Pasangan Sempurna

Salam semua. Aku menulis hanya kerana nak mengekpress diri, tiada tempat lain dah nak diluahkan, alhamdulillah tikar sejadah dah basah dek air mata sendiri.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki. Perwatakannya agak menarik sebab emosi lelaki ini agak porak peranda.

Ada matang, budiman, ke anak-anakkan, menjengkelkan, pemarah, kurang ajar, bijak, professional. Tapi tidak lah biadap.

Berkenalan hanya disatu aplikasi dan tidak mahu terlalu rapat. Tetapi setelah setengah tahun sesi berkenalan. Baru tahu rupanya dah berkahwin.

Satu satu laman sosial dia aku teliti. Keluarganya sempurna. Perkahwinannya masih dalam tempoh muda. Tapi kenapa dia mencari teman diluar? Kenapa bukan isterinya.

Si isteri pula menganggap pasangannya adalah pasangan terbaik dan baik dan pendorong.

Masing2 dalam bidang professional yang terhormat. Berpendidikan. Berpelajaran. Agamawan. Patuh syariah.

Pelikkan? Sehingga saat ini. Diri ini masih tertanya2.. ada apa dengan kecurangan.

Sebagai wanita, benda yang aku sedar dan cuba nak faham adalah, andai kata pasangan kita tak pernah mengasari, seorang yang baik, tak perlu amik tahu perkara yang dia buat belakang tabir.

Jiwa dia banyak ruang kosong yang nak di isi?

– Insan tersakiti disakiti dan adakala menyakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Minta maaf, jawatan atau pekerjaan ataupun ‘fizikal’ seseorang itu yg jd ukuran kebahagiaan atau perangai nya scara individu.. sya pon ada kenalan yg tidak kurang pendidikan agama atau pengaruh dlm komuniti setempat.. tpi dia masih juga bertindak mengadakan hubungan yg akhirnya berpoligami.. secara logik, macam x wajar dia bertindak begitu, sbb x nmpak apa yg x kena, spt kluarga bhagia yg lain juga.. seperkara lg, mngkin ada juga jenis lelaki yg spt ingin ‘mencuba nasib’ di laman2 yg mencari pasangan.., slalunya pihak wanita mmg ‘serius’ utk berkawan (atau ke level yg lbh intim), tp pihak llaki pula yg spt mempermainkan perasaan wanita, klau dah berkahwin, tp masih mngaku bujang.. inilah dunia akhir zaman, org yg ikhlas ditipu hidup2, kmdn pasangan bertukar ganti sehingga ramai yg dikecewakan.. mngkin mrk fikir, suatu hari nt mrk akan ‘stop’ dan bertaubat, atau bla dah tua nt, pergi haji dan bertaubat.. tp hukum alam mngkin tidak semestinya mengikut apa yg kita rancang.., bgmna klaw Allah takdirkan dia mninggal sbelom sempat bertaubat or pergi haji, hukuman tetap menantinya du Akhirat kelak.. atau pon ‘kifarah’ dpt di dunia lg.. klaw bkn dia yg dibalas, mngkin anak2 nya akan diperlakukan demikian suatu hari nt.., sedikit sbnyak dia akn teringat tindakan nya menganiaya org lain suatu masa dlu.. macamana pon, ingatlah yg Allah maha adil terhadap hamba2-Nya.. kpd yg pernah ‘teraniaya’, sabar adalah kunci utama, w/pon mmg sukar utk dibuat.., mngkin Allah nk uji kmu, atau nk beri yg lbh baik selepas ini semua.. berdoa yg baik2, insha Allah akn dikurniakan yg baik2 juga nt.. wasalam

  2. Aku dah bosan dengan lelaki sekarang alim atau x alim sama je…serik aku x heran ramai isteri minta cerai bukan masalah nafkah tapi gatal miang si insan bernama lelaki …suka cari pasal spt bertiktok cari peminat ..tengok perempuan seksi di HP .padahal segala sembhyg dia buat yg wajib yg sunat…malah ada yg gi haji pun ..
    Iman mereka nipis habis semenjak era digital yg canggih ni ..aku x tahulah calon neraka suami macam ni kot ..tak tahu jaga akhlak mereka …ingatlah Kalau isteri x nampak anda Allah Maha melihat …jawablah di akhirat kelak…ya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *