Aku sudah bekerja di sini selama 1 tahun lebih, makin lama kerja aku makin stress dan aku mula rasa bosan.
Aku bekerja di sebuah syarikat yang agak dikenali dikalangan rakyat Malaysia. Aku ditempatkan di cawangan di KL
Aku sudah pun menjadi manager di tempat aku bekerja di cawangan KL,
Tetapi yang membuatkan aku kerja di sini menjadi bosan dan stress ada aku berkerja berseorangan tak ada siapa yang tolong boleh diakatan semua benda aku buat sorang tak ada siapa yang tolong aku.
Majikan aku hanya datang bila perlu jika tidak aku akan bekerja seorangan dan aku cepat stress selepas semua kerja dan masalah yang aku hadapi bila bekerja aku kena hadap sorang, selesaikan sendiri.
Aku merasakan working dalam team kerja aku memang tak ada.
Majikan aku tidak mengambil pekerja lain kerana mahu menjimat kos pembelajaan company tetapi aku yang kena tanggung semua masalah dalam tempat kerja ini.
Aku juga menjaga phone syarikat yang menyebabkan aku lagi stress kerana boleh dikatakan setiap hari aku berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan melalui phone syarikat tersebut.
Aku pernah menangis seorang diri apabila aku balik dari kerja dalam kereta kerana terlampau stress dengan kerja yang banyak dan masalah kerja yang aku harus hadapi seorang diri.
Aku cuti seminggu sekali membuat aku tiada rasa masa untuk diri sendiri kerana masa cuti aku juga majikan aku menghubungi untuk bertanyakan tentang kerja.
Gaji aku hanya mencukupi untuk aku isi minyak ulang alik kerja, tol, makan, beli barang dan bagi pada keluarga.
Penyebab aku stress juga adalah merasakan gaji aku tidak pernah cukup dgn apa kerja yang aku buat.
Aku telah membuat keputusan untuk menghantar surat resign pada hujung bulan ini memberi tempoh sebulan awal sebelum berhenti.
Keputusan ini agak berat buat aku kerana aku suka apa yang aku buat tapi aku tak dapat meneruskan kerja ini kerana aku bosan dan stress berkerja seorang diri.
Aku juga telah memulakan sebuah perniagaan semasa aku sambil berkerja,
Alhamdulillah boleh dikatakan aku nampak yang perniagaan aku semakin baik, ini juga adalah faktor untuk aku berhenti kerana aku mahu focus untuk berkerja sendiri.
Terima kasih kerana memberikan peluang pekerja ini kerpada saya selama 1 tahun 2 bulan ini.
Doakan aku dipermudahkan segala urusan…
– IZZUE (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit