Patutkah Aku Bertahan? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/patutkah-aku-bertahan/).

Assalamualaikum semua, saya pernah meluah di sini. Tujuan part 2 ni nak menjawab beberapa soalan.

Macam mana kami boleh terjebak zina? Aku sebenarnya adalah mangsa gangguan seksual masa kecil dulu membuatkan aku rasa curious adakah aku masih dara lagi?

Setiap hari aku rasa bersalah, kenapa la aku umur 10 tahun masih lagi naif masa tu. Orang yang aku percaya berbuat tak senonoh, depress kerana dah lupe ape yang dia buat.

Aku berkenalan dengan suamiku di tempat kerja, mulanya dia sangat dingin. Dia sangat teruja menawarkan diri menguji keperawananku dengan syarat berjanji tidak meninggalkanku.

Kami yang sama2 teruna terkejut bila aku keluar darah. Aku ingatkan mitos keluar darah masa hilang dara tu, sakit gile. Tak sangka masih dara rupenya aku ni, dia pun rasa bersalah dah ambil dara aku.

Gile betul tindakan aku ni, dia sendiri tak sayang dekat aku masa tu tapi aku dah bagi dara aku dekat dia. Dia pun terkejut, tak sangka aku betul2 bagi dara padahal mulanya bergurau je.

Dahla dia tak tahu sama ada sayang ke tak dengan aku, belum bersedia lagi nak kawin. Apalagi awal umur 30 tahun baru fikir pasal kawin.

Kebarangkalian untuk ditinggalkan tinggi kot, tapi entahla aku percaya naluriku yang menyatakan dia tidak akan meninggalkanku kerana dialah jodohku sejak kali pertama melihat dia.

Sebelum kahwin memang aku dah tahu perangai laki aku ni, tapi tak sangka bertambah teruk lepas kawin. Bukan aku je yang kena layanan teruk ni, mak dia pun sama. Sampaikn mak dia cakap,

“Kau masih bertahan lagi ea dengan anak aku. Aku yang mak dia pun tak tahan, ditengkingnya mak… mak nak lari kalau boleh, apela dapat anak macam ni”.

Mak cik dia pun kena juga membawang, “mulut longkang laki kau tu, sakit hati sangat2. Dibuatnya mak cik macam bibik dia tau”.

Dari sebelum kawin lagi suka ugut2 cari perempuan lain, tapi last2 kawin dengan aku juga.

Dia cerita cara dia memang kasar2, tengking2 sebab kerja dia kat site. Kalau lembut2 nanti kena pijak. Dia terbiasa layan orang kasar2 sampai pekerja2 pun takut dengan dia, terbawak2 bila bersama.

Dia anak bongsu, saya anak sulung. Mengada, kadang2 dia jujur sengaja cari gaduh. Kalau gaduh diblocknya whatsapp walaupun aku tak pernah block dia. Aku bertahan sebab aku rasa kami saling melengkapi.

Aku tak pandai bab kereta, dia pandai. Dia plak tak pandai komputer, aku pandai boleh ajar dia dan macam2 lagi. Lagipun aku tahu takde perempuan lain yang sanggup dengan dia melainkan aku.

Aku memang dari dulu suka jenis yang orang lain tak sanggup, jadi aku tak perlu serabut kena bersaing.

Terima kasihla ye nasihat korang dengan jawapan korang, aku nak confirmation je.

Betul lah tekaan aku takde perempuan lain yang nak dengan dia haha, jadi kebarangkalian untuk kehadiran orang ketiga tipis. Kalau ada pun, tak tahan dengan perangai dia.

Aku sayangkan dia, perkahwinan ini tapi kalau dia pukul sampai lebam dahla aku terpaksa mintak cerai. Tapi aku jenis tak mahu buat keputusan ikut emosi, aku tak nak dituduhnya hanya buat2 cerita tanpa bukti.

Biarlah lebam2 itu menjadi bukti, senang nak proses cerai nanti. Aku lagi sayangkan diri sendiri, sape lagi yang sayang diri ini kecuali diri sendiri.

Berat kalau kena berpisah sebab ayah aku yang ada sakit jantung dah berkenan dengan suamiku ini, haih depan orang2 suamiku baik betulla.

Dulu pun aku tetipu, aku ingat dia bergurau pasal mulut puaka dia. Rupenya betul, hanya aku dengan family dia jela yang tahu perangai puaka dia.

Aku nak benci dia tapi seburuk2 dia pun, dialah suamiku. Hanya dia yang berani menghadap ayahku, menghalalkanku. Laki lain? Hampeh, hanya sembang je.

Aku pernah berkawan dengan sorang laki ni kawan sekolej lebih 5 tahun, dia baik selalu memberiku nasihat menjagaku. Aku terhutang budi, menunggu bertahun2 dengan harapan dia meminangku tapi tak datang2.

Aku letih diberi harapan palsu, aku anggap kami takda jodoh lalu move on. Terkejut bukan main dia bila tahu aku berkahwin dulu dari dia.

Aku sampai sekarang hairan dengan laki aku, dulu kemain masa mula2 kenal dia tak nak kawin. Belum ready lagila lambat lagila bla bla macam2 alasan, alih2 tiba2 ajak aku kawin.

Padahal aku saja2 ugut kalau tahun ini kita tidak nikah, aku nak tinggalkn dia. Smooth gile proses, kita nikah terus sebulan lepastu.

Orang2 office kenalan terkejut, dorang cerita biasa orang kawin berbulan2 preparation dengan uruskn borang2 nikah lagi.

Tapi aku masa merisik dah ada tarikh nikah esoknya hantar borang kebenaran nikah, maka 2 minggu lepastu terus akad nikah. Tulah kot dinamakan kita manusia hanya merancang, allah yang tentukan.

Mak mertua baik, ipar duai dia pun ok. Perangai mak mertua, ipar lebih kurg je macam aku, sepah2 kemas asal boleh.

Rare mertua macam tu, perangai pembersih laki aku ni ikut sape ntah. Lain gile dengan bayangan mak mertua yang cerewet,asyik complain.

Aku yakin perangai laki aku ni ujian perkahwinan aku dengan karma dulu. Aku ikhlas jika ini adalah penghapus dosa.

Aku just nak meluah je dengan baca pendapat. Meluah yang terakhir okay, lepas ni dah tak. Dapatla kesimpulan rupenya selama ni laki aku yang bermasalah bukannya aku.

Aku mintak dia janji untuk tak marah2 dan jujur dengan dia aku mula takut dengan sikapnya. Alhamdulilah dia dah kurg marah2, sebenarnya dia takut aku tinggalkn dia. Nampakla dia sebenarnya sayang tapi tak tunjukkan.

Acah2 suruh cari laki lain, aku lama sikit dekat tandas dengan tak balsa wasap dia sehari pun dah tak keruan mencari.

Doakanla ea semoga lah laki aku berubah, perkahwinan ini dapat diselamatkan. Kalau boleh bertahan akan pertahankn rumah tangga ini. Kalau bab pukul terpaksala aku mintak cerai.

Sekian, terima kasih.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *