Patut Ke Aku Teruskan?

BF aku seorang yang kepala angin, sama macam aku juga, tapi dengan dia, aku tak pernah lepaskan kepala angin aku. Dengan dia, ego aku jadi lebih terkawal, dan aku dapat kawal baran aku.

Tapi dia, bila dia marah, dia langsung tak peduli perasaan aku. Dia tak naik tangan dan sebagainya, dia cuma akan bagi aku kata-kata yang menyakitkan. Bukan dengan carutan tapi cara dia agak kasar.

Dia seorang yang sangat matang, bertanggungjawab, realistik, dan selalu berpandukan fakta. Kalau kami bergaduh, dia akan keluarkan fakta-fakta dia untuk ‘melawan’ aku sampai aku sendiri terdiam.

Kadang-kadang aku rasa sakit hati sebab hati dia yang keras tu buatkan perkara-perkara kecil pun jadi sukar untuk dipertimbangkan dengan baik.

Bila ada masalah, ia jadi berat untuk aku tanggung. Aku akan menangis dan pendam perasaan, atau kalau tak, aku akan luahkan pada dia.

Lama-kelamaan, dia dah faham sangat dengan perangai dan cara aku. Bila aku marah, dia akan biarkan aku sekejap, ignore je aku, sampai aku pulih sendiri.

Dia bukan jenis lelaki yang pandai memujuk, dan aku memang dah biasa dengan sikap dia sejak awal kami kenal. Jadi, aku tak pernah letak harapan tinggi untuk dia pujuk aku.

Tapi, walaupun dia bukan jenis yang suka memujuk, aku tetap bersyukur sebab kadang-kala dia akan rendahkan egonya dan minta maaf atas kekurangan dirinya. Itu bagi aku, satu usaha yang sangat berharga.

Dia selalu pesan, dia tegur bukan untuk menyakitkan, tapi untuk mematangkan dan menyedarkan aku. Aku terima je. Memang aku tak matang dan dengan jarak usia kami 8 tahun ni, aku kena banyak belajar.

Dalam masa 2 tahun ni juga aku dah banyak sangat belajar dan ubah cara hidup aku yang dia tak suka. Untuk kebaikan diri dan juga untuk kebaikan hubungan kami.

Aku tak ada masalah pun dengan dia, cuma kadang kala bila dia sangat keras hati dan tak pedulikan aku, aku rasa sunyi. Aku rasa sedih yang melampau.

Aku ada satu habit yang dia tak suka. Iaitu, habit pemikiran negatif. Aku rasa semua orang akan overthinking. Semua orang ada sifat ni dalam diri. Selagi mana nama manusia kan. Cuma dia kata negatif dalam diri aku ni, tak ada siapa boleh kawal kecuali aku.

Mungkin aku suka overthinking sendiri dan effect buruk kepada dia dan hubungan kami. Aku akan tuduh dia macam2 yang buat dia rasa rimas dan terasa. Sedangkan dia tak buat pun benda tu atau niat dia bukan sepertimana yang aku tuduh tu.

Jadi persoalannya, macam mana aku nak rasa CONFIRM yang aku betul2 nak hidup dengan dia nanti?

Kami sayang dan cinta each other sangat2. Jika kami tak ada masalah, kami sangat menghargai diri each other. Seperti tiada apa yang boleh pisahkan kami kecuali mati. Macam tu dramatik nya percintaan kami. Tapi mampu ke aku hadap keras hati dia bila dah kahwin nanti?

Sekarang aku boleh walaupun menyakitkan. Dah kahwin nanti, duduk sebumbung, aku tak tahu macam mana nak hadap. Sebab kalau dia marah, dia tak akan cakap banyak. Aku yang jenis cakap banyak. Aku yang akan paksa dia untuk settle terus masalah tu.

Bagi dia, banyak juga perangai aku yang mencabar dia. Aku tahu lelaki pantang dicabar. Jika mereka kata NO, respect. diam. Bukan melawan. Aku tahu semua tu. Ke aku yang betul2 kena berubah dan kawal perasaan aku sebelum kahwin dengan dia?

Entahlah. Aku dilemma sangat. Kami tak ada pun plan nak berkahwin dalam masa terdekat. Tapi niat tu ada dah. Cuma tula. Aku rasa dia pun kadang2 tak tahan dengan aku.

Aku pula memang tak suka sifat keras hati dia dan cara dia menegur seolah-olah aku tak ada perasaan. Bagi dia kekerasan dalam kata-kata tu akan menyedarkan kita lebih effective sebab ‘tegur baik2 tak jalan’.

Abang2 di luar sana. Pandangan anda sebagai seorang lelaki? Kakak2 di luar sana, sebagai isteri, ada tak hadapi masalah seperti saya? Please share. Terima kasih.

– Lah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *