Patutkah Aku Pergi?

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Salam ramadhan. Pertamanya aku mintak maaf kalau penulisan agak berterabur sebab aku tengah kusut dan serabut sekarang.

Atas bantuan seorang kawan, aku nak cerita kisah aku ni. Sebab aku tak reti mana nak mengarang cerita. Dan aku minta di olah sedikit untuk menjaga aib semua.

Aku tak aktif di media sosial. Jadinya aku banyak memendam rasa. Kalau orang lain boleh meluahkan perasaan di FB, IG atau tiktok, aku pulak tidak tahu dimana nak luahkan. Jadinya aku rasa iium medium selayaknya untuk aku bercerita.

Aku Hawa, bukan nama sebenar. Telah berkahwin dengan Adam 7 tahun. Entah kenapa hidup aku selalu di uji. Dari alam percintaan, pertunangan dan perkahwinan ada saja ujian buat aku.

Kadang kadang aku berfikir, tidak layak ke untuk aku bahagia macam orang lain. Apa dosa aku sampai aku di uji begini. Kenapa aku tidak boleh bahagia macam orang lain.

Aku mulakan cerita ya. Aku kenal Adam 10 tahun yang lalu. Tidak mahu kenal lama, Adam ingin aku menjadi isteri dia yang sah. Katanya sebab aku dari keluarga yang baik baik, dan suka dengan penampilan aku yang sopan dan alim.

Waktu berkenalan dan berkawan tu, aku dapat tahu Adam sudah punya kekasih tapi terputus kerana masalah keluarga tidak merestui hubungannya perempuan tersebut.

Waktu itu aku dah mengenali Adam. Rasa sedikit kecewa sebab Adam tidak menceritak hubungan dia dengan perempuan itu. Aku panggil dia Fara.

Selepas putus cinta, Adam melamarku kerana tidak mahu membuang masa katanya.

Memandangkan usia dah semakin meningkat, dia berkerja dan aku pun sibuk berkerja berlainan negeri, jadinya agak sukar untuk kami selalu bertemu, dan katanya itu lebih baik untuk menjaga imej aku sebagai gadis muslimah.

Aku selamat bertunang. Dan dalam tempoh bertunang, aku di uji Adam berbaik kembali dengan Fara. Namun Adam menafikan.

Dan Adam beritahu aku, dia dan Fara cuma berkawan. Sebab Adam banyak terhutang budi dengan Fara, jadinya dia tidak mahu menjadi musuh Fara. Aku akur. Tapi aku tetap kecewa dan sedih.

Adam pujuk aku, Adam cakap Adam bakal jadi suami aku, dan patutnya aku tak perlu lagi risau tentang hal ini.

Tahun ke2 bertunang, Adam buat hal lagi, dan kali ini aku tahu Adam dan Fara bukan sekadar berkawan bahkan kembali bercinta.

Aku hubungi Fara menanyakan kebenaran. Fara tunjuk bukti yang mereka memang bercinta lagi. Lalu aku membuat keputusan untuk undur diri.

Aku pergi ke rumah mertua, untuk putuskan pertunangan. Mak mertua aku pujuk, kerana majlis kami dah dekat. Malu kalau putuskan memandangkan saudara mara dah ramai yang tahu dan bertanya hubungan kami.

Aku benar benar buntu. Adam menemuiku dan keluarga ku, memujuk aku untuk teruskan pertunangan ini, dan Adam berjanji untuk lupa kan Fara

. Akhirnya setelah semua berbincang aku setuju untuk teruskan hubungan ini. Lagipun aku masih sayangkan Adam kerana Adam cinta pertama aku.

Kami selamat bernikah, awalnya memang indah. Selang beberapa bulan, aku tidak hamil lagi Adam seolah olah kembali pada perangai dulu, waktu bertunang Adam selalu sibuk, katanya sebab nak cari duit untuk berkahwin, tapi rupanya sibuk bercinta dengan Fara.

Naluri seorang isteri, akhirnya aku dapat tahu Adam masih lagi berhubung dengan Fara. Aku mengamuk, marah marah Adam.

Dan Adam mula membentak aku, mengatakan aku tak percaya dia, dan percaya orang lain sebab Fara yang mengaku masih ada hubungan dengan Adam sedangkan menurut Adam dia dah lama tidak berjumpa Fara.

Aku tak tahu nak percaya pada siapa, sedangkan Adam dah pernah tipu aku sebelum ni.

Aku marah Fara dan beri amaran jangan ganggu suami aku lagi, Fara mencebik dan mengatakan yang Adam cari dia, Adam yang tak boleh lupakan dia.

Aku cakap, kalau kau tak layan, Adam takkan cari lagi. Dasar perempuan tak tahu malu. Teruk jugak aku maki hamun, sebab masa ni aku rasa aku patut percaya Adam dan salahkan Fara.

Aku benar benar dalam tekanan. Adam pulak bersikap acuh tak acuh. Layan aku sekadarnya saja. Aku memang sakit hati. Aku memang dapat rasakan Adam masih berhubungan dengan Fara.

Kalau tidak, kenapa bila aku minta tinggal bersama Adam, Adam beri alasan tak logik. Katanya takkan aku kena berhenti kerja semata mata nak ikut tinggal bersamanya.

Aku menangis merayu, tapi Adam tetap tak peduli. Katanya kos sara hidup tinggi. Tak mampu nak menyewa sendiri apa lagi jika aku nak berhenti kerja.

Aku beritahu Adam, orang lain gaji lagi rendah boleh je menyewa. Dan Adam mula marah aku, katanya aku tak faham dia. Paksa dia. Buat dia tekanan. Padahal dia yang buat aku tertekan.

Aku cakap, aku berhenti kerja nanti aku cari kerja lain kat tempat baru. Adam tetap tak setuju. Aku merajuk, berhari hari tak hubungi Adam, akhirnya Adam mengalah dan pujuk aku, nanti dia akan usahakan. Tapi sampai la aku lahirkan anak pertama.

Aku hamil agak lambat, setahun kahwin baru mengandung. Mungkin sebab aku kerap tertekan, hidup PJJ dengan suami, dan tidak dilayan seperti pasangan lain.

Aku ingat bila aku pregnant,  Adam berubah layan aku lebih baik. Rupanya sama ja. Sikap acuh tak acuh, bila bercakap telefon ada je alasan nak letakkan. Kadang tak sampai 10minit. Katanya sibuk. Rupanya sibuk nak hubunhi Fara.

Adam kantoi sekali lagi, masih bersama Fara bila aku tengok gambar kat Facebook. Aku sedih. Walaupun bukan gambar penuh, tapi aku tahu baju yang Fara pakai sama seperti baju Adam.

Gambar tempat mereka berjumpa, tempat tu Adam pergi juga. ALLAH maha melihat, satu persatu bukti aku jumpa. Aku mula kemurungan.

Tidak normal. Pergi kerja dengan wajah sugul, tiada selera makan, berkerja pun takda mood.

Orang fikir pembawakan budak, hakikatnya derita itu aku hadap sorang diri. Adam? Tetap salahkan aku kerana tidak percayakan dia. Dan teruk aku kena marah kerana sibuk tengok life orang. Sibuk stalk FB orang. Salahkan aku cari kebenaran?

Selepas aku bersalin, aku hampir meroyan, aku tengok list call ada nombor Fara. Aku kenal nombor Fara. Mungkin Adam tak sempat padam. Aku mengamuk lagi. Adam menengking aku.

Katanya tak habis habis curiga. Dia cakap hubungan dia dan Fara dan lama berakhir dan dia call Fara pun sebab ada urusan nak selesaikan.

Urusan apa tidak pulak di beritahu. Isteri mana yang tak kecewa, sakit hati dan sedih.

Hal ini berlarutan sampai aku melahirkan anak ke2. Adam tetap tak berubah. Walaupun kami dah menyewa sendiri, tapi dia tetap bersikap dingin. Layan aku bila dia nak kan aku je. Lepas habis selesai apa yang dia nak, dia tinggalkan aku tidur seorang diri.

Handphone dia dari awal kahwin sampai la sekarang selalu sorokkan dari aku. Aku taktahu dan aku benar² buntu. Aku tahu Adam memang masih berhubung dengan Fara, sebab tu kalau bercakap telefon, sembunyi sembunyi.

Bila kami duduk dalam kereta, takde nak jawab call atau balas mesej. Boleh kata taknak tunjuk langsung Handphone dia kat aku.

Anak minta nak tengok phone pun, dia awasi. Berjaga-jaga takut aku ambil dan spotcheck. Malam nak tidur, dia sorokkan di mana entah.

Pernah sekali aku dapat ambil handphone dia secara senyap senyap, memang clear WhatsApp dan call. Tapi Allah nak tunjuk, ada resit transaksi atas nama Fara. Jumlah yang banyak juga.

Aku sendiri tak dapat jumlah sebanyak tu. Bila aku desak dan persoal, sekali lagi aku kena maki hamun. Seolah olah aku yang bersalah check phone Adam.

Bila aku minta penjelasan, katanya bayar hutang Fara. Aku tanya banyak mana lagi, aku boleh tolong bayarkan. Adam diam.

Aku benar benar terluka dan kecewa. Sampai sekarang maki hamun dah jadi kewajipan buat Adam. Pantang silap sikit, mesti dia hamburkan amarah, mencarut dan menengking macam aku ni bukan isterinya.

Aku akan sambung part ke 2 nanti. Panjang sangat rasanya menulis.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *