Patut Ke Tidak?

Hi Assalammualaikum, penulisan ini hanyalah sebagai luahan dan juga ingin meminta pandangan korang semua.

Aku Bee (bukan nama sebenar) umur aku 30-an, sudah berkahwin, usia perkahwinanku baru menginjak 2 tahun dan tahun lepas baru melahirkan anak kami.

Aku berkahwin dengan sahabat baik aku sendiri. Kami berkawan sejak sekolah lagi.

Sepanjang setahun perkahwinan kami macam-macam dugaan yang aku tempuhi. Dari segi kekurangan wang dan juga perbalahan.

Aku bekerja dan suami aku juga bekerja. Jika dibandingkan jumlah gaji aku dan gaji suami ku, gaji dia lebih 2 kali ganda dari gaji ku.

Tetapi gaji dia tak pernah cukup, sedangkan nafkah aku dia culas. Kadang-kadang dia bagi kadang-kadang tidak, kadang-kadang sampai meminjam lagi dari aku.

Bila disoal tentang kemana wang dia pergi pasti akan bergaduh.

Selama berkahwin, kami PJJ dia di selatan manakala aku di Utara. Tempat kerja dia menyediakan pakaian dan tempat tinggal untuk dia.

Jarak untuk pergi kerja tidaklah jauh mana. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai tempat kerja. Gaji yang dia dapat hanyalah untuk sara makan minum dia dan bayar motor tu pon tak sampai RM500 sebulan.

Mana lebihan gaji dia? Sehinggakan nafkah untuk aku, kena aku merayu mintak baru dapat. Itu pon dia akan pinjam balik dan tidak bayar pon hutang tersebut, malah pinjam lebih dari yang diberi.

Diawal perkahwinan dulu dia sering sangat memarahi aku. Kalau aku bertanya apa-apa soalan jika tidak kena ngan dia, terus-terus marah aku dan ada sekali tu dia menengking aku di depan adik ipar aku.

Hari tu adalah hari bersanding kami. Sehingga harini adik ipar aku tak boleh terima yang suami aku menengking aku. Dia cerita kan pasal kejadian tersebut kepada ibu bapa aku sebab kesiankan aku.

Tidak sampai disitu saja, baru-baru ni semasa aku dalam pantang dia mendesak untuk aku balik ke rumah ibu bapa dia, dan ibu aku pulak tidak bagi aku kemana-mana sehingga habis pantang.

Disini berlaku lagi perbalahan besar sampai ibu aku masuk campur, dia tak bagi aku ke rumah mertua sebab aku bersalin czer dan perlukan jagaan rapi.

Aku jadi tertekan, tak tahu apa patut buat. Aku nak taat perintah suami tapi aku menumpang rumah ibu. Jadi aku hanya duduk diam dirumah ibu dan suami tak berpuas hati hari-hari marahkan aku.

Jarak rumah mertua dan rumah ibu bapa ku tak sampai 10 minit.

Jadi selepas kejadian tu suami aku terus balik ke rumah ibu bapanya dan seminggu sekali datang menjenguk itu pon tengah malam baru dia datang dan esok sebelum 11 pagi dia balik kesana. Berlarutan sampai aku habis pantang.

Ibu bapa aku tanya kemana suami aku, kenapa tidak datang menjenguk.

Aku bagitahu ada suami datang tengah malam pagi-pagi dia balik ke rumah ibu bapa dia.

Ibu bapa aku tak boleh terima kata mereka suami aku tak jalankan tanggungjawab dan sekarang ibu aku menyuruh aku untuk bercerai.

Apa yang patut aku lakukan?

Aku tak mahu bercerai sebab kami ada anak masih kecil, tetapi ibu ku tak suka tengok suami aku marah-marahkan aku dan tak jalankan tanggungjawab. Buntu…

– Bee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Mana ada emak yg boleh lihat anaknya dibuat begitu. Masih awal perkahwinan dan anak baru lahir menantu llaki dh buat perangai. Nafkah culas ntah2 nanti nafkah anak pun ke laut. Hidup berumahtangga ni bukan setakat cinta je tanggungjwb tu penting. Klu tidak jgn berani2 amik anak orang yg dijaga dgn baik oleh ibu bapanya. Hidup dh senang tiba2 masuk mulut naga. Emak mana x sakit hati. Awak fikir le sendiri demi kebaikan awak jg.

  2. suami awk mmg sikit problem ni. faham je ada suami yg tak selesa duduk rumah mertua lama-lama. tetapi, dalam kes ni, awk tu baru lepas bersalin. keselesaan awak lagi penting dari keselesaan dia. tak kan tak boleh tolak ansur? kalau awak berpantang rumah mertua, nak kena jaga aurat dengan ayah mertua/ adik beradik lelaki suami. haish kenapa ada setengah suami susah nak faham perkara ini ya? tolong lah bagi izin isteri berpantang di tempat yang isteri selesa. isteri nak berpantang dengan tenang. susah ke nak faham ek??? berpantang pun bukan makan tahun, 44 hari ja. sabar & bertolak ansur lah sedikit. ayooooo

    semoga puan tabah, dan berdoa minta petunjuk dari Allah SWT mana jalan yang terbaik.

  3. Mak ko suruh cerai sbb x sanggup tgk ko dimaki hamun.X lama lg naik tgn la pulak..

    Ko nak tggu dia berubah?Takkanlah..kalau dia syg..dia xkn sggup menyakitkan hati isteri dia sendiri apatah lg buat penderaan emosi mental

    Jgn bg alasan sbb anak.Nk ke tgk anak membesar dgn caci maki bapak?Nanti anak membesar dlm suasana x sihat dn mempengaruhi emosi dia…anak drp childhood trauma ni esok2 besar jd org mudah rendah diri..sensitif..rs diri tak guna dll…

    Byk keburukan dr kebaikan simpan suami dajjal mcm ni.Fikir2kanlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *