Pasangan Toksik Yang Memakan Diri

Dua tahun lepas aku dijangkiti Covid-19 stage 4 dan ditidurkan selama 12 hari. Tidur bangun atau tidur selamanya?

Suami aku biarkan je aku sakit, tanya khabar pun tidak. Suami salahkan aku sebab bawa penyakit kata dia, dan sebab dia juga lah aku lambat mendapatkan rawatan.

Bila aku minta hantar ke klinik, aku dimarahnya. Penyakit yang datang bukan pilihan, tapi ianya antara hidup dan mati. Benda simple pun dia tak faham.

Aku mula demam, batuk berpanjangan, badan menggigil pun dia suruh buat kerja rumah. Kata aku demam biasa dan mengada-mengada. Tak faham.

Bila aku buat swab test di klinik dan keputusan positif mengamuk dia macam aku ni buat salah besar. Aku drive sendiri ke klinik masa tu. Ikutkan tak larat pun. Dengan sakit kepala.

Entahlah… Sedih dalam hati tu tak tau macam mana aku nak gambarkan. Allah uji aku untuk muhasabah diri aku sendiri dan dari ujian yang Allah beri aku sedar sesuatu.

Dan yang sebenarnya bermula detik itulah aku dapat kesan kecurangan suami di belakang aku.

Pertamanya bukan aku yang bawa penyakit tu; finding setelah aku sihat, conversation melalui whatsapp web yang dia sendiri lupa nak logout.

Yang bawa penyakit tu kekasih gelap dia kat ofis yang positif dulu, laki aku pun positif tapi dia takde simptom.

Dengan yang haram setiap hari bertanya khabar sayang, sayang.. I love you. Dengan isteri sendiri haram nak tanya khabar.

Perempuan tak tahu malu tu pun bukannya single tapi dah berkahwin anak 3. Masih bersuami.

Aku dan suami dah berkahwin hampir 5 tahun namun belum dikurniakan rezeki anak. Biarlah, sakit hati tu memang sakit. Sebab aku ada berkorban juga demi suami.

Perkahwinan kami atas dasar suka sama suka, tapi entah di mana silapnya cinta dia beralih arah.

Dulu dia pernah minta aku berhenti kerja tolong jaga mak dia sakit sebab ayah dah takde. Nasib aku bijak, aku mohon cuti tak bergaji.

Itu pun aku tak cakap pun dekat suami aku yang aku cuti tak bergaji. Dia ingat aku dah berhenti kerja. Aku tak sebodoh itu. Itu atas dasar ihsan aku, sebab aku cakap juga adik-beradik yang lain takkan lepas tangan?

Tapi benda dah lepas, biarlah. Cuma pengorbanan aku, orang tak hargai. Rezeki aku dapat berbakti jaga mak mentua sehingga akhir hayat.

Alhamdulillah. Semoga Allah balas dengan rahmatNya buat aku.

So bila suami curang, aku confront dia jawab atas alasan aku tak layan dia, tak beri perhatian semua tu. Hanyalah alasan.

Kalau kau sayang aku, tak tergamak ko berkasih-kasihan dengan isteri orang. Tak akan!!!! Dan aku bersyukur aku ambil keputusan untuk tak berhenti kerja. Manusia layan aku seperti kain buruk bila aku tiada apa-apa.

Kejadiannya selepas aku recover daripada C19. Aku ubah diri aku, sebab aku tahu suami takkan ubah sikap dia terhadap aku. Salah sendiri tak mengaku tapi macam biasa play victim. Aku mula bekerja macam biasa.

Aku failkan tuntutan fasakh walaupun suami tak nak beri kerjasama alhamdulillah urusan penceraian aku dipermudahkan Allah.

Aku mula fokus dengan kehidupan aku sendiri. Rumah yang kami beli atas dua nama, aku jual.

Dan bahagi sama rata untuk settlekan hutang bank. Aku beli rumah baru. Aku bekerja, ada pendapatan apa nak susah?

Motor yang selalu dia bawa pergi ride bawa perempuan, aku jual sebab aku yang beli. Sama juga dengan basikal. Settle.

Barang-barang rumah aku lelong, pakaian dia aku sedekah. Kalau boleh aku tak nak tengok benda-benda yang buat aku terkenangkan dia.

Aku nak move on. Pergilah dia kepada kekasih hatinya.

Sekarang ni dia yang sibuk stalk aku, tanya dekat kawan-kawan. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Tak terfikir nak berjodoh dengan sesiapa lagi buat masa ni.

Sekian.

– LYNN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *