Pasangan Yang Berjuang & Memegang Janji

Carilah pasangan yang berpegang pada janji.

Assalamualaikum semua. Cerita ini agak panjang. Aku seorang perempuan, berusia awal 30-an. Juga seorang isteri dan seorang ibu pada anak bawah 3 tahun.

Aku nak luahkan perkara yang dah lama terpendam, yang aku tak tau nak kongsikan pada siapa. Lama aku berfikir untuk menulis. Aib pada pendapat aku.

Sedaya upaya aku sorok, supaya tersimpan rahsia ni dari pandangan keluarga dan keluarga mertua. Alhamdulillah aku dikurniakan keluarga mertua yang baik dan tak mencampuri urusan rumahtangga setakat ini.

Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tapi lebih kepada nak melepaskan beban emosi aku, juga soft reminder atas perkara yang aku ragu-ragu, “adakah aku tersalah percaturan?”

Usia perkahwinan aku belum pun cecah 5 tahun. Tapi aku mula rasa tak seronok dengan perkahwinan ni. Bukan sebab orang ketiga, tapi sebab suami yang selalu menganggur dan tak kuat mental nak menghadap ragam alam pekerjaan.

Aku letih, sesungguhnya sangat letih. Letih mental. Letih ulang cycle yang sama. Letih jadi backup. “Backup” tu pun bukan perkataan yang tepat, tapi sewajarnya aku cakap aku letih jadi ketua keluarga.

Aku terasa hidup aku di drag down oleh suami. Terasa berat, dan susah nak maju ke depan macam orang lain.

Kawan-kawan pejabat, sepupu sebaya, kebanyakannya dah mula membayar installment rumah, aku masih lagi tanpa rumah, masih menyewa, masih tiada simpanan, masih tiada achievement.

Bukan aku sengaja compare, tapi pada aku itu sesuatu yang perlu dilakukan dan fasa memiliki rumah sendiri adalah fasa yang normal di usia aku sekarang. Tambahan aku telah berkeluarga.

Sepanjang usia perkahwinan ni, suami tak pernah membayar sewa rumah, kalau pernah pun mungkin cuma sekali dikala aku tak mampu, walaupun perbincangan dah dilakukan.

Kereta untuk transport hanya kereta aku. Setiap bulan aku akan keluarkan sewa yang amountnya sikit lagi nak sampai 1k, dan installment kereta hampir 3/4k.

Tak termasuk loan2 kecil yang lain. Loan majlis perkahwinan, minyak kereta, pampers dan susu anak, semua di beli dari hasil titik peluh aku.

(Aku somehow blame parents aku sebab aku nak majlis kecilan tanpa perlu aku buat loan, tapi mereka nak besaran, tanpa mereka tahu majority spending duit dari aku, bukan bakal suami).

Masa tu suami baru mula kerja selepas menganggur dan tak layak untuk apply loan. Initial agreement, bayar 50%-50% (kononnya) sebab untuk majlis kahwin kan. Masa tu, aku kira dia baru habis grad, so normal la fresh graduate menunggu panggilan kerja. Fikir aku masa tu.

Mulanya aku redha, atas nama membantu suami sebab gaji aku lebih tinggi dari dia, tapi lama kelamaan aku terasa seperti diperguna.

Baju anak, seingat aku sepanjang dia lahir sampai sekarang, sehelai je dia pernah spend, tu pun baju raya. Even perkakasan bersalin menyambut baby pertama, semua aku beli sendiri dan hadiah dari keluarga.

Takde yang dia belikan. Baju jalan, baju tidur, mainan, cuti-cuti malaysia semua hasil gaji bulanan aku. Kelengkapan rumah, pun aku sediakan, ada yang keluarga bagi mana yang mereka taknak pakai.

Nafkah apatah lagi, aku tak rasa nafkah aku tu priority pada dia. Sebab selalu sangat missed.

Dulu aku hormati suami aku, aku pandang dengan cinta. Masa tu semua nampak handsome. Dia anak yang hormat ibubapa. Susah nak tinggi suara.

Takde sampai tahap naik kaki tangan. Sekarang, susahnya aku nak rasa hormat. Sebab hati memberontak. Rasa nak marah, macam time bomb. Sebab dia tak tepati janji menjaga aku selepas kahwin.

Aku rasa macam terbalik. Macam aku pulak yang jaga dia, sediakan tempat tinggal, sediakan bahan mentah bulanan, sediakan pengangkutan. Fikir benda-benda yang common sense ni.

Dia buat macam takde apa, macam tak payah commit apa-apa, sampai nak tak nak aku jugak yang kena sediakan. Kalau readers persoalkan kenapa tak berkeras je, ni aku kasi contoh. Anak asik jatuh terlentang kepala terhantuk lantai sebab tiles licin, kaki belum kuat.

Berapa kali kita ibu ni mampu nak tengok kepala anak terhantuk lantai setiap hari. Literally setiap hari. Sampai bila nak tunggu solusi.

Sampai ke hati, risau kepala anak kena trauma. Ibu-ibu memang selalu akan fikir the worst event kan. Nak tak nak kena la belikan karpet dari duit sendiri. Tu contoh.

Aku anak pertama, aku dah terbiasa tidak bergantung dengan orang dan lebih selesa guna barang sendiri, duit sendiri, apa-apa usaha sendiri kerana aku jenis tak suka meminta.

Dalam masa sama, normalnya aku tak lokek berkongsi, kebanyakan anak pertama akan macam tu. Tapi sejak terasa seperti di ambil kesempatan, aku mula terasa berkira semua benda.

Ye lah, nak makan yang sedap, tapi tak kan nak tinggal dia pulak. Nak jalan sana sini, tak kan nak tinggal dia. Jadi dalam takde duit tu, dia still dapat enjoy semua tu. Tak rasa effect takde duit tu. Cerita lanjut kat bawah ni.

Aku pernah kata pada dia sebelum kahwin, aku suka lelaki yang bersungguh. Tapi sekarang ni, jauh panggang dari api. Dalam masa 5 tahun belakangan ni, tak silap aku dah 2/3 kali dia menganggur.

Aku tak ingat. Sekali menganggur, berbulan2 lamanya. Nak menyampai ke tahun pun ada. Sampai aku menangis happy dia dapat kerja pun pernah. Bila dapat kerja, mesti tak lama.

Company tak appreciate staff la. Boss tak ngam la. Jauh nak travel la. Aku jadi stress, sebab tiap kali dia menganggur, aku yang kena spend, dari keperluan sampai la kehendak. Tanpa support/second income dari dia.

Yang terbaru, masa PKP ni. Orang ramai di buang kerja, lain pulak cerita dia. Dia sendiri hantar resignation letter. Alasan dia tak ngam dengan boss. Tanpa berbincang dengan aku.

Aku marah sebab kami ada anak, tapi cuba kekal positif sebab aku pernah berada di keadaan tu sebelum ni. Nasi dah jadi bubur pun, jadi aku suruh dia buat backup plan untuk secure income. Dia masa tu terlalu yakin dengan plan dia.

Bila aku tanya “Kalau tak jadi?”, “jangan fikir negatif” katanya. Kalau duit tak masuk, dia janji akan buat Grab / Lalamove asalkan ada duit masuk tiap hari. Tu janji dia, aku pegang.

By the way, sebelum aku dapat tau berita atas ni, kami ada discuss yang kami perlukan second income untuk menambah stability. Dia kata dia nak join satu business ni. Beria dia tekankan yang itu sebagai pendapatan kedua. Aku okay, proceed.

Rupanya ada rencana disebaliknya. Rupanya dia nak tinggalkan main income, tanpa ada stability pun dengan second income tu, buat dibelakang aku.

Aku geram sangat masa ni. Dia kata bagi dia peluang 3 bulan. Aku bagi. Bulan pertama, ada hasil. Rajin buat FB Ads. Alhamdulillah. Bulan kedua, hasilnya 20% je dari bulan pertama.

FB Ads dah mula slow. Takde lagi nampak dia didepan laptop. Masa ni, aku rasa dia seperti mendapat tamparan realiti tapi masih in denial mode. Cuba kira, kalau bulan pertama 1k, berapa income bulan kedua tu?

Sedih kan, banyak tu nak “jaga” kami. Bulan ketiga, income zero. Hutang mengejar sampai nak datang rumah tuntut. Bil yang sampai tunggak beratus. Aku dah di fasa lantak la apa nak jadi.

Letrik nak kena potong ke, nak sampai surat lawyer ke. Aku buat keras je, sebab ni jalan yang dia pilih tanpa bincang dengan aku sebelum buat, beserta janji-janji manis nak meyakinkan aku.

Masa aku dapat tahu, aku dah pesan awal-awal yang aku tak nak ada apa-apa perubahan dengan financial aku, tapi mana mungkin, sebanyak-sebanyak aku terjejas jugak. Hmm.

Bila aku tanya bisnes masih jalan tak, katanya duit takde nak bayar FB Ads. Takde orang cari dia. Dah tu, kata nak buat Grab/ LalaMove?

Jawab dia, Grab tak register habis sebab nak document macam-macam. LalaMove pulak 2 hari je buat. Hari pertama dapat RM30, hari kedua dapat RM10. Lepas tu terus tak buat.

Bila tanya, respond dia “Awak okay ke nak jaga baby?”. Means dia nak shift the blame to me indirectly lah atau jadikan reason kenapa dia tak ambil job hari tu. Padahal aku tak ada pun kata tak boleh dan dia tak ada pun tanya boleh atau tak kalau dia betul berniat nak ambil job.

Kalau tak boleh, aku akan cakap. Lagipun job tu flexible, pergi je lah bila-bila yang sesuai. Daripada asik online, main game, tak ada faedah.

Bila tanya lebih-lebih, dia jadi resah gelisah nak mengelak dan tukar topik. Aku tak kisah bisnes dia jalan ke tak, aku cuma nak duit masuk je sebab tu tanggungjawab dia, yang dia dah persetujui masa ambil aku sebagai isteri. Bukan semuanya letak kat bahu aku.

“Takpe, apa-apa Dian ada.” Itu ke yang tersorok dalam hatimu wahai suami. Aku penat. Aku rasa seperti dia tidak berjuang untuk aku, untuk kami. Rasa macam takde value untuk diperjuangkan.

Sejujurnya, aku tak tau kalau aku sebenarnya telah salah buat pilihan. Aku stress sehingga terlintas berkali-kali dalam fikiran untuk memohon fasakh.

Sejujurnya aku hanya menunggu masa jika ini berterusan menjadi kanser dalam hubungan kami, kerana sabar aku sudah senipis kulit bawang.

Dia bapa yang baik dan berkongsi tanggungjawab keibubapaan, tapi somehow bukan ini yang aku nak didik anak lelaki aku.

Rasa ingin memulangkan dia pada keluarga dia, kerana dia gagal menjalankan tanggungjawab utama yang dia terima semasa akad nikah. Pada usia ini, aku mahukan stabiliti.

Atau at least something yang tak drag down hidup aku. Sampai bila macam ni. Dengan sikap macam ni. Nanti anak dah mula faham, dia masih dirumah dengan sikap macam ni, itukah yang nak dipertonton pada anak?

Mewajarkan lelaki jadi suri rumah-bangun lambat (tanpa income) dan normalise kan isteri yang keluar bekerja? Dengan semua ni, aku jadi ragu-ragu untuk ada anak yang kedua.

Bukan aku isteri yang tak sanggup susah senang. Tapi kalau tuan badan tak nak mulakan langkah, macam mana. Bukan aku tak offer sejumlah duit untuk bukak gerai tepi jalan atau apa-apalah (yang tu yang cepat nak dapat untung), tapi banyak alasan.

Susah nak apply lesen lah, apa lah. Kalau aku tak sanggup bersusah, aku takkan tolerate selama ni. Tapi aku sayang diri aku lebih dari dia, aku sayang anak aku, dan aku tak nak hidup dengan kerapuhan dan ketidaktentuan yang macam ni.

Inilah realiti kehidupan aku. Luar nampak seperti tiada apa, tapi dalaman Allah je yang tau.

Pada yang akan berkahwin, carilah ketua keluarga yang berjanji dan berpegang pada janji. Memang takde orang yang sempurna, tapi carilah orang yang sanggup berjuang untuk kita. Kita akan rasa ada harga dan dihargai.

Maaf cerita tak berapa tersusun. Doakan aku kuat.

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *