Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Aku gelarkan diri aku Iman seorang lelaki dan berumur 29 tahun,
Baru-baru ini aku baru sahaja berhenti kerja atas faktor gaji, sebab dah tak boleh naik bawah RM1700 sahaja.
Sama ada aku sambung belajar di usia tua ini atau pun aku ceburi bisnes, itu jalan untuk aku dapat income lebih banyak.
Tujuan aku berhenti, untuk aku fokus pada side income yang aku lakukan ketika itu, aku tak ada hutang PTPTN mahupun loan. Komitmen aku pun tak tinggi mana jadi aku buat keputusan berhenti kerjalah.
Sekarang ini dah lebih 6 bulan aku berhenti dan kewangan aku pun berada pada tahap kritikal. Bulan depan dah kena bayar SPAY LATER, aku pun tak tahu cukup tak nak bayar untuk bulan depan.
Bisnes aku belum berjaya jana income yang banyak, buat masa sekarang hanya cukup cukup makan.
Jadi aku cuba cari jalan penyelesaian yang lain dan aku terjumpa 2 penyelesaian.
1. Cari kerja.
Sebab kewangan aku dah kritikal aku perlu cari kerja untuk bayar segala mak nenek hutang spay later.
Aku buat hutang pun sebab terpaksa fon rosak jadi kena ganti baru, nak beli yang murah sangat, rasa rugi pula, jadi mengikut rasional aku buat lah secara installment.
Aku kena menanggung hampir RM 900 untuk bayar SPAY LATER.
Waktu kerja rasa macam mudah je nak bayar, dah tak kerja ini tawakal sahaja.
2. Tulis novel.
Sebab aku bosan kan, jadi aku terjumpa lah novel.
Jadi satu hari aku taip berapa jumlah orang boleh dapat melalui novel ini.
Alangkah terkejutnya aku.
Ada yang dapat $4000 hingga $20,000 bergantung pada tahap kepopularan novel tersebut.
Aku pun dah bermula tapi tulis novel fanfiction sahaja lah bukan original novel.
Aku dah dapat $200 dollar sebulan.
Kenapa sikit? Well sebab fanfiction kan macam Harry Potter kita tak boleh jual, itu dah ada copyright.
Yang kita boleh buat adalah minta orang support, harap pada donation sahaja.
Jadi aku berjaya lah kumpul orang support aku dan novel aku pun power gak dapat lebih 2 juta view. Lebih kurang 16,000 viewers untuk novel fanfiction aku tulis.
Sekarang ini aku baru planning nak tulis novel original
Tapi kewangan aku dah berada pada tahap kritikal, nak survive bulan depan aku cuma tawakal pada Allah.
Jadi macam mana patut tak aku cari je kerja, pasar malam ke apa atau pulas je idea giler giler tulis novel.
Yang bisnes aku buat postpone dahulu.
Mungkin ada yang tanya kenapa banyak sangat tulis novel kan?
Sebabnya platform aku guna ni adalah platform global, maksudnya berbilion manusia boleh baca.
Bayangkan satu page dalam 1200 patah perkataan orang bayar RM 0.50 sen satu. Kalau dah 10,000 orang bayar kan dah RM 5000
Sebab itu tak mustahil boleh dapat banyak dalam penulisan novel. Kalau yang macam aku fanfiction, orang buka baca benda free je, jadi tak kena bayar pun
Semuanya harap pada donation sahaja.
Jadi mana patut aku buat?
Cari kerja luar atau push je buat novel, kalau tak cukup pinjam pada orang lain?
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Come on Iman.. Handphone mahal kau sanggup beli hutang.. ilmu kewangan free bersepah kau boleh cari tak pernah baca ke? Tak pernah follow? Apa guna pakai handphone mahal benda mcm ni pun kau tak tau? Dlm hidup ni nak buat apa2 semua kena ada ilmu. Timbang Tara dulu.. bukan hentam kromo je. Kau nak resign tu patut dah ada saving 6 bulan gaji last as backup. Dah p cari kerja balik.
Saya tahu platform yg en Iman maksudkan. Sbb saya pun pernah menulis di beberapa platform global juga. Tapi en iman, 200 dollar tu x bnyk pon. Lagi² duit 1 dollar cuma 4 ringgit lebih. Setakat beli kopi sachet untuk berjaga pun rasa tak berbaloi. Lainlah kalau penulis indonesia. 1 dollar tu sgt² besar untuk mereka. siap bleh beli motor cash lepas beberapa bulan tulis di apps novel.
Lagi satu, bukan ke en iman berhenti kerja sbb rasa x cukup dengan gaji 1500-1700 tu? Why not cari kerja makan gaji yg lain. Nak tulis novel online tu bleh je buat waktu cuti. So en iman dpt active income dan juga passive income. Lagi satu, sekarang ni dah makin ramai penulis muda dan en iman makin tua. Be wise. Kembangkn kerjaya makan gaji anda dan bijak atur kewangan. Dalam masa sama, tulis je novel melayu hntr kat alaf 21, prima ke, kakinovel ke. ikut suka la. yg penting, sila cari kerja. Setidaknya bulan² dapat simpan kwsp dan boleh simpan di asb