Pascasiswazah Tak Patut Miskin

“Orang lapar takkan boleh befikir dengan betul. Desperate people will take desperate measure”-L

Aku student phd sekarang final year. Start master 4 tahun lepas. Banyak liku yang dilalui tapi yang paling nak tekankan ialah lapuknya system gaji/ elaun bagi graduate research assistant (GRA).

Aku cerita dari situasi dua member aku dan situasi aku sendiri.

Member pertama aku, si F. Lelaki, mula master 24 tahun. Yuran masuk RM2.5k, yuran setiap sem RM2k.

Elaun bulanan RM1.2k. Kalau tak bayar yuran apabila telah keluar slip pendaftaran akan ditolak separuh elaunnya untuk bayar yuran. Kalau gaji 1200, tolak separuh 600.

Kena tolak 4 kali sepanjang sem untuk bayar yuran dia sampai habis sem tu. So tiap-tiap bulan gaji masuk dia hanya RM600 melainkan hujung2 sem.

Nak makan apa kalau RM600 tiap-tiap bulan. Sewa asrama dah RM7.50 satu hari, sebulan jadi RM225, belum masuk bil telco RM60. Tak masuk duit minyak kereta/ motor.

Makan satu hari secara sederhana RM15 untuk dua kali makan. Sebulan dah RM450. Memang deficit laa hari-hari makan dia.

Dan berbalik kepada quote kat atas tu, “Orang lapar takkan boleh berfikir dengan betul”.

Tambahan kepada situasi yang memiskinkan hidup dia, dia juga perlu buat lab di USM dan di FRIM, yang kedua-dua tempat tersebut merupakan bandar.

Kos hidup lagi tinggi siap dengan sewa rumah mahal, makan mahal. Akhirnya member aku tu habiskan 3 tahun untuk master dia. Terpaksa meminta support ibu bapa untuk kos sara hidup sepanjang master.

Member kedua, si M. perempuan, mula master umur 23 tahun. Elaun master RM1000 sebulan. Situasi sama macam F, kalau tak bayar yuran akan potong elaun separuh.

Master dia kena ada projek di lapangan selama 2 bulan. Jika di lapangan, penggunaan duit sukar dikawal akibat situasi yang tidak menentu.

Mujur parents dia banyak taja dia sebab anak bongsu. Tamat master selama 2 tahun.

Aku kira bertuah waktu master, situasi macam si M, elaun RM1000 sebulan. Tambahan aku dapat pinjaman YBR, RM6k satu sem.

Boleh beli moto untuk ke lapangan dan bayar yuran di samping sedia duit untuk penerbitan jurnal, konferens dan peralatan sendiri untuk research.

Tapi mula nampak mengarut bila dah mula phd bila geran FRGS ada klausa pelajar yang ada biasiswa tak dibenarkan dilantik sebagai GRA.

Untuk Phd aku dapat biasiswa JPA, dibayarkan yuran dan dapat elaun RM4.5k satu sem. Kalau dibahagikan kira-kira RM 700/ sebulan.

Dah laa inflasi naikkan harga makanan, dengan keperluan phd yang tiba-tiba diluar jangkauan kosnya. Dengan PKP takleh proceed makmal dan perolehan sample. Pastu sara hidup kekal RM700/ bulan. Gaji zaman bila sebulan RM700.

Bila pelajar tu cari kerja part time lain, ia mengganggu kerja makmal dan prestasi dalam pascasiswazah. Bila tak perform atau extend, biasiswa ditamatkan.

Kalau nak jadi GRA kena align dengan tajuk projek, tukar objektif lagi, tambah masa lagi. Kitaran ini akan merugikan pelajar, penaja, KPT dan university.

Pelajar tak cukup duit >> pelajar kerja part time >> kacau lab dan penulisan >> tak capai KPI >> supervisor kena jawab dengan pendana/KPT >> Geran ditamatkan >> pelajar tak grad.

Jadi apa solusi yang patut ada?

1. Untuk jangka pendek. Boikot pasca siswazah. Boikot dalam erti kata jika skim elaun pelajar kurang dari RM 2k sebulan tak payah terima. Baik pergi kerja.

Kita ada degree kot. Kalau kerja gomen pun starting RM 2k, ini university yang memang badan berkanun kerajaan.

2. Solusi untuk pihak kerajaan (KPT) adalah wujudkan semula MyBrain dengan elaun bulanan RM2500.

Kalau 10 tahun dulu pun MyBrain dapat RM2k sebulan, takkan sekarang masih RM2k. Tak tengok inflasi ke.

3. Jika ada FRGS contohnya, bayarkan sekali yuran pelajar tu dan asingkan terus dengan elaun sara hidup.

Yang aku ceritakan kat atas tu pengalaman dalam university aku je, mungkin lain university lain system RMC diaorang. Pastikan juga elaun sara hidup sekurang-kurangnya RM2k sebulan.

Kesimpulannya, aku tulis nak lepas geram je dan nak jadikan amaran untuk adik-adik yang final year berhenti dan berfikir dulu sebelum sambung belajar.

Walaupun semangat berkobar-kobar, jangan ambil sesuatu yang akan merisikokan 2-3 tahun akan datang.

Sedangkan 2-3 tahun tu dah boleh capai pengalaman berharga dalam industry atau bisnes sendiri. Dan, kepada yang akan tulis komen:

“yang kau beria sambung belajar kenapa? Takde siapa suruh kan?”.

Nanti kau juga mengomel mana research bagus-bagus kat Malaysia? Dah takde cerdik pandai ke? Inilah yang kitaorang buat, NAK JADI CERDIK PANDAI.

Malah, kitorang pun manusia juga, nak beli kereta juga, ada saving juga, nak tolong mak bapak juga, nak kahwin juga.

Apa ingat semua pascasiswazah kena puasa dari semua benda tu? Kitaorang kena jadi robot sahaja ke.

Sebab tu juga banyak di kalangan mereka ni kena penyakit mental, kerana sisi manusiawi mereka ditindas lama. Jadi, itu je aku nak luahkan, terima kasih kerana membaca.

P/s: aku terbuka untuk komen membina dari padangan yang lebih pakar terutama dari pihak kementerian dan para pensyarah.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *