Hi, aku Mawar Kuning, berusia 27 tahun dan sudah berkahwin dengan A selama dua tahun. Beza aku dengan confessor Patutkah Aku Pergi is aku belum ada rezeki anak, (https://iiumc.com/patutkah-aku-pergi/).
(Dear Hawa, you are brave, strong, great and lovely for choosing to keep loving Adam, but love yourself more and first in your own way, you define the way of loving yourself tu okayy)
Aku kahwin agak awal ya sebab aku pikir bila kahwin boleh bahagia hahahaha (mohon jangan kecam kebuduhan dakuu yaa) Aku juga actually menghidapi anxiety dan depression tapi aku tak seek for help dari awal sebab tak rasa pun macam sakit.
Okay back to story aku dengan A, kami berkenalan melalui apps cari jodoh warna pink. A lebih berusia daripada aku, kerja bagus rupa boleh tahan, agama okay.
Awal perkenalan, A memberitahu dia sedang mencari calon isteri yang boleh tinggal berjauhan dengannya. A bekerja di Borneo dan aku di semenanjung.
A kata kalau aku sudi untuk berkahwin dan PJJ maka hubungan kami akan ke next step. Aku merasakan A calon suami yang baik dan satu satunya cons adalah dia kerja jauh di Borneo sana.
Aku menerima A dengan fikiran bahawa bila lepas kahwin mestilaa suami sayang nak isteri dia duduk dekat kann..
Long story short, kami bertemu sekali dan aku riki riki pasal A dari kawan FB dia, A juga pergi ke rumah aku untuk bertemu ibu bapaku dan mereka juga berkenan dengan A. Family A pun baik baik saja nampak waktu datang merisik aku. Kami kampung sama negeri.
We did went to next step, waktu tunang, A tak balik, aku okay sajaa walau kuciwa sedikit. Lepas 3 bulan bertunang kami nikah, everything was smooth.
Waktu nikah A taknak ada cincin nikah sebab dia taksuka pakai cincin katanya, aku tak persoalkan, dia hadiahkan seutas gelang sahaja untuk batal wudhuk.
Btw, aku sudah istikharah beberapa kali sebelum terima dan setiap hari sebelum majlis nikah, aku selalu doa, Ya Allah, kalau A ni buruk untuk aku Engkau halanglah pernikahan kami dan jika sebaliknya permudahkanlah..
So, okay selamat nikah dan awkward la juga sebab baru nak biasakan diri kann tapi A banyak cakap so okay laa, takdelaa krik krik.
Awal nikah kami duduk bersama seminggu jee, lepastu A balik Borneo aku balik lembah Klang. Kalau nak jumpa A kat Borneo aku yang kene fly sebab A kerja yang susah cuti. Sempat pergi dua kali lepastu Covid melanda aku takdapek la jumpa A lagi untuk beberapa bulan.
Aku meroyan selalu gaduh dengan A sebab aku tak tahan berjauhan dengan A, aku cakap nak resign keje n duduk dengan A, A tak bagi , katanya ambil pengalaman kerja dulu dekat sini.
Aku minta cerai dia setuju untuk bercerai tahun berikutnya supaya tak nampak kejap sangat nikah. Choiii, hahahaha. Tapi aku sunyi, so aku pujuk dia balik hukhuk. Tapi mmg makin lama makin dingin lah dia dengan aku.
One day, A kantoi masih berhubung dengan ex-GF, K yang seorang non-muslim di Borneo jugaa. Aku mengamuk, A diam dan suggest untuk berpisah dan aku taknak. Aku gigih pergi sana jumpa dia walaupun dia duk bluetick aku.
Aku jumpa A dan dia cerita yang dia tak break properly pun dengan K dan tak bagitau pun K yang A kahwin dengan aku. Cerita A, K menangis-nangis bila tahu A dah kawin, A dan K dan berkawan lebih 10tahun gaiss, tapi K tanak masuk Islam so tak boleh laa proceed.
Kesian laki akuu hukhuk. Kesian jugak aku yang tiba tiba terselit dalam citer dorang. A macam Adam jugaklaa selalu beralasan terhutang budi pada K dan takkan nak tinggal K kontang kanting, so dia bagi kereta dia dekat K guna, taktaulah apa lagi yang dia bagi..
Waktu aku terima A dulu, dia kata dia kawan saja dengan K ni sebab aku ada jugak nampak gamba dorang kat FB, aku percaya laa sebab K non-muslim and aku pikir mestila A single kan sebab tu join apps cari jodoh islamik tuuu kann. Huhu aku noob aku tahuu..
Aku balik dari Borneo dan fikir masak-masak, aku nak cerai, A taknak dan dia kata K yang taknak letgo dia. A kata dia takkan letgo aku juga.
Sekali lagi, aku yang kesunyian terima A balik. Hahahahah.
Dengan harapan A sayangkan aku dan nak hidup bersama aku. Lepas peristiwa kehadiran K, aku dengan A selalu on off juga laa, kejap baik kejap gaduh sebab aku terpaksa ask for bare mininum, call whatsapp kene meroyan dulu baru nak dilayan oleh A.
Kadang A layan aku okay, kadang cam tak ingat aku langsung huhu. Time A balik bercuti kami okay jee baik baik jee, huhu bila balik negeri kerja masing-masing mulaa laa aku cari pasal sebab cari perhatian, hahaha aku kann sunyiii…
Aku usaha cari kerja di Borneo supaya dapat tinggal bersama A. Recently, aku dapat weh offer keje bidang aku kat sana, aku excited inform A, A kata nanti boleh laa cari bilik sewa dulu kat Borneo.
Aku terkejutzzz dan kuciwaaa 10000xx sebab dah aku dekat satu daerah dengan dia pun dia suruh aku duduk asing wehh.
Alasan dia rumah sewa dia sekarang sharing dan ada kontrak sampai hujung tahun ni, hujung tahun baru boleh minta kuarters.
Aku tak boleh terima alasan dia wehh. Nak seribu daya taknak seribu dalih kann. so aku minta cerai lagi. Aku rasa ni perkara paling lovely aku penah buat untuk diri aku kot.
A kata nampak aku dah hilang sabar sangat ni , dia hujung tahun baru nak cerai sebab dia terikat protokol. Huhu, so aku sunyi lagi tapi dah tak contact A atau uturn lagi. Aku rasa A sayang K lagi dan dia taknak pun aku yang cantik lagi manis ni hahahah sebab tu banyak alasan.
Aku sedih of course, jumpa psikiatris and dia suggest aku ambil anti-deppressants small dose, aku rasa cam taknak amik ubat pun. In syaa Allah doakan aku happy ceria function well for my dunia akhirat yaa..
Aku nak cerai pun aku kesian kat mak ayah aku yang dah tua n kurang sihat sekarang nak kene pikir pasal aku pulaa, aku dahlaa anak tunggal, huhu..
Tolong tauu doakan kami juga, kalau memang berpisah baik untuk dunia akhirat kami, doakan supaya Allah mudahkan dan gantikan yang jauh lebih baik buat kami. Wallalahi aku sayang A dan aku nak sangat dia bahagia dunia akhirat.
Waktu kami duduk bersama sekejap-kejap tu A baik saja dengan aku dan family aku.
Kalau memang jodoh kami panjang, doakan supaya Allah persatukan kami di tempat yang berkat dan dekatkan hati kami, menanamkan cinta dan kasih terhadap satu sama lain, saling menyejukkan mata dan menenangkan jiwa.
Doakan tau, mungkin ada antara kalian yang mustajab doanya. Thankyou semua, semoga semua yang membaca bahagia dan selamat dunia akhirat.
Lots of love,
– Mawar Kuning (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit