Passive or Proactive

Assalamualaikum semua, aku seorang perempuan umur 28 tahun, dan kali ni aku nak minta pendapat semua berkenaan sikap boss aku yang toxic and gatal nak mampus.

Aku dah lama tak karang, karangan ni, aku harap korang faham lah apa aku cuba sampaikan dengan tajuk aku tu passive or proactive?

Cerita dia macam ni, aku baru bekerja dalam 2 bulan setengah dekat one of company yang background engineering.

Even aku ni bukan budak engineering tapi alhamdulillah aku diterima bekerja walaupun experience yang aku ada jauh beza dari bidang kerja aku.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah mengenai majikan aku yang aku berikan nama Rafael.

Okay dalam company ada 2 orang boss, iaitu Rafael yang jaga company ni bahagian operasi semua and lagi sorang bahagian sumber manusia tu aku gelarkan dia Scarlett.

Ceritanya start dari hari aku IV lagi dengan Rafael, aku rasa ada benda yang tak kena sebab Rafael ni cuba sampaikan dekat aku,

Yang staff dia sebelum ni cuba untuk jatuhkan company dia dengan percubaan resign beramai ramai konon konon nya nak bagi company lingkup lah lebih kurang macam tu.

Start dari hari first day aku, aku tengok layanan Rafael normal lah kan macam mana majikan layan pekerja baru, bagi tahu itu ini and sikit background company.

Aku juga disediakan laptop untuk mudahkan aku buat urusan kerja even diluar pejabat, dan hari first day aku. Scarlett pun call sebab nak bagi penerangan surat tawaran kerja aku.

Tak nak bagi korang keliru, Scarlett ni dia kerja jarak jauh lah lebih kurang sebab dia follow husband dia kerja dekat satu tempat luar negeri, bukan luar negara.

Dalam penerangan dia untuk surat tawaran kerja tu, ada jugak selit kata staff dia sebelum ni banyak masalah lah, toxic lah dah tak mampu hadap drama tv3 lah macam macam lah lagi.

Aku hanya dengar ya kan dan dah niat untuk cuba bagi yang terbaik lah untuk company ni.

Masalah bermula bila hari ketiga aku perasan si Rafael ni gatal nak mampus sesuka hati nak touch tangan aku lah even time discussion.

Aku jadi tak selesa, lepas tu ada satu tugasan yang dia suruh aku buat and suruh aku contact balik staff lama dia yang dikata kan toxic tadi.

Aku macam serius lah dorang ni as a leader or boss tak tahu running ke selama hanya mengharapkan orang lama ajar ke even orang tu pun dah resign?

So tak apa lah, pendekkan cerita aku pun pergilah jumpa staff yang lama tu aku gelarkan dia Elizabeth. Dah habis discussion semua Elizabeth pesan dekat aku, goodluck lah dengan company ni, aku dah macam cuak sikit.

Apa benda pulak aku nak kena hadap. Okay tak apa aku positifkan diri dengan untuk cuba sebulan kerja dengan sehabis baik.

Masa pun berlalu dan aku tengok Rafael dan Scarlett puas hati dengan perfomance yang aku bagi.

Masuk bulan kedua aku dah macam terasa nak cuba cari kerja lain, sebab aku tengok Rafael ni jenis suka suka hati nak masuk campur hal personal aku.

Luar waktu pejabat pun dia chat, hari cuti sibuk tanya aku buat apa dan waktu habis kerja dah malam pun nak suruh datang office buat kerja itu ini,

Aku jadi macam, eh agak agak lah cuti orang pun nak kacau, dah habis waktu pejabat pun ganggu bila aku tak layan mesej mesej dia tu. Ada je benda tak kena bila aku masuk kerja hari isnin.

Dan yang paling aku benci suka hati dia je nak pegang² aku nak itu ini bila aku tak nak aku deny segala apa dia cuba nak buat tu terus jadi toxic tanya apa pun pasal kerja nak marah.

Sebelum aku mula kerja aku dah cakap dengan dia aku bukan budak engineering dan aku tak ada fahaman dalam bidang ni,

Dan aku nak dia ajar aku memandang kan tak ada orang lama pun dalam company tu dan dia setuju dengan syarat aku nak belajar.

Yang pernah ada pun bertahan tak sampai setahun. Faham tak kat sini yang aku sebenarnya dah mula kena gangguan seksual oleh si Rafael.

Oh ya, Rafael ni lelaki ya, dan Scarlett pulak perempuan. Apa yang si Rafael ni cuba buat dia selalu cakap eh you jangan bagitahu Scarlett pulak apa i buat ni.

Aku jadi macam, perghh aku tak boleh ni lama lama kat sini. Lama lama aku takut jadi bertambah kerja aku nak melayan nafsu gila dia sedangkan aku memang tak nak layan.

Bayangkan lah boleh dia keluarkan perkataan yang kurang menyenang kan buat aku tak selesa langsung nak bekerja situ. Contoh macam, eh i tak boleh lah tengok you rasa geram. Kau rasa?

Okay aku chill sebab ada budak baru jugak baru masuk dia ni aku gelarkan Alice.

Alice ni agak muda lebih 5 tahun dari aku. Alice ni jenis sempoi kena marah ke Rafael toksik dengan dia pun dia boleh je terima.

Sampai satu tahap dalam minggu lepas. Aku confront Rafael aku cakap aku tak suka dia buat bukan bukan jangan sampai aku hilang respect dekat dia.

Dia boleh marah aku ungkit² pasal gaji yang dia bayar dan paling best sekali pasal personal life aku pun habis diungkitnya. At the same day aku confront si Rafael.

Alice pulak cuti sakit. Si Rafael tak percaya Alice ni sakit demam tak sihat, dengan aku dia boleh cakap Alice ni menipu cuti sakit sebab tak pergi panel atau klinik kesihatan.

Aku dah macam. Eh orang tu demam bukan saja saja tak nak datang kerja.

Dan bila Alice tahu pasal ni of course lah dia mula angin dan nak resign.

Aku cuba being proactive dengan bagi surat resign tapi dalam notice resign aku tu aku akan ceritakan apa yang berlaku dalam office tu untuk aku send dekat Scarlett.

Aku terfikir nak buat macam ni sebab Scarlett ada cakap dengan aku kan masa aku mula mula masuk kerja yang dia dah tak nak hadap drama drama staff. Aku jadi serba salah.

Kalau aku tak bagitahu Scarlett for sure staff baru yang dorang amik nanti mesti akan hadap masalah yang sama aku hadap. Sebab Rafael ni dah la gatal nak mampus toxic pulak tu.

Pendek kata kau kena ikut je cakap dia. Kalau bukan hal kerja pun kena juga ikut kehendak dia.

Kalau tak dia mesti akan layan kau macam sampah. Sebab tu aku nak tanya pendapat korang apa patut aku buat?

Being passive dengan resign macam tu je ke? Atau proactive resign dengan notice yang bagi tahu sebab sebab utama kenapa aku resign.

Iaitu salah satunya gangguan seksual ni lah. Aku sumpah tak leh hadap dah.

Balik kerja je aku rasa nak menangis. Report polis pun aku takut nak buat.

Bukan apa. Zaman sekarang aku tengok banyak sangat orang mati kena bunuh.

Aku ni dah la duduk jauh dari keluarga sorang dan tak bersuami pulak tu. Aku harap korang boleh bagi pendapat yang bernas.

Dalam stress aku pun aku kesian jugak sebab Scarlett tak tahu selama ni drama drama ni semua datang dari Rafael.

– Cik Lang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. in personal opinion , better you resign with notice and let them know main reason you choose to resign . at least , org lepas you lebih selamat if hr tu amik action , kalau hr tu pon buat senyap , nothing will happen . one thing , percaya pada rezeki allah , kalau bukan kat situ maybe somewhere else , maybe dekat dengan family you . allah always protecting us . goodluck babe . far hug for you .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *