Salam dan hi semua pembaca. Maafkan andai penulisan aku berterabur. Aku tak pandai menulis sebenarnya, tapi aku ingin meluahkan isi hati.
Aku dah berkahwin, ada anak seorang hampir cecah 2 tahun. Suami aku duda anak dua, perbezaan umur 10 tahun antara kami.
Aku terima lamaran suami kerana dia sangat hormat orang tua, penyayang, dan paling penting tak pernah culas nafkah anak-anak.
Aku bekerja swasta, gaji bersih dalam 4k sebulan. Suami juga bekerja swasta, gaji bersih dalam 9k sebulan.
Suami aku ok bab layan anak, ada tolong aku kemas rumah, kadang2 dia tolong masak jugak kalau aku tak sihat. Duit rumah dan utilities memang dia yang bayar. Kereta dan motor kepunyaan dia, dia yang bayar.
Aku juga ada kereta, aku bayar sendiri. Tapi kalau bab makan kat luar, aku yang bayar. Dia cuma akan bayar jika anak-anak dia ikut sekali.
Kalau ke pasar pulak, aku beli ayam, ikan, sayur, etc untuk buat stok seminggu atau dua minggu. Semuanya aku yang beli.
Dia cuma akan topup benda yang dia rasa nak makan macam telur atau kicap. Tapi selalunya aku jugak yang beli barang-barang tu. Dia tak pernah hulur untuk beli barang-barang rumah sejak anak aku masuk taska masa dia baru 3 bulan.
Alasannya tak cukup duit, mintak aku tolong tambah since aku bekerja. Katanya perempuan bekerja niat kena tolong suami. Tapi gaji dia banyak dari aku, dan aku sepatutnya topup apa yang kurang. Bukan aku yang membeli semua.
Seterusnya yang aku lagi terasa hati bab nafkah anak aku. Anak aku taska sebulan RM500. Pampers dan susu lagi ada lah jugak tambah dalam RM300 untuk sebulan.
So total ni semua dah almost 1k. Duit taska dia bayar awal-awal dulu je.. dalam 3 bulan tak silap aku. Lepas tu aku yang bayar sampai sekarang.
Susu dan pampers pun aku selalu kena cakap banyak kali kalau nak habis. End up aku yang beli. Boleh dikira dengan jari berapa kali dia beli.
Dan anak aku masih belum dua tahun, aku jaga betul bab makan dia. Semua aku masak sendiri, dan makanan dia semua aku beli sendiri.
Aku tak pernah meminta langsung bab ni. Baju anak pun boleh kira tak sampai 5 pasang dia beli masa newborn dulu. Last aku jugak yang beli.
Kalau bab anak dia dengan ex-wife, apa yang kurang semua akan ditambah.
Nafkah 1k untuk makan saja di rumah sana saja untuk dua minggu. Lagi dua minggu stay rumah sini. Makan kat sini. Baju sekolah bagi duit lain, baju pakai luar beli asing, belanja sekolah pun duit lain.
Semua tak termasuk dalam 1k tu untuk dua minggu. Dia tak berkira langsung bab tu sampai aku fikir kalau ada anak, dia akan ok bab nafkah anak. Kalau anak dia ke klinik, claim RM30 laju je transfer.
Apatah lagi kalau RM100. Alasannya kalau lambat bagi nanti mak diorang buat hal tak nak bagi jumpa anak-anak.
Macam aku ada panel kalau ke klinik anak sakit tak perlu bayar. Tapi ada beberapa kali pergi klinik ramai sangat orang, dia tak nak tunggu. Last pegi klinik lain yang tak ada panel.
Bil dah almost RM200 masa tu. Senang je dia cakap guna duit aku, dia tak cukup duit. Aku dah check, dia tak de main game online atau judi.
Dia clean, tapi duit sentiasa tak cukup kalau untuk aku dan anak aku.
Nafkah untuk aku? Last aku dapat masa pregnant dulu. Lepas lahir je anak aku, apa langsung aku tak dapat. RM10 sebulan pun tak pernah hulur.
Macam aku dan anak ni membebankan dia. Aku jadi stres dan overthinking. Aku dah decide taknak dah ada anak dengan dia. Cukup la sorang je. Aku beli sendiri semua macam aku ni ibu tunggal dah.
Aku terfikir apa salah aku? Paling tak pun fikir anak aku dulu, bagi adil nafkah tu. Aku layan anak-anak sama rata. Aku masak, makan sekali.
Birthday aku bagi hadiah tak pernah miss.
Dan sekarang, aku terlalu penat. Balik kerja lepas mandi dan solat, aku layan anak aku dan terus tidur. Pagi aku dah penat hadap jammed nak ke tempat kerja lepas hantar anak.
Dan mulai harini aku dah tak nak beli apa-apa lagi barang rumah. Aku penat, penat buat baik. Aku dah takde rasa ikhlas nak membantu lagi.
Dan hari aku menulis ni, dah seminggu aku tak bercakap dengan dia. Tidur asing, macam housemate je. Aku dah malas. Aku dah penat nak bercakap. Kalau aku cakap, ada je jawapan yang menyakitkan hati. Perlu ke aku terasa hati?
Maaf kalau tulisan aku berterabur. Aku hanya ingin meluah…
– Yang terasa hati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit