Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tahu ramai di antara kita yang ada masalah berat badan atau orang melayu kita panggil gemuk.
Abang aku pun sama. Aku ada tiga adik beradik (termasuk aku) abang aku sulung. Aku anak no 2 dan lagi sorang adik perempuan aku.
Dalam keluarga kami, abang aku badan dia agak besar sebab dia suka makan.
Bagi aku dan adik aku, tak ada masalah langsung dengan abang aku gemuk.
Sepanjang aku membesar abang aku tak pernah marah atau pukul kami malah, banyak benda abang aku belikan kami waktu dari kecil sampai besar.
Tapi bagi mak dengan ayah aku. Abang aku ni gemuk dah macam “bala” dalam keluarga.
Setiap hari mesti mak dengan ayah aku akan mengata sinis cakap “kau ni bila nak kurus” dan macam-macam lagi.
Kalau ikutkan, punca abang aku gemuk sebab mak dan ayah aku.
Mak aku ni kerja restoran dan ayah aku pula kerja driver lori roti. Jadi setiap hari balik kerja mak aku akan bawa sampai 4-5 lauk dan ayah aku pula bawa banyak jenis roti.
Abang aku ni anak sulung, kalau macam makanan yang mak/ayah aku bawa tak habis dia yang kena marah.
Setiap kali tak habis “aku bawa makanan penat² korang tinggal makan je pun tak boleh tak bersyukur”
Jadi setiap kali tak habis kami adik beradik kena marah. Jadi abang aku yang selalu dia akan habiskan semua makanan supaya tak kena marah.
Akhirnya abang aku yang kurus pun jadi gemuk sampai 100kg.
Emak dengan ayah aku selalu perli cakap “kau ni tahu makan je” kalau jumpa saudara mara pun diorang kutuk abang depan orang ramai.
Padahal abang aku ni walaupun badan dia besar tak ada malas. Bab rumah semua dia kemas, baju dia jemur lipat.
Time cuti buat kerja part time cari duit. Belajar pun abang aku pandai. Spm straight A, graduate lepas belajar pun dean list.
Tapi mak dengan ayah aku tak pernah stop perli. Sampai abang aku yang dulu selalu ketawa sekarang nak senyum pun payah.
Kalau dulu abang aku ni boleh di katakan extrovert tapi makin lama dia jadi introvert. Akhirnya abang aku pun start diet yang agak hardcore.
Selama 6 bulan dekat rumah kami satu keluarga tak pernah sekali nampak abang makan dekat rumah. Mak aku masak abang aku tak sentuh. Waktu raya setakat rasa sesuap lepastu dah berhenti.
Berat abang aku asalnya 130kg. Tapi dalam masa 6 bulan dia turun sampai 70kg lebih. Lebih kurang dalam 50+kg turun. Lepas dah turun berat badan abang aku pun dah pindah kerja negeri lain.
Bila dah beberapa bulan balik tengok makin kurus dah dalam 50kg. Mak aku masak atau ayah aku beli makanan dia tak makan, abang aku cuma cakap “dah kenyang” atau “dah makan”
Tahun 2022 ni masuk 4 tahun abang aku makan dekat rumah cuma waktu raya dan puasa. Kalau dia datang hari lain memang tak sentuh makanan langsung.
Aku pernah sekali terlepas cakap dengan mak/ayah aku. Iyalah dulu kalau abang aku makan diorang selalu membebel.
Aku ingat lagi abang aku tengah makan elok tiba-tiba ayah aku datang “ha makan sekejap sekejap makan dah macam babi menyondol” abang aku diam je sambung makan.
Sekarang lepas abang aku dah kurus berbual pun jarang aku 100% salahkan mak dan ayah aku.
– Amira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit