Patut Ke Aku Bagi Peluang Kedua

Assalamualaikum.. Ini adalah pertama kali aku ingin meluah.

Sungguh tak sangka, selalu aku baca pelbagai kisah isteri di luar sana. Kini, aku lah orangnya yang menulis untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini.

Kami suami isteri berkahwin atas dasar cinta. Kami bahagia dengan dua anak yang sihat, comel dan kini membesar dengan baik.

Aku seorang isteri yang bekerjaya, dah suami seorang yang sangat bertanggungjawab melayan kami dengan baik, cukup segala nafkah keperluan aku dan anak2 dan kami selalu luang masa bersama.

Aku juga mempunyai keluarga sendiri dan mertua yang baik, sepanjang 10 tahun perkahwinan sejujurnya aku rasa aku seorang isteri yang bertuah.

Bermula tahun ke-10 perkahwinan, suami aku mula ada join satu platform social media aku panggil X.

Dia mula berkenalan dengan perempuan lain atas alasan aku tak dapat bagi perhatian sepenuhnya dan aku menolak apabila minta dilayan nafsunya.

Ramai yang dia kenal tapi ada satu perempuan ni yang melayan dia hingga akhirnya kantoi sampai pernah tahap check in.

Aku dapat tahu melalui chat telegram yang aku percaya Allah memang nak tunjuk pada aku.

Aku percaya itulah kali pertama seumur hidupnya dia check in dengan perempuan dan curang pada aku.

Dia mengaku dan cerita semuanya. Bercinta dengan perempuan tu hampir 2 bulan, Dia cakap bukan sekadar nafsu tapi dia memang sayang perempuan tu.

Aku sakit hati tapi aku tetap sayang dan aku maafkan. Bukan mudah untuk aku lepaskan sebab aku takkan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia. Bodoh kan aku.

Aku tak tahu mana datang kekuatan tapi aku masih maafkan dia dan bagi peluang kedua. Dia cakap sudah tawar hati, susah nak fix hubungan dan rasa sayang tu balik.

Tapi aku tetap cakap kita bagi peluang kedua satu sama lain untuk betulkan keadaan. Perempuan tu pon dah block suami aku dan mereka tak hubungi satu sama lain.

Soalannya, ada peluang ke untuk kami fix hubungan ini? Dia akan hargai tak peluang kedua aku bagi ni? Nampak aku try hard buat macam2 nak menangkan hati dia balik.

Dah dia cuba juga cuma masih bukan level bersungguh mungkin sebab masih dalam situasi break off dengan scandal.

Aku penat nak fikir. Sebenarnya aku dah tahu apa jawapan dan apa aku patut buat, cuma sungguh aku belum bersedia.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Penuhi lompang yang wujud dalam hubungan puan. Suami kena tinggalkan perbuatan mencari luar dan bertaubat, jika masih berterusan wujudlah tawar hati itu, sebab hati telah keras dan pandangan telah dihiasi kepada perkara haram.

    Semoga puan tabah dan bersabar dengan ujian, serta dipermudahkan urusan dalam kehidupan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *