Assalamualaikum admin. Aku Gee. Terima kasih jika siarkan confession aku ni. Untuk readers semua, aku nak buat confession pasal family mertua aku, mil actually.
Aku berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka dan suami aku memang baik. Cuma kadang-kadang aku tahu dia tersepit dan serba salah. Aku seorang isteri yang bekerja dan aku memang tak berkira dengan suami aku. Aku sayang dia. Kami ada anak, seorang. Bila duit dia tak cukup, aku yang tolong settlekan apa yang tak cukup. Kereta yang kami pakai pun, aku yang bayarkan. Hal-hal lain banyaklah yang aku tolong dia. Bukan menidakkan tanggungjawab dan kemampuan dia, tapi aku cuma nak meringankan beban je. Aku taknak dia dan anak aku rasa susah. Tu je.
Back to the track, family suami aku duduk berlainan negeri dari kami. Tapi tak jauh mana. Around dua tiga jam perjalanan, sampailah. Aku tak pernah menghalang suami aku nak berbakti pada mak dan family dia. Sebab ayah dia pun dah meninggal, sama macam aku. Jadi aku faham. Tapi sesekali, hati kecil aku ni terusik juga. Dalam adik beradik dia, suami aku ni antara yang pendiam dan ‘kurang berjaya’ pada pandangan mak dia. Yelah, dia cuma pekerja biasa, juruteknik je. Bila kami balik weekends, aku tak lupa nak belikan barang-barang dapur untuk mak mertua aku. Kadang-kadang bawak mil dan adik ipar makan luar atau tapaukan je makanan supaya mereka tak payah susah-susah untuk masak untuk kami anak beranak. Mungkin effort kami untuk menyenangkan mereka, mereka tak nampak. Lagipun bila kami balik, lauk-lauk beberapa hari lepas dipanaskan je untuk kami makan atau aku akan goreng telur, jauh berbeza dengan kepulangan adik-beradik dia yang lain. Bukan aku tak boleh nak beli lauk dan masak sendiri, tapi korang tahu kan bila orang tak suka kita, kita masuk dapur dan masak pun dah macam nak letak racun dalam makanan diorang. Suami aku tak komen apa-apa, dia kata takpe, dia suka telur. Aku pulak yang sedih dan aku tahu dia juga mahu dilayan seperti anak-anak yang lain.
Dirumah mil juga, kami tak punya bilik. Aku dan anak aku akan tidur diruang tamu atau dibilik kakak ipar itupun jika akak ipar tiada. Aku tak kisah walaupun mil aku layan biras aku special gila daripada aku. Dan mil aku juga pernah kata yang aku dan anak aku ni suka tidur merata tak macam biras aku. Macam mana tak tidur merata, bilik pun tiada. Semua bilik yang ada untuk adik-beradik yang lain je. Lagipun balik sehari dua je, aku tak kisah, janji suami aku dapat jalankan tanggungjawab dia. Ikutkan hati aku, nak je aku tidur dihotel berhampiran, tapi aku kesiankan suami aku. Jadi tak mengapalah kena kata pun.
Mil aku selalu cakap (setiap kali aku balik rumah dia) yang suami aku ni slow, tak pandai apa-apa, gaji kecik, tak macam anak-anak yang lain blablabla yang memang terngiang-ngiang ditelinga aku bila teringat. Ye, aku pernah buat tak tahu masa kami mula-mula kahwin dulu. Aku ingatkan akan berakhir. Tapi sekarang dah 4 tahun kami berkahwin dan dah punya anak dah, masih lagi ayat yang sama tu keluar setiap kali kami balik kampung. Even depan saudara-mara, siapa-siapalah, kalau mil aku rasa nak cakap, dia akan cakap je.
Hati isteri mana yang tak terasa. Yelah, suami kita. Tapi itu pun anak dia juga. Bukannya suami aku tak menyumbang apa-apa langsung untuk mereka sekeluarga. Walaupun gaji kecik, tapi dia tetap bagi duit tiap-tiap bulan untuk mak dia. Bawa mil ke klinik dan beli barang keperluan. Kalau ada apa-apa kenduri, dialah orang yang paling banyak kena suruh. Kesana-kesini. Dan dia seorang anak yang baik dan taat. Apa je arahan dan permintaan mak dia, dia akan penuhi. Tapi tetap juga dilayan begitu. Kesiannya kau bang.
Aku pun terkena tempiasnya. Disisih, disindir. Bila diorang berkumpul, berborak, aku pun datanglah nak join, seorang demi seorang bangun dan akhirnya tinggalkan aku seorang. Macam tu juga bila tengok tv. Bila aku datang atau tengok sama, itulah yang akan terjadi. Sama juga bila kat dapur. Ada sekali tu diorang sibuk buat breakfast, aku pun joinlah nak tolong apa yang patut. Aku tawarkan diri nak buat air untuk semua orang pagi tu. Mil aku cakap tak payah, buat untuk Edy (suami aku) je. Aku pun buatlah. Dua tiga minit lepas tu, biras aku buatkan air untuk semua. Hm takpelah mungkin aku buat air tak sedappp…
Aku pernah suarakan hal-hal ni pada suami aku, aku tanya apesal mak dia selalu cakap macam tu, banding-banding, layan tak sama rata, kutuk depan orang, tapi suami aku cuma cakap dengan sedihnya ‘belajar terima hakikat dan keadaan ni’. Aku sebenarnya tak boleh terima sebab aku dibesarkan dalam family yang supportive. Walaupun dalam adik-beradik ada yang belajar tinggi, tak belajar, kerja kokak-kokak je, mak ayah aku tak pernah nak bandingkan kami, malah bagi semangat untuk majukan diri.
Aku pernah jawap pada mil aku bahawa itu semua kerja Tuhan, rezeki ditangan Tuhan dan suami aku dah berusaha. Lagipun kami bukan susah sangat kais pagi makan pagi pun. Cukup selesa untuk kehidupan kami bertiga dan aku sendiri tak pernah merungut apa-apa. Bila dah 4tahun lalui dan hadap layanan yang macam tak rela, tak gembira dengan kepulangan atau kedatangan kami, dibanding-banding, disindir, disisih, aku jadi takde nafsu nak balik kampung suami aku. Sebab aku takut aku tak boleh bersabar lagi dan terjawap apa-apa yang mungkin mengguris hati mil aku dan family suami aku. Nanti bertambah-tambahlah tak sukanya mereka pada kami.
Aku tahu perbezaan ni mungkin juga terjadi sebab suami aku kahwin dengan aku. Mungkin sebelum kami kahwin tak macam ni pun. Sebab aku memang orang negeri lain dan mereka ni memang kalau boleh nak kahwin dengan orang sama negeri. Kalau kahwin dengan orang sebelah rumah mereka lagi bagus, ha mcam tu la sebab aku pernah terdengar mereka borak dan cakap aku ni ‘orang luar’ walaupun aku sepatutnya dah jadi sebahagian daripada keluarga besar mereka. Tapi siapa mereka nak tolak kuasa Tuhan. Jodoh dah ditetapkan. Walaupun aku duduk Uganda dan suami aku duduk Mexico sekalipun, kalau dah jodoh, bertemu jua.
Cuma aku harap semua ni akan berakhir dan suami aku dapat kegembiraan yang dia nanti selama ni. Doakan kami.
Gee.
– Gee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit