Hi. Boleh panggil aku Mini (sebab aku berbadan kecil orangnya).
Nak dipendekkan cerita, kehidupan aku di Universiti tak semudah yang aku jangkakan. Aku selalu tertekan, depressed sampai ada rasa nak tamatkan riwayat hidup aku.
Tapi dalam kesedihan aku ni, muncul seorang lelaki yang take care pasal aku. Dia seorang kawan yang baik. Masa semua orang abaikan aku, masa family aku sendiri tak pedulikan aku, dia ni la yang selalu bagi aku semangat.
Aku akan refer dia as “Luk”. Masa ni kami memang hanya kawan. Nak kata rapat sangat pun tidak. Tapi Luk selalu contact aku pada masa yang aku tak jangka, selalu tanya keadaan fizikal dan mental aku macam mana.
Aku tak ada kawan lelaki, so masa tu memang rasa janggal but pada masa yang sama terharu sebab ada orang yang care pasal aku.
Ada satu masa tu, aku tertekan sangat-sangat. Tapi aku tak nak cerita dekat kawan perempuan aku sebab aku tak nak diorang rasa aku ni banyak problem atau aku ni membebankan.
Aku end up mesej Luk dan dia ajak berjumpa supaya aku boleh luahkan perasaan aku sepuas hati. Kami pun berjumpa (ini dalam campus universiti je tau. Aku tinggal di hostel U. Kami jumpa dekat cafe universiti).
Haritu aku luahkan semua perasaan tekanan yang aku alami, tekanan belajar, kisah aku selalu kena compare dengan kakak aku, dll pada Luk.
First time aku menangis sepuas hati di hadapan orang lain. Selalunya, aku akan pendam ja perasaan, atau nangis diam-diam masa takda orang.
Sejak dari hari itu, Luk dah jadi macam aku punya private counselor tak berbayar. Dia akan update situasi aku at least dua minggu sekali, dan kadang-kadang dia akan ajak aku voice call untuk bersembang. First time aku rasa sangat selesa dengan orang lain, apatah lagi seorang lelaki.
Masa aku masuk 3rd year degree, COVID melanda negara kita. So kami semua student balik rumah dan mula belajar jarak jauh. Masa ni, aku almost takda contact langsung dengan kawan-kawan aku, kecuali sorang-dua kawan buat assignment.
Aku memang selalu jenis tak ramai kawan. Tapi Luk still contact aku, update situasi dan kesihatan aku regularly.
Otw nak habiskan degree, tekanan mental aku bertambah teruk. Masa mula practical lepas graduate, terus aku cut contact semua kawan universiti dan kawan sekolah aku, Luk termasuk sekali.
Then, tiba-tiba satu hari aku dapat voice mail. Luk hantar aku voice mail sebab dia risau tak dapat contact aku. Aku sebak masa tu. Dia tak buat salah apa, cuma aku sangat sangat tak nak jumpa sesiapa masa tu. Lagipun, kami cuma kawan.
Dekat dua tahun berlalu, emosi aku dah semakin stabil. Satu hari aku teringat dekat Luk, jadi aku pun unblock contact dia dan hantar dia mesej. Lepas aku tekan send, terus dia call aku.
Kami sembang lama, mostly dia tanya keadaan aku macam mana dan aku cuba explain dekat dia apa yang terjadi dalam masa dua tahun tu.
Lepas dari haritu, dia akan contact aku maybe sebulan sekali untuk bertanya khabar. Kami pun dah dewasa masa ni, dah ada kerjaya sendiri. Duduk pun jauh. Aku duduk Perak, dia duduk Kl.
Tapi macam aku kata, kami masih hanya kawan. Dan aku masih lagi seorang pendiam yang takda banyak contact, especially kaum lelaki. To be honest. Dia satu-satunya kawan lelaki aku.
Pejam celik, aku dah berumur 27 tahun. Aku dan Luk sebaya. Mak pak aku dah bising suruh cari bakal suami. Sebenarnya, more than nak dapat menantu, aku rasa diorang risau sebab aku memang pendiam dari kecik. Kawan pun tak ramai.
Mak sampai pujuk aku minta jumpa berkenalan dengan anak lelaki kawan dia. Kot kot ada jodoh katanya. Tapi aku reject sebab aku memang tak selesa nak jumpa kaum adam yang aku tak kenal, apalagi untuk tujuan perkahwinan macam ni.
Selepas berfikir panjang, aku buat keputusan untuk bertanya pada Luk. So far, aku tahu dia single. Kalau betul dia still single dan ada niat nak kahwin, aku rasa dia merupakan pilihan yang terbaik untuk aku. Aku selesa dengan dia.
Luk seorang yang baik dan memahami aku. Kalau aku ada mental breakdown pada masa akan datang pun, In Sya Allah Luk akan faham aku. Dan tak ku jangka, Luk beri jawapan yang positif dan setuju dengan plan aku untuk berkahwin.
Untuk pengetahuan semua, kami dah tak berjumpa sejak awal 3rd year university (sejak PKP) So dah lebih kurang 4-5 tahun kami tak jumpa face to face. So aku beri dia cadangan untuk datang perak bila dia free, nak jumpa face-to-face, nak sembang betul-betul bab ni.
Pada masa yang sama aku tak pressure dia sangat sebab ye lah… kami ni bukannya jenis yang couple bertahun-tahun. Kami ni purely kawan. Dah la aku yang suggest kahwin dulu. Tak nak la pulak nampak macam desperate sangat.
Tapi dah dekat setahun berlalu, dia takda pun nak datang sini jumpa aku. Aku nak pergi Kl macam tak berani sangat perempuan sorang. Aku tak bagitahu lagi parents aku pasal plan kahwin aku ni sebab aku nak betul betul confident plan ni akan menjadi.
Luk still contact aku, lebih kerap sejak aku buka cerita ajak kahwin, tapi dia tak pernah mention apa2 pasal bertunang atau plan dia nak jumpa aku.
Aku tahu dia kerja, tapi takkan lah tak boleh spend sehari dua masa cuti dia untuk datang perak jumpa aku. Deep down aku tak rasa dia serious nak kahwin.
Lepas dah setahun lebih, aku pun dah semakin tua, semakin risau. So aku cakap direct dengan dia. Tanya dia betul nak kahwin ke tidak. Kalau dia tak nak, aku nak kena mula jumpa orang lain. Terus dia pujuk aku kata betul dia serious nak kahwin, cuma dia tengah nak buat preparation dulu.
Btw, aku tak marah langsung masa aku mention ni, aku just cakap biasa macam pertanyaan pada dia serious atau tidak. Plus, aku tak marah dia nak buat preparation, yang aku complain ialah sikap dia yang tak mention atau bincang langsung dengan aku pasal bab kahwin ni.
Kalau dia nak aku tunggu pun aku tak kisah. Cuma aku harap boleh jumpa dia 3-4 bulan sekali pun takpa. At least aku rasa macam dia tu wujud, bukan macam dia ni aku punya online kaunselor sahaja.
Bila aku ada mention sikit pasal bab kahwin/tunang ni, dia selalu cuba tukar topic. Tak direct, tapi aku tahu dia tak nak sembang pasal tu. Aku tak marah kalau dia tak nak kahwin. Aku ok je kawan macam biasa. Cuma jangan la buat aku tertunggu dan serba salah.
Luk minta aku tunggu dia, tapi bila aku tanya sampai bila nak tunggu, dia tak pernah bagi aku jawapan direct. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni spare part, untuk kalau dia tak jumpa orang lain dah.
Aku suka dia pun bukan sebab memang aku ada crush dekat dia atau apa. Aku suka dia sebab dia baik dan selalu caring pasal aku.
Sekarang aku mula rasa menyesal sebab mention bab kahwin dulu pada dia. Sekarang kalau aku nak tarik balik offer kahwin aku pun susah. Aku bukan sahaja akan hilang bakal suami, tapi juga kawan yang caring pasal aku.
Patut ke aku tunggu dia? Atau patut aku letak tanda noktah pada plan kahwin ni, dan cari lelaki lain.
Honestly, aku memang nak sangat kahwin. Walaupun aku pemalu, aku nak ada peneman hidup. Dan aku bersedia untuk ketepikan sikap timid aku di usiaku yang semakin menua ni.
– Mini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit