Salam semua. Aku lelaki berumur lebih 30 tahun. Kali ini aku nak luahkan sedikit kekeliruan tentang masa depan aku—aku sendiri tak pasti hala tuju yang patut aku ambil sekarang.
Sebagai latar belakang, sejak pandemik COVID-19, aku sudah biasa bekerja dari rumah WFH.
Namun, pada hujung tahun lepas aku memilih untuk berhenti kerja kerana merasakan pendapatan ketika itu terlalu sedikit, aku pun dah berumur tiba masanya aku cari duit lebih untuk berkahwin.
Sementara masih single ini lah patut aku dapatkan income lebih, Aku ingin mencuba sesuatu yang baharu dan berusaha meningkatkan sumber kewangan, jadi aku nekad untuk memulakan perniagaan sendiri.
Malangnya, bisnes tu tak menjadi seperti yang aku harapkan.
Lepas tu, aku dapat kerja WFH balik tapi kontrak cuma untuk 3 bulan, dan sekarang dah masuk bulan kedua. Julai ni bulan terakhir aku dengan kerja tu—Ogos nanti aku dah tak kerja dengan mereka.
Masalah sekarang, sepanjang tempoh 3 bulan ni, aku berjaya jana income lain juga.
Aku tulis novel, dan alhamdulillah sekarang pendapatan aku daripada menulis dah cecah USD300 sebulan dalam RM1100 sebulan. Duit tu cukup untuk tampung komitmen bulanan aku, rumah, eletrik, internet, makan.
Disebabkan itu, aku mula terfikir:
Perlukah aku cari kerja baru, atau terus fokus je pada penulisan novel?
Aku rasa macam, aku ada potensi dalam bidang ni sebab kat Malaysia tak ramai dan aku memang terfikir nak jadikan penulisan sebagai kerjaya jangka panjang selepas dapat jana duit USD melaluinya.
Kalau korang tanya, “Apa endgame dalam bidang ni?”
Jawapan aku: Berdasarkan apa yang aku cari di Google, penulis novel English (terutama yang tulis untuk platform online) boleh jana pendapatan sampai USD10,000 sebulan.
Sedangkan gaji kerja biasa aku pun cuma dalam RM2000 lebih je. Jadi aku rasa macam rugi kalau aku tak cuba fokus sepenuhnya pada novel.
Tapi… aku masih ragu-ragu.
Perlukah aku main selamat dengan cari kerja tetap? Atau terus kejar impian jadi penulis sepenuh masa?
Aku hargai kalau korang boleh bagi pendapat. Mana tahu boleh bantu aku buat keputusan yang lebih jelas.
P/S: yang tanya kenapa gaji sikit sangat padahal dah 30.
Well sebab aku punya tahap pendidikan adalah SPM sahaja, aku pernah join STPM tapi tak boleh go susah sangat subjek sains, nak sambung belajar diploma.
Tapi aku ada masalah kewangan waktu dulu sebab itu aku terus je kerja.
Tapi itu semua dah berlalu, yang penting sekarang dan apa aku boleh buat untuk bina ekonomi aku sendiri.
– Aziz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit