Pertama kali terima kasih sekiranya admin approve cerita ni. Maaf sebelumnya kpd pembaca mohonkan baca confessionku ni sampai habis ye. Cerita ni sangat panjang karna dah accumulate of many years (even ada yang tak aku include kan). Dan maaf sekiranya bahasa tak begitu proper. Time aku type confession ni, aku dah rasa stress sangat hingga kadang nak muntah (sometime memang betul-betul muntah) dengan keadaanku ni.
Aku perempuan dah 30 tahun. Sepatutnya dan sangat berusaha untuk selalu bersyukur kerna Allah bagi aku karunia yang berlebih-lebih. Aku study science yang aku suka (setidaknya dulu itulah yang aku rasa) yang boleh buat aku bertekad hingga dapatkan scholarship study for master. Tak semua orang dapat opportunity macam ni kan. Orang lain susah nak study kerna takde duit nak sambung belajar but aku boleh buat tanpa perlu pikir pasal duit. Alhamdulillah. Nikmat Allah mana lagi yang nak engkau dustakan.
So, aku pilihlah bidang yang aku sukakan, biotek awalnye for degree dan aku buat focus kat biomedical for master (eh…macam agak pelik kan…aku pun kadang rasa macam tu). Singkat cerite, aku berjaya tamatkan degree aku dengan cemerlang dan sambung master kat Jepun untuk focus concentration pada bidang yang aku maukan. It is all because of my passion. Pasal passion ni, aku tersadarlah kat apa yang Menteri Pendidikan baru kita cakap. Betullah kena ada KEBAHAGIAAN dalam proses belajar tu kan. Itulah yang buat aku boleh buat degree dengan cemerlang walaupun final year project aku tu macam pelik dan lebih berbeza dari kawan-kawan lain. Aku sanggup buat macam tu despite stress jugalah timetu kena hadapi masalah-masalah teknikal yang sepatutnya takdelah but mgkn memang nature fyp and sciencetu memang macamtulah kan. Betullah Allah permudahkan and also because of that joy kot or some people call it as PASSION.
Masalah bermula ketika aku sambung belajar kat Jepun. Pada awalnya, supervisor (disana panggil sensei) bagi perhatian dan macam overexpectation dengan kejeku dikarenakan fypku macam mencerminkan pola pikir scientisttu. Itu pulalah yang sebenarnya menjadikan supervisor masa fyp recommend aku untuk sambung study kat Jepun. Namun singkat kate, lambat laun aku tak boleh kejar as good as kawan-kawan orang jepun. I realize ada yang kurang dari aku, ye,, basic study aku baik teoritikal dan macam experimental/praktikal langsung tak begitu bagus. But, aku rasa ada hal lain yang buat aku buat macam ni selain basic yang tak kuat tu. ENVIRONMENT,,, inilah punca stress aku, probably.
Waktu buat fyp kat degree aku ada kawan dan senior yang sangat baik sehingga aku tak rasa lonely sangat. Hal yang sangat berbezalah dengan time master ni. Aku tak nak salahkan budaya sana, karna aku rasa aku yang tak kuat. Kat sane aku belong to one lab yang takde foreigner sama sekali. Aku tak fasih cakap Jepun, tapi senseiku tak permasalahkan kerna my program in English dan dia janji akan bantu. Namun tiap kali aku ada problem, aku kena refer kat senior (kat sana panggil senpai). Nah, kat sinilah mula problem, misunderstanding dan not good communication sampai mereka macam agak condemn aku ni tak bagus buat kerja. Hingga suatu ketika sensei aku ni give up dan minta aku tukar topik kerna kalaulah aku force, tak habis dalam masa available untuk master (dah habis 9 months dari 24 months available untuk habiskan, dan aku tak boleh extend karena scholarship just for two years lah). Aku ikut jelah apa kata senseiku ini karna akupun dah macam exhausted physically and especially mentally.
Masa master ni aku selalu communicatelah dengan family. And according to my mom, ada satu hal yang buat aku macam personality berubah 180 degree. Apa tu? Itulah tadi Environment. Jadi dalam lab where I was belong tu adalah satu student yang favorit sensei lagi dari masa dia buat degree (waktu aku study master, dia tengah buat PhD). Japanese lah dia ni. Dia ni awalnya oke je dengan aku tapi lama-lama tak suka karena aku buat kerja tak bagus dan tak kemas untuk standard lab senseiku ni. Tapi kalau boleh nak defend, aku ni orang sangatlah kemas hingga roommate mase study dulu sampai cakap, tak bolehke kau tak kemas bilik tu dalam sehari je… aku jenis tak boleh buat keje kalau tak kemas. Kalau nak study, desk kat aku study to kena kemas and nice, bilik tu juga.
Tak payah mahal and lux, sederhana simple aku lebih suka asalkan kemas. But, probably pasal miscommunication itulah yang buat aku tak kemas di pandangan mereka, but not the language erna student yang ni sangat fluent in English. Kalau aku lihat pula lab sensei yang lain, lagilah lebih sepah. From kawan senegara yang study kat lab laintu aku dapat taulah, lab tempat aku study ni memang terkenallah super kemas. Kalau kau salah-salah sikit je, akan buat orang lain annoyed and kita taulah lah budaya Jepun ni sangat particular pasal ni and itu aku sangat sukakan dari budaya negara ni dan aku oke je. Plus, student yang lain memang agak jaga jarak dan sangat hati-hati juga dengan student yang satu ni. Sebab dia sangat dekat dengan sensei. Kalau dia akan pakai equipment untk experiment, student yang sebelumnya pakai akan extra clean and tidykan and pay more attention to condition of equipmenttu before dia pakai.
Lama-lama aku macam stresslah nak hadapi student ni, karna dia ni selalu ceritalah kat sensei aku ni tak bagus buat keje. Short story, I feel so stress and probably dah depress hinggakan aku menggigil tengah buat keje kalau ada studenttu dekat aku walau dia tak observe aku sangat timetu. Hinggakan yang paling teruk, aku tak boleh dengar kawan-kawan Japanese yang one lab kat aku tu converse biaseje in Japanese (aku kena pasang music all the time with headset) karne rase mereka ni cerita pasal aku je walau tak jugalah mungkin selalu mereka cakap pasal aku kan. For my Japanese, walau aku tak boleh cakap Japanese tapi somehow aku boleh paham sikit-sikit at least the main points apa orang cakap dalam meeting bersama satu lab. Pasal ni sensei dan kawan-kawan labtu macam amaze jugalah aku boleh paham walau aku paham Japanese basic je.
Peliknya, senseiku ni macam termakan hasutan student taditu. Hingga one time dia cakap aku tak layak untuk jadi scientist. Timetu aku dah overstress hingga apa sensei cakap tu macam betullah aku rase. Tapi lebih pelik, time studenttu not around the lab (dia pegi conference ke atau tmpt lainlah), senseiku ni lebih relax cakap kat aku, bagi aku semangat untuk tamatkan pengkajian dengan baik. So, apa my mom cakap macam ada betul jugalah kan, apalagi my mom just taulah time akhir-akhir aku habiskan studuy kat sane ,student ni perempuan.
One other thing yang buat aku stress mgkn, aku tak sadar aku overwork myself during master ni. Hari-hari buat keje overtime sampai malam (kat sane hal ini tak “unsual” as mostly my Japanese lab mate memang buat overtime, macam dah culture mereka pula) hingga ada satu masa dalam sebulan aku masuk lab tiap hari (kat sane memanglah buat keje experiment tiap hari isnin hingga jumat, because my study master by research) hingga weekendpun masuk. After three months, aku macam rase jenuhlah buat keje style macam ni. Kalau refer to style study or teaching in Finland, aku ni takde “pulsing” atau rehat in between, and aku baru aware pasal ni after my friend yang buat Phd kat Europe cakap di tempat dia study harus ada rehat after every season and tak digalakkan untuk overtime. Hmmm.
At last, aku boleh tamatkan pengkajianku dengan baik kat sane. Examinerku termasuk yang cukup strictlah, tapi dia cakap you have done well to me. And last kali, before aku balik, senseiku cakaplah, you boleh buat kalau nak sambung PhD ni and better for you kalau dah PhD nanti boleh dapat kerja lebih bagus lagi, but not in my lab karena your way of doing work tak suitable dengan lab dia. And me??? At that time aku just nak pulang ke rumah je. Dah tak nak keje dalam science ni lagi, dah give up macam nak muntah. So start lah cari keje more to the business side (macam jadi application specialistlah) kat dalam negara. Aku tamatkan pengkajian dengan cukup berjaya (or probably dah berjaya lah tapi aku yang tak puas hati kot). Again aku nak emphasize, aku tak nak salahkan culture tmpt aku belajar. Aku sadar aku yang tak kuat mentally, despite all situation. And probably aku terlalui perfectionist.
Panjang cerita aku ye,,, maaf ye,,, dan mohon sabarlah pada para pembaca. Aku bagi detail so boleh berimbang dan tak bias.
Setelah almost 2 bulan apply keje, aku dapatlah keje yang macam aku boleh buat yang tak de research sangat. At last satu bulan je aku tahan kat situ sebab aku tak tahan dengan dia punya business argument yang tak boleh terima. Misalkan, aku harus buat experiment dengan available cost yang rasenye obviously tak boleh cover untuk level experiment yang dia nak.
At last, aku macam balik lagi ke Science yang aku dulu passion kat degree. Aku dapat keje at better place which is again laboratory. The first year was very excited. My boss puaslah dengan keje ku. Second year masih boleh tahan walau keje dah macam start overload dan lab tempat aku keje dah macam short of staff. Third year aku dah stress macam study master hingga almost depress. Time ni aku dah kawin dan tengah pregnant. Dikarenakan pregnant dan keje overload, aku talk to my boss kalaulah aku boleh dibagikan keje yang tak physically too heavy yang lebih safe untuk my pregnancy. Tapi respond dia sungguh menyayat hati. Probably part is my fault juga agak emosional. But dia macam tak nak admit, atau kalaupun admit dia tak nak tambah staff karna unavoidable circumstance yang aku paham jugalah. Dia cakap jugalah bagi aku keringanan sebab aku pregnant tapi dengan cara yang kasarlah rasanye, hingga aku geram sangat (tak pernah aku geram macamtu seumur hidup). Aku rasa dichallenge pula. Aku cakap kat baby aku untuk kuat buat keje lets prove my boss was wrong. At last aku miscarriage. Dokter tak paham kenapa aku boleh miscarriage, tapi probably just tak rezeki kot and dokter cakap bukan kerna fatigue. Aku berusaha terima dan janji kalau pregnant tak buat macam ni lagi paksakan fisik dan mental buat keje dengan niat nak perform.
Semenjak time tu aku rasa tak puas hatilah kerja ni. Dikarenakan overwhelmed dengan load work yang sudah sangat-sangat overload and stress. And tak hanya aku saje yang realize ni, dah lama staff lain pun complain tapi mereka tak boleh buat ape dan kita terima je keje yang ditambahkan terus. Tak boleh say no sebab kalau dah say no, boss ni macam tak senang hati. He push us to our limit, tapi kita pakse jugalah keje. From outsider macam amaze sangat kat kami ni sebab staff sikit je, boleh buat keje yang resultnya berlebih-lebih. Tapi yang tau pedihnya keje dalam ni just insider je lah kan. Timeni aku tahan lagi karna PASSION itu tadi, macam tak nak cari tempat lain sebab tempat ni facility oke sangat and team mates sangat sangat pahamkan kondisi aku. Teamwork spirit between staff sangat bagus. Kalau aku pindah tempat lain, belum tentu aku akan dapatkan team mates yang incredibly kind and understanding macam mereka.
Selain stress at work, aku ada stress pasal kat rumah. Pasal untuk dapatkan anak
and health problem yang sangat pelik (aku tak buat detail sebab panjang sangat nanti) yang obgyn pun tak tau sangat nak buat ape, but Alhamdulillah getting better to recover. So, my stress accumululate lah. Time ni aku dah macam depress, dah ada suicide thought dan pernah beberapa kali nak buat. Beruntung sangat my husband sabar dan prevent aku buat tu. Tapi aku takut pula lama-lama husband aku penat dengan istri macem nii. So aku try to limit berbagi cerita kat suami aku.
The peak is a few months ago, aku dah rasa betul-betul hilang the joy of working, dan macam dah hilang Passion tu. To the worst dah effect kat my performance. Aku dah nak resign, but,,, aku tahan sampai dapat keje lain dululah. And suddenly aku pregnant lagi. Macam dah very good time and reasonlah kan untuk resign, but aku masih boleh buat. Why??? PASSION? Entahlah…
And good time my obgyn told me untuk cuti tak keje sampai kandungan kuat bulan. Timeni, aku dahulukan lah anak aku. Aku apply cuti dan dah siap sedia sekiranya my boss tak bagi. Kalau dia tak bagi, aku rase itulah yang Allah nak untuk aku dan itulah yang terbaik. Eh, aku lupa cakap, aku selalu berdoa untuk kelancaran kejeku dari dahulu, but maybe the last few years aku macam dah agak kurang connected to Allah aku rase. Aku boleh tamatkan study karna masih ingat Allah dan tak lupa untuk berharap dan berdoa.
Amazingly, my boss bagi cuti tu while project banyak sangat dan staff berkurang. So, aku cutilah, tapi Allah nak uji aku. Aku miscarriage lagi. Sedih sangaaaaat,,,beruntunglah time cuti, kalau tak, aku tak tau apa jadi kat diri aku sekarang ni.
At last aku pegi consult kat psychologist. Result?? Hmm..
Aku mohonkan saran dari pembaca, terutama kan yang buat research in science. Apa yang salah kat aku ni? Am I too selfish in the name of PASSION? Or, is it other problem? But even if it is the environment, kalau aku resign tempat keje aku ni, aku pula rasa macam end of my career. Honestly aku teringin nak sambung PhD. Tapi pengalaman study kat Jepun tu membuatkan aku ragu,, kuatkah aku untuk buat PhD ni mentally? Mohon jangan bagi comment membawang sebab aku tengah berpantang,,, and please doa dari pembaca agar Allah bagi aku ketenangan. Mohon maaf kalau ada silap kate…
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit