Patut Ke Aku Undur Diri?

Nama aku Reen, berumur 25 tahun dan akan berkahwin dalam masa sebulan je lagi. Aku gelarkan bakal suami aku di sini sebagai Hanif.

Aku dan Hanif bercinta dah lama sejak zaman belajar lagi. Keputusan untuk berkahwin ni dibuat oleh abang aku yang kami panggil Angah.

Ini disebabkan aku dan Hanif telah terlanjur dan aku mengandung anak luar nikah. Aku gugurkan kandungan sewaktu usia kandungan aku berusia empat minggu.

Tiga hari selepas aku gugurkan kandungan, aku rasa badan aku terlalu lemah. Aku call Hanif tapi tiada jawapan. Aku terpaksa call kakak ipar aku yang aku panggil Kak Long dan dia membawa aku ke hospital.

Kak Long dan Along memanggil Angah dan isterinya datang ke rumah untuk berbincang masalah aku.

Aku bersyukur walaupun perbuatan aku ini sangat melampau, aku masih mempunyai abang yang sanggup memberikan aku peluang untuk berubah.

Mereka memanggil Hanif dan Hanif berjanji akan bertanggungjawab cuma dia tiada duit untuk majlis perkahwinan kami.

Angah takut perkara ini sampai ke pengetahuan Abah kerana Abah mempunyai masalah kesihatan, jadi dia menawarkan diri untuk menanggung kos perkahwinan aku.

Segala kos catering dan kemah dibayar oleh Angah dan kos doorgift serta lain-lain dibiayai oleh Along.

Sampai sekarang Abah dan Mama tak tau apa yang terjadi dan aku bersyukur Abang-abang aku sangat melindungi aku.

Masalah aku di sini ialah Hanif selalu mengelak untuk berjumpa keluarga aku. Malah dia juga belum lagi berjumpa Abah aku di kampung, apatah lagi keluarga dia.

Abah yakin untuk menikahkan aku atas sebab dia percaya kepada Along dan Angah.

Aku ada berbincang dengan mak Hanif tapi seakan-akan tidak menyelesaikan masalah kerana Mak dia berharap sepenuhnya pada Hanif. Aku buntu.

Along ada mengajak Hanif berjumpa untuk membincangkan beberapa perkara yang belum selesai, tapi dia menolak dengan alasan sibuk.

Bukan tu sahaja, dia juga ada cakap dekat aku kalau Along nak jumpa dia, Along yang kena datang dekat dia. Last dia berjumpa Along dan Angah selepas aku keluar dari wad tempoh hari.

Lagi sebulan ni, aku rasa keluarga aku yang terhegeh-hegeh dekat dia dan seolah-olah kami yang terlalu terdesak dengan perkahwinan ni walaupun hakikatnya ya.

Angah takut aku mengulangi semula perbuatan terkutuk tu dan sebagai Abang dia juga takut andai lelaki lain tak nak dekat aku dah.

Dan disebabkan tu dia guna duit simpanan dia yang asalnya duit tu nak digunakan untuk renovasi dapur rumah dia.

Mujur isteri dia okey, begitu juga dengan isteri Along. Orang tua aku memang beruntung bermenantukan mereka. Sampai mati aku tak tau nak balas jasa mereka macam mana.

Semalam Along dah start bising-bising dan mengatakan Hanif tiada adab, langsung tak nak jumpa dan panggilan pun tidak diangkat.

Sudahlah sesen duit dia tak keluarkan, dengan keluarga aku pun langsung tiada adab. Lain betul perangai dia, berbeza dengan masa bercinta. Bila aku tanya dia kata tak ada apa, cuma dia sibuk.

Along kata kalau macam ni caranya, baik batalkan je semua sebelum kad diedarkan.

Untuk bayaran kemah dan catering, boleh je buat majlis kenduri tahlil atau kesyukuran untuk anak Angah yang nak lahir kelak. Lagipun semua duit tu duit Angah.

Sejujurnya aku pun dah tawar hati, lebih-lebih lagi bila aku tengok abang-abang aku dah mula terasa dengan dia.

Aku rasa terhina sangat dengan perbuatan dia dan layanan dia pada keluarga aku. Aku memang dah rasa nak putus dan batalkan semuanya, tapi aku kasihankan Abah dekat kampung.

Aku dah cuba berbincang dengan Hanif, dah cuba slow talk dan cakap hati ke hati tapi masih menemui jalan buntu.

Cuma dia pernah cakap dia terasa sebab Angah desak kami kahwin. Tapi pada aku siapa je yang tak desak dengan dosa yang kami dah lakukan ni?

Mohon pendapat dari pembaca yang budiman, apa yang patut aku lakukan? Patut ke aku putuskan hubungan ni disaat akhir dan cari jalan hidup aku sendiri?

Aku redha, tak kahwin pun lepas ni tak apa, asalkan keluarga aku ada disisi. Dan yang paling penting, aku nak kejar redha dan keampunan Allah.

– Wanita Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *