Patutkah Aku Bertahan?

Assalamualaikum semua, saya Nur baru beberapa bulan berkahwin. Sebelum kahwin, kami membuat maksiat dan tak sanggup hidup dalam kemaksiatan paksa dia mengahwini diriku.

Ya sebab itulah aku tidak fikir masak2 perangai pasangan aku itu dulu sebelum berkahwin. Kerana ku tahu tiada lelaki lain yang mahu dengan diriku yang kotor ini dan aku berasa kasihan dengan lelaki lain bila tahu mendapat bekas orang lain.

Aku ingat lepas berkahwin, bahgia sebab aibku tertutup sudah. Tapi rupanya itu hanya permulaan dari sebuah kehidupan. Ku diuji dengan perangai suamiku yang sangat menyakitkn hati. Perangai suamiku, N sangat berbeza dengan diriku.

Dia sangat pembersih, suka kemas2. Aku ditengah2, bila rajin kemas2 biasanya malas bersepahla. Si dia panas baran, ku penyabar. Dia suka membebel, aku suka diam kerana menjaga tutur kata. Dia pula suka cakap lepas, selalu aku menangis makan hati kerana ditengkingnya.

Kami pjj, weekend saja jumpe. Tapi bila jumpe saja, aku menangis 3 kali sehari kerana dimarah2 olehnya. Aku sudah cuba buat dia tak marah tapi gagal, mood marah2nya datang ibarat bom jangka pendek tetibe meletup.

Bayangkan balik bercuti didalam kereta, tetiba dia bertanya sudahkah aku mencari rumah. Aku tengah happy tengah bercuti ditanya pasal rumah, mestila blur2. sudahla disuruhnya buat perbandingan details semua dalam bentuk paperwork, excel mcm aku staff dia majikan pula.

Pembaca sekalian, kami bekerja. Penat aku balik bekerja, takkan hadap laptop balik buat paperwork pula. Bila masanya aku nak rehat. tapi suamiku sudah gila agaknya, katanya itu hanya alasan.

Jadi, hadapla aku kena tengking dimarahnya dalam kereta depan mak mertua tau. Sungguh kejam dia, di mana air muka ku sebagai isterinya.

Aku yang tak berapa pandai masak seperti ibunya pun dicanangnya tak pandai masak. padahal aku sudah masak, dia saja yang cerewet. Salah sikit, dimakinya, tengking dan tak mahu makan masakanku.

Penat2 aku masak untuknya langsung tak dihargai, aku down sampai last sekali masak pun untuk aku jela. Dia tak makan sudah. Sekali dia bandingkn aku dengan wife kawan dia yang masak untuk suaminya, tak faham aku.

Suamiku nak apa, aku sudah masak untuknya tapi dia yang cerewet tak mahu makan sebab tak sesedap masakan ibunya.

Dia tahu order saje, dia ingat dengan survey2 harga rumah boleh dapat rumah. Aku sampai disindir masa bertanya kawan2 ofis bagaimana membeli rumah,

“Cari rumah kerja suami dik. Dulu akak tinggal masuk rumah saja, suami yang uruskan semua. Apela awak yang susah2 settlekan semua, mana tanggungjawab suami awak sediakan tempat tinggal”.

Aku sampai keluarkan duit kwsp untuk deposit rumah, boleh duit dia yang ada untuk tukar sport rim. Sedih juga, wife sendiri ada cincin nikah saja laki dah tukar sport rim baru. Tapi takpela, dah hobi dia.

Tapi semua itu tak cukup, ditengkingnya aku sebab tak buat bisnes part time. Dibandingkan aku dengan skandalnya yang hampir dia nak kahwin tu, seorang nurse yang rajin buat part time cucuk vaksin.

Pedih tak payah cakap, sampai hatinya dia. Aku setia dengan dia, rupanya dia berskandal dengan perempuan lain. Bila bergaduh diungkitnya perempuan lain lagi bagus, aku tertekan. Aku nak jadi diriku yang sebenarnya, bukan diri orang lain.

Wahai pembaca, aku masih hairan adakah aku salah tidak membuat dropship. Sekarang tanggungjawab mencari duit terletak dibahu isteri ke?

Padahal aku tidak pernah mempersoalkn nafkah yang diberinya itu tidak cukup, tapi aku diungkit menyusahkan dirinya perabih duit saja sebab aku tidak buat dropship seperti wanita lain.

Aku seorang introvert, bukan mudah bagiku berubah cepat pandai berkata2 jual dengan orang. Katanya aku tanak membantu kewangan suami serta gajiku kecil.

Dia mahu tinggalknku demi seorang janda anak dua yang kaya jika ada janda yang mahu dgnnya. Katanya dia tidak menghargaiku sebab aku tidak berduit untuk tolong support dia, dia expect aku dapat menolongnya sekurg2nya membyr separuh loan kereta dia.

Ya tuhan, terasanya hatiku. Aku kena berduit dulu dapat rasa kasih sayang suami? Sebegitu hina kah diriku? Aku menitiskan air mata bila teringat kata2nya itu.

Tak habis2 diungkitnya, nak kahwin saja tapi urus rumah tak pandai. Dia sangat berkira berkaitan kerja rumah padahal kerja rumah tanggungjawab bersama. Aku rasa seolah2 seorang bibik, dimarahnya aku sebab lupa buang sampah. Ape salahnya dia bertolak ansur, menolong istrinya.

Dalam katil tak payah cakap, hobi suka mel*ncapnya jadi susah pancut bila bersama. Padahal dia nak anak, mulanya aku terasa wife depan mata pun pilih mel*ncap.

Lama2 ni aku fikir baik aku belajar mel*ncap jugalah, suamiku dah tak larat. Selalu sakit pinggang dengan terbiasa mel*ncap, aku rasa hambar.

Pernah bergaduh, dia suruh aku cari lelaki lain. Katanya dia tak kesah, bila jumpa laki lain bagitahu jela dia untuk dilepaskan. Ada dengan takde same saja tak berguna. Buatlaa ape yang kau suka, tak pedulila. Dah tak tahan dengan perangai kau (gaduh sebab kek tak jadi).

Aku jadi tertanya jika betul aku mencari lelaki lain adakah aku salah? Bolehkah aku buat apa yang aku suka contoh keluar rumah sesuka hati berjalan2 mengubati hati yang sakit ini, dah laki sendiri suruh.

Patut ke aku meminta cerai atas perangai suamiku itu?Aku baru saja beberapa bulan berkahwin, patutkah aku memberinya peluang untuk berubah. Bertahan atau tidak pada perkahwinan ini? adakah perkahwinan ini toksik?

Jujur, aku dah mula takut bertemu suamiku. Pernah suatu hari, aku tetiba senggugut. Sudah memberitahunya 2 kali, tapi dia sibuk dengan hp jadi tak perasan kot aku berkali2 jalan membongkok sambil memegang perut yang sakit2.

Disuruhnya aku tengok2kan lempeng kelapa, aku yang tak tahan menahan sakit berdiri lama tunggu masak buat keputusan buat lempeng tu besar2. Suamiku mengamuk ditonyoh2nya didahi sebab bodoh dan ditariknya rambutku.

Aku jadi trauma, takut dibuatnya lagi teruk dikemudian hari sebab dia pernah menggugut tunggu masa saja naik tangan dengan kaki ni. Guna mulut tak faham2kan, kena dipukul baru faham. Aku mahu report, tapi risau tak dilayan sebab tiada lebam2.

Aku sebenarnya sangat sayangkan suamiku, tapi perangainya membuat aku yang penyabar ni pun tidak tahan. Adakah perempuan lain yang mahu lelaki macam ni selain aku???

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *