A dan B telefon, yang mana kau angkat dulu?
That’s why. Vibe is important for us to choose woman. Kalau vibe kau tak elok, negatif, anda rasa kami ada masa nak sakit kepala sepanjang keturunan?
Harapan jelah kak, kami cari lain.
So, fikir balik. Kau membawa aura positif ke negatif?
Perempuan memang fikirannya bercabang sampai susah nak rasional. Yes faham.
Tapi tahu tak sebahagian dari your negative thoughts are syaitan’s whisper? Kau nak dengar cakap syaitan ke fikir bukan-bukan?
Cuba, cuba dan cuba fikir positif. Diam dari berkata yang tak baik. Banyakkan pause untuk mencari hikmah.
Tak salah mengadu sedih sesekali, tapi kau kena sematkan dalam hati yang kau kena kuat.
Satu hari nanti kau akan jadi seorang ibu. Kau nak anak-anak kau murung dengar masalah kau hari-hari? Sepatutnya kau yang semai kekuatan rohani anak-anak.
Berlatih lah hadirkan aura yang baik-baik je dalam diri kau. Insya Allah, bukan setakat lelaki terkenang selalu dan mabuk rindu, kau sendiri yang lapang kepala.
2. Tak Insecure Melampau
Yang ni penting.
Sebenarnya lah lelaki penat nak pujuk perempuan nak kata korang wanita paling lawa dalam dunia. Sah-sah tipu.
So what kalau kau naturally bukan taste kitorang?
So what kalau kau tak lawa macam our ex?
So what kalau kami tak puji setiap gambar kau di instagram, facebook dan lain-lain?
We chose you.
Kalau kami dah kata suka, nak kenal kau dengan lebih serius it means you’re chosen.
Please, please appreciate.
Ini tidak, balas komen perempuan kat fb sikit dah melenting.
Staf ofis yang cantik ramah sikit dengan kita je dah menggigil.
Sabar.
Selagi kami tak keluar makan dengan those ladies, tak berbalas chat manja dengan diorang whatsoever, means it’s nothing. Just work & stuff, my dear.
Kalau kami balas komen kat socmed pun, tengok dulu komen nya macamana. Kalau flirty, terlebih mesra boleh la kau suspen.
Ini balas yang takde perasaan pun kau marah. Pening!
Tips hilang insecure:
Improve diri kau sampai la kau rasa seronok nak tengok cermin, seronok nak include diri kau dalam gambar tanpa perlu sorok-sorok.
Ya bunyi macam physical based.
Tapi ni real. Selagi kau tengok cermin kau rasa malu, selagi kau masuk gambar kau cover spare tyre kau, dan keinginan untuk filter gambar kau tu tinggi, yes you are insecure.
Tak siapa boleh hilang/kurangkan insecure tu melainkan korang sendiri. Nak harapkan lelaki pujuk tiap masa? Tak larat beb. Dah serabut sangat kang hilang jugak dia esok lusa.
Hence, make yourself feel beautiful. You’re powerful when you feel that way.
3. Winner of Our Secret Competition.
Yang ni tough truth.
Kami sentiasa bandingkan korang ya wahai perempuan.
Tak bermakna kami menduakan. No, we love you. But we… secretly compare you.
Compare dengan kawan-kawan perempuan kitorang, compare dengan staf baru perempuan kat ofis, compare dengan crush kitorang, our fans, even strangers.
Mesti ada masanya yang kami akan jumpa perempuan jauh lebih ideal dari korang. Maybe kat tempat kerja. Maybe girl next door. Or maybe our secret crush on instagram.
Tiap kali jumpa yg lebih ideal, kami akan compare. What is it that they have but you dont have? And what’s otherwise?
Sini lah main peranan who’s the winner.
Kebiasaan, lelaki cenderung memilih woman who make us feel better, and at ease.
You compete with the other girl on these points:
1. Kau buat kitorang happy atau tertekan
2. Banyak mana moral support kau bagi
3. Kau mengongkong atau memahami
4. Kau lagi cantik atau sebaliknya (subjektif)
Nombor 4 tu kau takyah fikir. Sebab kau takleh control benda tu. Lumrah dunia, sentiasa ada manusia lagi rupawan baik lelaki atau perempuan.
Instead, reflect point 1-3 iaitu benda yang kau boleh control. Maybe yes, orang yang kami compare dengan korang jauh lebih menepati citarasa dari segi rupa.
Tapi, point 1 sampai 3 teramat kuat efeknya untuk kami decide sama ada stay atau beralih arah.
Ha, masih fikir lagi point nombor 4?
Orait tips:
You cant control how you look, but you can control your appearance.
Rupa gak bisa diubah ya kak.
Tapi penampilan bisa aja.
Kalau rasa tudung tu pin asyik nak tercabut masa jumpa pakwe, ubah la style lagi mudah dan kemas pakai.
Kalau rasa badan berbau, pahal tak pakai deodoran?
Perkemaskan penampilan. Selebihnya tawakkal lah. Haha.
Jangan emo, sabar.
Selagi takde ikatan sah, selagi tu kami searching for the best. Itu memang lumrah kami. Cumanya kami tak cakap terang je.
To rest all your worry, jadi lah seorang yang lelaki compare dengan mana2 perempuan pun kau tetap menang. Be that woman!
4. Yang berusaha
Orait ni main point yang terakhir.
Again, tough truth. Tak semua lelaki yang pilih seseorang untuk dijadikan isteri tu sebab dia cinta.
Some men – sebab dah sampai usia.
Some men – sebab takde perempuan lain yg available.
Some men – mak yang jodohkan.
And all the reasons, that is not because of love.
So, it’s important to get the heart of your man.
Percaya atau tak, perkahwinan aku sendiri bukan berdasarkan cinta. Perkahwinan aku atas faktor usia. Dapat kerja stabil masa umur dah 33, dan aku terlalu lewat to catch the boat.
Tempoh pertunangan kami, aku berminat nak berkenalan dgn bini sebab dia je pilihan yang aku ada. She has all the qualities. Baik, bekerjaya, layan orang tua high class. Everything.
But love wasn’t there.
She may have feelings for me but I don’t.
Then, kami kahwin. Aku layan dia hanya sebab dia bini aku, dan dia halal untuk aku.
Tapi dia tak pernah paksa.
Dia buat macam kawan-kawan. Bergurau, share cerita dia dulu-dulu masa kecik. Tanya pasal koleksi sneakers aku. (Kah! Aku sneakerhead).
Aku selesa dengan cara tu. Tak forced, boleh berbual macam bual dengan kawan.
Tapi dalam masa yang sama, dia belajar dari mak aku makanan yang aku suka. Tolong sekali menukang rumah, dan tiap-tiap hari masakkan bekal untuk aku walaupun dia bekerjaya.
Perbuatan dia seolah menyampaikan sayang yang dia rasa. Aku dapat rasa sayang tu.
Insiden paling aku tak boleh lupa, masa birthday aku tiba di tahun pertama perkahwinan.
Hujan lebat waktu lunch hour, dan aku kat ofis.
Dia call minta aku turun lobi. Aku dah pelik, eh, ada pulak bini aku ni?
Sampai je lobi aku nampak dia kebasahan peluk plastik hadiah berwarna ungu.
Terharu teruk aku masa tu.
Sepanjang kahwin aku tak pernah peluk dia. Just salam, cium dahi. Tu kali pertama aku peluk dia. Rapat dan hangat.
Air mata aku menitik. Tu jugak kali pertama aku ungkapkan ‘abang sayang nora.’
Malam tu aku tenung dia tidur. Sesekali aku cium pipi dia dengan perasaan penuh kasih, penuh rasa bertuah sebab aku dapat seorang bidadari. I was really in love with her. Still am now.
Ambik masa lama jugak kan? Kahwin bulan 2, birthday bulan 11. Hampir setahun bini aku bertungkus lumus dapatkan cinta aku. Tanpa paksa, tanpa mendesak.
Indeed, she got what she deserve. Love. And I’ll give her every piece of my heart if she thinks it’s not enough.
Maka perempuan, percayalah. Hard work paid off. If he doesnt love you but you’re married or engaged to him, it’s not a sin for you to get his heart.
Be his friend.
Be his partner.
While slowly giving your love through your actions.
Dan selebihnya, serahkan semua pada Dia untuk Dia lindung dan pelihara. Insyaa Allah, if it’s meant for you. It will be.
Dah jangan sesedih.
Positive vibe, tenang, jangan fikir bukan-bukan and do your best to save your relationship from all those petty damages.
You can do it.
Semoga bermanfaat,
– Bro Ris
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit