Patut Berpisah atau Bertahan

Salam, saya Sarah 33 tahun.

Untuk permulaan, saya berkenalan dengan suami melalui keluarga. Kiranya keluarga yang “recommend’ kami berdua dipadankan.

Mulanya saya tak setuju, sampai setahun bergaduh dengan keluarga dan bermasam muka sebab tak setuju pilihan mereka.

Pandangan saya, suami seorang yang pendiam, tidak pandai berbual sesuatu topik. Saya pula jenis yang outspoken, jadi pada pandangan keluarga, karakter kami serasi. Yelah, tak kan dua-dua nak sama karakter, nanti macm mana pulak rumahtangga tu kan.

Jadi sampai 1 hari ni, saya terpaksa mengalah sebab alasan restu ibubapa yang utama. Saya akui restu mereka memang matlamat utama, tapi apa akan jadi perkahwinan tanpa cinta? Saya cuma berserah segalanya pada takdir Allah.

Dipendekkan cerita, kami berkahwin, tak sampai setahun kami saya ditakdirkan mengandung. Sebelum mengandung kami ada bertekak tentang suatu isu dan membuatkan dia langsung tidak balik menjenguk saya di kampung.

Untuk pengetahuan, saya tinggal berhampiran keluarganya tetapi rumah sendiri. Jadi semasa saya mengetahui saya mengandung, kami sudah tidak berjumpa kerana perbalahan isu tersebut.

Dia langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan saya ketika mengandung dan membiarkan urusan pemeriksaan bulanan di klinik seorang diri. Saya turut mengalami alahan yang teruk pada 3 bulan pertama dan seterusnya menguruskan diri seorang diri.

Saya bekerja dan ulang alik dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 1jam 30 minit pada waktu puncak. Keadaan ini saya tanggung seorang diri, dan hanya keluarga saya sendiri yang ambil tahu keadaan saya.

Mereka menyuruh saya bersabar dan menjaga diri sampai melahirkan.

Pihak keluarga sana, tidak bertanya khabar apetah lagi datang menjenguk saya.

Ini membuatkan saya berjauh hati, kerana pada saya sudahlah anak mereka tidak bertanggungjawab membiarkan isteri mengusung perut ke sana sini, keluarga sana langsung tidak menjenguk muka bertanya perihal saya.

Saya cemburu melihat pasangan yang datang bersama ke klinik untuk pemeriksaan bayi, namun situasi saya bukan begitu.

Saya kuatkan diri untuk anak yang saya kandung. Saya memang dah tawar hati dan berjauh hati dengan keadaan kami ketika itu.

Sehinggalah 1 hari, saya dikejarkan ke hospital kerana merasa pening dan darah tinggi naik pada masa kandungan 37 minggu.

Keluarga saya yang berkejar ke hospital membawa saya, dan mereka yang menunggu saya sehingga pagi.

Bayangkan, ibu bapa yang sudah tua masih menunggu anak mereka yang nak melahirkan, di mana suami yang sepatutnya melindungi dan membela isteri.

Perasaan saya hancur berkecai, bila ibu turut memberitahu keadaan saya pada suami, tapi hanya balasan wasap, ‘semoga dipermudahkan urusan bersalin’ saja yang sampai kepada saya. Jasad tidak kelihatan.

Begitukah ego seorang lelaki? salah saya apa sampai meninggalkan isteri sendiri bertarung seorang diri dalam wad bersalin? Lelaki apa macam tu? Saya memang tak boleh terima. Walaupun marahkan saya, anak dalam kandungan tetap anaknya.

Dari situ saya bulatkan hati, tidak mahu anak saya bertemu ayahnya yang seperti menidakkan kehadiran dia. Dia langsung tak peduli perihal saya dan anak sehinggalah saya bersalin pun masih lagi si suami tidak memunculkan diri.

Ibu bapa dan keluarga yang berulang alik ke hospital membawa peralatan kelengkapan ibu dan bayi. Malu saya dengan staff nurse sampai mereka bertanya di mana suami.

Saya dalam wad sehingga 5 hari kerana dimasukkan ubat darah tinggi sebelum bersalin. Sebak hati bila melihat suami org lain dtg melihat pasangan dan memberi semangat di saat2 sukar seorang isteri.

Saya dibenarkan pulang bersama bayi pada hari ke 5, 2minggu selepas itu baru suami datang bersama ibunya. Kemarahan saya meledak ketika itu, tidak sanggup melihat org yang saya harapkan menjaga saya, membiarkan saya disaat yang paling bawah.

Proses melahirkan bukan proses yang mudah. Nyawa adalah pertaruhannya. Tapi tiada secebis simpati suami untuk melawat isterinya yang sedang bertarung nyawa di hospital.

Kesabaran saya dah tidak terkawal, dan mezahirkan keputusan untuk berpisah. Tidak ada hati lagi untuk org seperti itu dalam hidup saya dan anak.

Tetapi ayah saya bersungguh meminta saya bersabar dan tidak mengikut hati yang marah, fikirkan pasal anak yang masih kecil. Perlukan ibu dan ayahnya menjaganya.

Perasaan saya berbelah bahagi, melalui fasa mengandung, melahirkan dan selepas melahirkan menjadikan saya trauma dengan org yang bernama suami. Saya menjaga anak saya dengan bantuan keluarga sehingga hari ini

Suami pula hanya balik bila dia rasa mahu balik. Saya berhari2 dengan anak, dan sudah terbiasa sndiri tanpa suami.

Sepanjang kehamilan sehingga anak sudah berumur 3 tahun, saya tidak disentuh suami. Jujur, hati saya dah terlalu tawar untuk hubungan tersebut.

Hati saya dah tiada padanya, hanya kerana statusnya sebagai ayah kepada anak sahaja saya berpura2 bahagia di depan keluarga.

Anak pun lebih kepada saya dan menangis apabilad berdekatan dengan ayahnya seolah – olah dia adalah orang luar.

Pernah kami berhubung melalui whatsaapmengenai hala tuju perkahwinan ini semasa saya berpantang kerana hati saya sudah terlalu tawar.

Suami pula menyerahkan semua keputusan kepada saya kerana niat saya untuk berpisah. Sehingga kini, saya tidak tahu status saya, kerana suami seperti tidak mengambil berat tentang hal tersebut.

Jadi apa pandangan warganet, patut saya bertahan dalam perkahwinan yang tidak bahagia atau teruskan kerana anak. Saya buntuu….

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dalam ‘taklik nikah’ yg dibacanya di dpn wali/kadhi n saksi2 dah sah2 mngatakn bhawa jika dia (suami) mninggalkn isteri tanpa khabar berita atau nafkah zahir n batin, boleh jatuh talaknya, cuma bezanya awk masih tahu dia hidup & boleh dihubungi.. cuba lah berbincang dari hati ke hati, klaw kedua2 pihak setuju utk berpisah, (dan itu adalah jln yg terbaik), maka berpisah lah dgn baik.. ank itu masih zuriatnya, so wajib dia memberi nafkah sehinggalah ank dewasa dan bole mencari sumber pendapatan nya sendiri.. bkn senang nk melaksanakn t/jwb sbg suami & ayah, bkn sesenang ‘menghenjut’ tgn tok kadhi atau wali semasa bernikah, tp t/jwb itu lah ‘bukti’ janji yg dilafazkan di hdpn saksi n semua yg hadir.. brp ramai d klangan suami yg hanya tahu ‘hadir’ dlm kursus perkahwinan sbg ‘syarat’ dan isyarat utk memiliki isteri tersebut, tetapi “gagal” dlm melaksanakan kewajipan msg2, tepuk dada, tanya la ‘iman’ kmu semua.. dan paling penting, bersedia lah utk mejawab di hadapan Allah kelak tentang ‘kelalaian’ kamu semua.. wallahu a’lam.. 😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *